Sunday 26 February 2017

Vitamin SSR



Saat senang – Allah meminta kita mengingati-Nya dg SYUKUR

Saat susah, Allah ingin kita mengingati-Nya dg SABAR

Saat terpaksa menerima ketentuan takdir yg tidak baik pada pandangan kita, Allah ingin kita mengingati-Nya dg REDA

Vitamin SSR (SABAR, SYUKUR, REDA) itu rupa2nya kapsul penenang jiaw kerana :

“Ketahuilah dg mengingati Allah hati akan menjadi tenang” – surah Ar-Ra’du: 28


Kesempurnaan



Jangan mengharap kesempurnaan orang lain sedangkan diri kita sendiri pun tidak sempurna...namun cubalah menjadi yg terbaik!

Jadi kebanggan Allah




Bagaimana agaknya sekiranya kita menghadiri satu majlis besar di istana, raja menyatakan kebanggan baginda terhadap kita di hadapan semua yg hadir...pembesar2nya, menteri2nya dan semua jemputan yg terhormat yang hadir? Tentu gembira tak terkata kan?

Namun, di sebalik kebahagiaan yg kita nikmati atas penghargaan tersebut, mungkin ada yg iri hati atau diri kita sendiri menjadi ujub...merasakan dirilah yg utama...

Ya – bahagia, namun bersalut ujian dari org lain (dengki) juga diri sendiri (ujub/sombong)

Namun, kita boleh cari kebahagiaan yg lebih agung, murni dan hakiki jika kita berusaha utk menjadi golongan yg Allah bangga di hadapan malaikat2nya. Siapakah mereka? Iaitu mereka yg sentiasa mengingati Allah dlm setipa saat – pemikiran, perkataan dan perbuatan. 

Kenapa pula di hadapan malaikat? Ini kerana, Allah menjelaskan, walau pun manusia itu dibekalkan dg nafsu dan perhiasaan dunia, tapi masih lagi mengingati-Nya. Sedangkan malaikat, mereka sentiasa taat kerana mereka tiada nafsu. Jadi, malaikat merupakan golongan sgt mulia – bertasbih dan taat pada Allah setiap masa.

Berbeza dg manusia. Malaikat tidak akan iri hati. Sebaliknya akan turut memuliakan org yg dimuliakan Allah. Dirinya sendiri pun tidak dikuasai ujub dan sombong, malah terus tenang dlm meneruskan kembara kehidupan hingga mampu menemui Rabbnya dg panggilan sayang :

“Wahai jiwa yg tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dlm keadaan reda dan meredai. Masuklah ke dalam golongan hamba2-KKU dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” – Surah Al-Fajr: 30: 27-30

Biar dia menangis...



Seorang ibu yg sayangkan anaknya akan cepat2 membawanya ke doktor apabila mendapati ada ketumbuhan pada badan si anak, apatah lagi kalau pada wajahnya. Setibanya ke hospital, anak tersebut terpaksa dibedah lantaran ketumbuhan itu tidak dapat dibiarkan kerana merbahaya.

Menangis dan meraunglah anak itu saat dibedah. Namun, si ibu terpaksa sabar menyaksikan kesakitan yg dideritai si anak. Kenapa? Demi kesembuhan fizikalnya.

Namun, kadang2 ibu yg sama, melihat kelakuan kurang sopan anaknya. Menyakitkan mata dan hatinya, juga orang lain. Namun, si ibu tenang saja.

 “Biarlah. Budak2. Kecil lagi”. Itu saja kata hatinya.

Maka terbiasalah anak itu dg akhlak yg tidak baik. Membesar dlm keadaan begitu. Seperti ketumbuhan pada badan, begitu juga ketumbuhan pada akhlak. Lama kelamaan sukar diubati. Memudaratkan. Bukan saja pada anak tersebut, tapi juga orang lain.

Justeru, perubatan fizikal dan akhlak (rohani) perlu seiring diutamakan pada anak2 sejak kecil. Biar dia menangis di zaman kanak2nya lantaran “perubatan” rohani yg kita berikan. Jangan sampai kita terpaksa menangis nanti -  saat dia telah dewasa di mana penyakit akhlaknya tidak mungkin dapat dirawat lagi...

“Anak itu kain putih. Ibu dan bapalah yg mencorakkan dia samada menjadi Majusi atau Nasrani”

Saturday 25 February 2017

Sulaman takdir...



Seorang kanak2 bermain sementara ibunya memerhati sambil menyulam.

Sekali sekala kanak2 tersebut mengampiri ibunya...melihat sulaman ibunya dari bawah, lantaran belum mampu melihat dari atas yg agak tinggi.

“Kenapa buruk benar sulaman Umi?”. Si anak bertanya. Di wajahnya tergambar perasaan tidak puas hati!

Ibu hanya tersenyum. Terus menyulam.

Berkali2 si anak datang. Ungkapan yg sama diberi. Reaksi yg sama juga diperolehi!

Akhirnya, setelah sulaman selesai, ibu memanggil anaknya...

“Lihat nak, cantik tak sulaman Umi?” Ibu bertanya, riang.

“Wah! Cantinya!!! Pandai sungguh Umi!” Balas si anak. Kagum. Kagum. Kagum!

Anak kecil, tak sampai akalnya nak fikir apa yg ibunya sedang buat sebelum ini. Jangkauannya pendek lantaran ilmunya yg cetek.

Begitu juga kita. Kadang2 tertanya2 ...mengeluh...tak berpuas hati dg apa yg berlaku pada diri kita, tanpa menyedari – Allah sedang menyulam takdir yg sangat indah buat kita!