Monday 30 April 2018

Jadi lebih baik

Ingat kembali: “It’s not how low you fall, but how high you bounce”!

Jangan berterusan terlalu sedih dan terkilan dg kesilapan yg dilakukan. Moga dg kesilapan yg sedikit akan menyedarkan kita utk jadi org yg jauh lebih baik... Memperbetulkan kesilapan, melipatgandakan kebaikan dan amalan. Lebih bijak dalam keputusan dan tindakan.

Moga sentiasa cemerlang - kerana Allah!

Sunday 29 April 2018

Mutiara hati!

Suka tenguk gambar ni - terbayag saat indah berada di Bradford bersama "mutiara2 hati"!
Abang Long dah besar - ke MRSM dah ... mungkin beberapa tahun lagi dia akan menjejak kaki ke sini lagi!

Kakak Aisyah pun dah besar. Sopan dan menyenangkan!

Begitu juga dg Abg Cik...kesian dia, diuji dg sakit (kulit) - moga cepat sembuh utk ke sekolah. Belajar rajin2, nanti jadi org berjaya...

Adik Aina belum ada .. tapi istimewa juga dia, terpilih - teman Umi viva!

Moga kesemuanya akan diberkati Allah - berjaya & cemerlang dunia dan akhirat!

Selamat Hari Pekerja

Kalau kita merupakan penjawat awam, setiap sen gaji yg diterima perlu sesuai dg usaha yg kita lakukan, amanah yg kita dipertanggungjawabkan.

Selain drp itu, tempat kerja juga merupakan medan ujian. Selain daripada SOP tugas yg perlu dipenuhi, kita juga berhadapan dg karenah insan2 sekelilng yg kadang2 amat menyukarkan.

Tanpa disedari, kadang2 air mata menitis lantaran sikap, perbuatan atau perkataan mereka. Adakalanya gerimis sahaja. Namun adakalanya hujan lebat, banjir beserta kilat, guruh dan hililintar!

Apa ertinya? Ertinya, “hakisan emosi” juga sebahagian drp gaji yg kita terima! Ini kerana, kalau kita berada tenang di rumah, gaji itu bukan milik kita!

Justeru, terimalah segalanya dg sabar. Insya’-Allah pelangi indah akan muncul saat mentari menyinari semula seiring dg hujan berlalu pergi...

Susah2 kerja, susah lagi kalau tak ada kerja!

Selamat Menyambut Hari Pekerja - Moga sentiasa tenang, damai, cemerlang dan berjaya!

Letih dalam perjalanan


Terasa badan letih... Bila direnung: ya...kita akan rasa letih bila melalui satu perjalanan yg jauh.

Begitu juga dg hidup – selalulnya org dewasa, apatahlah lagi warga emas, akan kelihatan dan memang letih – sebab telah lama menempuh ranjau, duri, pahit manis serta hitam putIh dalam kembara kehidupan.

Apa ertinya? Destinasi akhir akan tiba – bila2 masa.

Persoalannya? Apakah sudah bersedia  agar bila perjalanan hidup sudah berakhir, kita benar2 dapat rehat yg HAKIKI di alam yg ABADI...

Penting juga utk direnung... Hidup ini spt perjalanan dalam keretapi. Kita semua penumpangnya. Bezanya, KTM, Monorel, ERL, LRT, Underground dll tu, setiap penumpang tahu destinasi masing2. Ada yg naik cepat, turun lambat. Naik lambat turun cepat dst.

 “ Keretapi kehidupan” pula, kita tak tahu...kadang2 yg muda pergi dulu, dan sebaliknya.

Justeru, tak kira usia, semua perlu bersedia, utk dipanggil bila2 masa – menghadap PENCIPTA...

SAAT SUKAR...


SAAT SUKAR...

Hafalan Al-Quran – kadang2 bila kersukaran menjerat, anggaplah ia sebagai satu hidangan buffet. Kita ada banyak pilihan makanan ...bnyk yg menarik, enak dan lazat berbanding dg apa yg kita tak suka. Ambillah yg menyenangkan kita.

Juga anggap sebagai sedang menjawab soalan peperiksaan. Kita dinasihatkan agar menjawab yg senang dulu. Kalau ada masa, kembali semula pada soalan2 yg susah itu. Sama juga dg Al-Quran – biasanya, ayat2 berkaitan dg persoalan berat (spt peperangan, hukum hakam) sgt sukar nak dihafal. Kalau dipaksa juga utk menghafalnya, kita jadi lemah semangat, letih dan kadang2 kecewa. Silap haribulan, kesihatan boleh terganggu kerananya!

Beralihlah pada ayat2 berikutnya. Ah! Mudah rupanya. Menyirami hati dg kegembiraan, kelembutan dan ketenangan di luar dugaan!

Jadi, saat terasa sukar: ingat – ia adalah buffet, pilihlah apa yg kita suka (tanpa menafikan kepentingan ayat2 yg agak sukar), dan hafal yg mudah dulu. Mudah, tak bermakna tidak penting, susah tak bermakna lebih penting. Semuanya kalam Ilahi. 

Juga macam soalan-soalan peperiksaan – mudah atau pun susah, memberi wajaran markah yg sama! Jadi, jgn habiskan masa terlalu lama utk yg susah! Ada masa, kembali semula pada yg susah. Kalau dah masa menjawab berakhir ( usia dah sampai ke nokhtah), Allah tidak sia2kan usaha kita.
Yg penting – doa, usah, ikhlas dan tawakal (DUIT)!

Juga, saat kesukaran menjelma, ingat semula tujuan asal kita – ingin jadi Ahlullah ... satu tugas besar, perlu mujahadah. Dan tiada perkara yg bernilai dlm dunia ini mampu dimiliki hanya dg sekadar bersenang-lenang. Juga, ingat dan ingat semula – sentiasa ingat:

“Apakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata kepada Allah org2 yg berjihad (berjuang dg bersungguh2) antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) org2 yg sabar (tabah dan cekal hati dlm perjuangan)?”
(Surah Ali-Imran, ayat 142)

Juga sentiasalah berbaik sangka dg Allah, jgn sekali2 berputus asa lantaran Allah menyatakan:
“Jangan putus asa daripada rahmat Allah” (Surah Az-Zumar, ayat 55)

Sebaik2 teman


Stres?


Allah selalu bersama...


Silap?


Kalau sedar kesilapan
Minta maaf pada insan
Mohon ampun pada Tuhan
Perbanyakkan buat kebaikan
Moga dapat menghapuskan kejahatan
Jangan sekali2 putus harapan!

Niat masa baca Al Quran.


Niat masa baca Al Quran.


Kuliah: Ustazah Norhafizah Musa


Imam Ibnu Kathir mengatakan "Niat lebih gagah/lebih hebat dari amal itu sendiri". Untuk dapat kehebatan amal, niat mesti hebat. Sebelum baca Quran halusi niat dan mohon mendapatkan apa yang kita niatkan. Ia akan memberi kesan kepada kehidupan kita secara maknawi atas ganjaran dari Allah S.W.T.


1. Mohon untuk mendapat syafa'at al-Quran (al-Quran menjadi teman kita, memberi kebaikan dan membantu kita di hari yang kita susah nanti, insyaAllah).


“Bacalah al-Qur’an kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafa’at kepada para ahlinya.” (HR. Muslim)


2. Mohon ditambah kebaikan. Dapat dirasai selagi kita baca al-Quran, ibaratnya terasa bertambah curahan kebaikan/kekayaan/pahala kepada kita sehingga membuatkan kita tidak terasa untuk berhenti dan kita akan membacanya dalsm kudrat kemampuan kita.


“Siapa saja membaca satu huruf dari Kitab Allah (Al-Qur’an), maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas dengan 10 kali lipatnya.” (HR. At-Tirmidzi).


3. Mohon selamat dari api neraka.


"Kalau adalah terkumpul Quran dalam hati-hati manusia, maka ia tidak akan dibakar api neraka"


4. Memakmurkan hati kerana membaca al-Quran menjadi "basuhan", menghidupkan hati dari menjadi busuk, usang dan menjadi tempat benda-benda yang merbahaya.


“Sesungguhnya barang siapa yang dalam dirinya tiada bacaan al quran maka ia seperti halnya rumah yang usang”


5. Mohon untuk diamalkan setiap yang kita baca. Baca al- Quran sebaiknya dengan elok2, tenang dan tartil. Kedudukan kita/darjat kita ditentukan dengan kedudukan ayat/bacaan kita yang terakhir kita baca di dunia ini.Contohnya jika ayat terakhir yang dibaca itu berkenaan jihad, maka kedudukan berjihadlah pembacanya kelak walaupun pembacanya tidak meninggal semasa berjihad.


Dikatakan kepada pembaca al-Quran: “Bacalah (al-Qur’an), naiklah (pada darjat2 syurga) dan bacalah dengan tartil sebagaimana engkau membacanya dengan tartil didunia. Sesungguhnya kedudukan darjatmu sehingga kadar akhir ayat yang engkau baca.” (HR. Ahmad).


6. Jadikan al- Quran sebagai syifa/ubat/ kepada hati-hati yang berpenyakit dan kelemahan tubuh badan kita.


"Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman ....." (Al Isra' 17:82)


7. Mohon ia menenangkan hati yang gundah gulanah bila membaca al-Quran dengan tartil. Nafsu dan hati yang liar/bergolak hanya dapat ditenangkan dengan rawatan kembali kepada al-Quran dan membacanya dengan tartil. Bacalah sehingga tenang.


"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dgn zikrullah". Ketahuilah dgn "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia" (Ar-Ra'd 13:28)


8. Mohon supaya hati hidup, bercahaya dan hilang kesedihan digantikan dengan yang baik.


9. Mohon menjadi penyebab mendapat hidayah yang sempurna."Kitab (Al Quraan) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa" (Al Baqarah 2:2)


10. Mohon hidup tidak terlerai dari al-Quran dan kita dibangkitkan kelak dengan syafa'at al-Quran.