Sunday, 19 August 2018

Syukuri diri

Antara pemusnah kebahagiaan ialah suka membandingkan diri dg kebahagiaan org lain. Kenapa? Tindakan ini boleh menyebabkan kita lupa mensyukuri apa yg Allah beri. Jadi, selalulah renung ke dalam diri...tentu kita dapati banyak yg perlu disyukuri. Kalau ada kelemahan, berusahalah utk memperbaiki!

Moga hari ini lebih baik dari semalam. Esok lebih baik dari hari ini. Paling penting, akhirat kitsa lebih baik dari hidup kita di dunia ini!

Thursday, 16 August 2018

Hisab diri


Katalah kita seorang majikan sebuah restoran.

Kita bayar gaji pekerja utk apa? Utk buat tugas2 tertentu di restoran kita, kan?

Bagaimana kalau pekerja itu asyik dg tugas peribadinya – main dg WhatsApps, games, bersembang dll. Apa perasaan kita? Reda tak dg gaji yg dibayar tu – sedangkan kerja tak setimpal?

Begitu juga dg usia kita yg merupakan “gaji” semasa di dunia. Tugas? Hamba dan khalifah. Selama “gaji” diberi, sudahkan kita laksanakan tugas kita dg sebaiknya - Agar bila ditanya di Mahkamah Agung nanti, kita akan selamat?

Jom! Kita hisab diri sebelum dihisabkan...

Tingkatkan taqwa


Antara kaedah mengekalkan dan meningkatkan taqwa:
1. memperbanyakkan amalan sunat - solat sunat, baca Al-Quran, zikir, sedekah
2. menghindari perkara makruh
3. berjaga2 dengan perkara harus - makan, percakapan, pakaian


Ya! Allah, muliakanlah kami dengan TAQWA. Ameen...

Asal Allah reda...

Kalau Allah reda, lakukan saja. Walau pun ada orang yg tak suka!

Hidup ini perkongsian


Kebahagiaan akan bertambah bila dikongsikan.

Penderitaan berkurang bila dikongsikan.

Tidak hairanlah Allah meletakkan syarat amalan diterima ialah selagi seseorang menjaga silaturrahim.

 Hidup ini perkongsian. 
Dan kita tidak ingin ke syuga sendirian!

Beri peringatan


Berilah peringatan kerana Allah.
 Kalau dia berubah Alhamdulillah.
 Kalau tidak, berlapang dadalah. 
Usaha itu milik kita. Manakala ketentuan hidayah itu milik Allah.

 Sedangkan Rasulullah SAW tak mampu mengajak bapa saudara kesayangan baginda utk memeluk Islam - siapalah kita berbanding baginda...

Sayangi diri!


Sayangi diri sendiri dg sentiasa menjaga kualiti diri – zahir dan batin. Juga berusaha meningkatkan harga diri, mengembang potensi anugerah Ilahi, agar kecemerlangan dapat dimiliki!

Pengalaman itu guru


Sudah2lah tu... jangan berterusan menyalahi diri sendiri. Akui kesilapan. Minta maaf (jika perlu).
Apa yg penting, jadikan pengalaman sebagai pengajaran. Kesilapan sebagai satu teguran Allah utk memperbaiki diri agar jadi lebih baik!

Moga hari ini lebih baik dari semalam, akhirat nanti lebih baik dari dunia yg sementara ini...

Wednesday, 8 August 2018

Perjuangan


Hidup ini satu perjuangan. Kadang2 amat memenatkan. Tak apa – asalkan kita boleh rehat dg tenang nanti di sana...