Saturday 23 November 2019

Surat Cinta-Nya

Surat Cinta-Nya

Ahad 24 November 2019

 (Alhamdulillah...kembali sihat.
Terasa banyak sungguh perkara perlu diselesaikan menjelang pemusafiran ke Madinah beberapa hari lagi. Packing – belum siap. Paling mencabar, perlu siapkan dua artikel SOLUSI sebelum berangkat ke Tanah Suci. 

Semalam, servis COWAY pula buat hal. Leaking pulak! Ah! Begitulah selalunya. Saat kita sedang kelam kabut, saat itulah ujian timbul! 

Tidur awal... dengan niat utk bangun – awal pagi . jiwa tenang, moga Allah anugerahkan ilham2 yg baik utk tulis artikel SOLUSI. 

Alhamdulillah ...4.00 pagi, dah mampu bangun. Apa nak buat ya? Eh! Mesti solat.. at least Tahajud. Mohon Allah permudahkan segala urusan – akui kehambaan dan kedhaifan diri di hadapan-Nya... Sayu hati, tanpa disedari, titisan-tisisan jernih membasahi pipi...

Usai Subuh &  sarapan – terus ke bilik study. Hati mahu terus mengadap komputer. Tapi, cepat2 ingat tips yg selalu dibuat saat kembara akademik PhD dulu – apa pun, kena mula dg Al-Quran. Sikit pun tak apa. Lantas akur. Luangkan masa utk Al-Qutan, bukan cari masa terluang! 

Tiba2... saat meneliti kembali “bank” artikel2, masih ada yang belum dihantar. Walau pun dalam bentuk draf, tapi, dengan sedikit suntingan, Masya-Allah...dah siap satu artikel dlm masa sejam!!!

Artikel kedua... sambung sahaja yg separuh jalan beberapa hari lepas (Khamis). Alhamdulillah ... siap satu lagi. Jumlah masa diambil: 9 – 10.30 pagi! Subhanallah!!! 1 ½ jam shj utk 2 artikel SOLUSi.

Terpegun. Semakin yakin – bantuan Allah itu datang saat kita tidak mengenepikan “surat cinta-Nya”...Teringat tadi – masa diluangkan utk Al-Quran hanya 10 minit, namun berkat kalam suci itu, masa 2 hari (biasanya satu hari utk satu artikel), diizinkan Allah utk diselesaikan dalam masa 1 ½ jam shj!

Ya! Allah, bimbinglah hamba agar sentiasa mencintai “surat Cinta-Mu”. Ameen....

Wednesday 18 September 2019

Jadi baik


Ingin berubah jadi baik? Tahniah!!!
Ingat tip ini:
1.       Buat sikit2
2.       Buat yg mudah
3.       Jadikannya sesuatu yg menyeronokkan!
Paling penting: Ikhlas kerana Allah
Moga berjaya!

Pelaburan akhirat


Apalah sangat derita selama 30, 40 atau 50 tahun di dunia kalaulah ianya merupakan pelaburan untuk kebahagian di syurga yang kekal abadi. Bersabarlah!

tak mustahil


Apa yg Allah kehendaki, pasti akan terjadi.
Firaun itu ... cuba elak kerajaannya drp ditumbangkan oleh anak Bani Israil. Lalu, dibunuhnya tiap2 bayi lelaki yg lahir. Namun, dia membesarkan Nabi Musa, yg akhirnya menjadi penyebab kemusnahannya. Itulah – agungnya perancangan Allah!
Hidup kita pun begitu. Tiada yg mustahil kalau Allah nak beri. Cuma: Pastikan Allah selalu reda dg  kita

Sunday 15 September 2019

Bila sakit...


Jangan bersedih dg ujian sakit kerana ini adalah rahmat Allah agar kita jadi org bijak - orang yang mengingati mati...

Tak ditanya...


Jangan sedih & kecewa dg perlakuan org lain. Beri nasihat. Doakannya seikhlas hati. Buat apa yg termampu. Paling penting, pastikan kita selalu dalam reda Allah sebab kita tak ditanya ttg org lain di akhirat nanti!