Monday 15 February 2021

Bekalan dunia dan Akhirat...

 

Bekalan dunia dan Akhirat...

 
Simpanlah harta anugerah Allah untuk keperluan dunia namun pada masa yang sama, jangan lupa juga untuk menyimpan buat keperluan akhirat kita – infaq, sedekah, zakat dan lain-lain sepertinya – yg kita perlu hantar ke “pejabat pos” Allah semasa di dunia. Semuanya bakal diterima dan digunakan di alam kekal nanti.
 
Perumpamaan ...kita ke Mekah, wang ringgit kita dah tak laku...perlu tukar dg Riyal Saudi. Begitu juga, di akhirat nanti, harta dan anak2 sudah tidak laku – kecuali amalan baik kita yg ikhlas semasa di dunia akan menjadi “mata wang” yg diterima utk “membeli” dan sterusnya menikmati syurga Allah yg kekal abadi!
 

Alangkah ruginya kita sekiranya harta yg terkumpul dg penat lelah, bertungkus lumus, siang dan malam, tapi hanya mampu digunakan untuk 30 – 40 tahun shj (sebab umur 1 – 20 tahun belum mampu memiliki harta sendiri!), tidak untuk hidup yg berkekalan – infiniti....Akhirat nanti
 
Jom! Sama2 kita berlumba2 ke “pejabat pos” Allah! Moga mampu jadi “jutawan akhirat”!

Saturday 13 February 2021

Virus Corona vs Virus Hati

 

Virus Corona vs Virus Hati

 

Tiba-tiba segala aktiviti sedunia seolah-olah terhenti. Semua diarahkan berada di rumah. Di mana-mana, bukan sekadar di Malaysia. Kenapa? Wabak yang terhasil oleh COVID-19, sejenis virus penyebab penyakit yang boleh membawa maut.

 

Virus merupakan antara kumpulan mikrob yang bersifat patogenik. Berbanding dengan bakteria, spesis mikrob ini lebih halus. Bagi membendung wabak yang telah menjadi pendamik ini pelbagai langkah keselamatan disarankan. Antara yang utama ialah tutup mulut dan hidung, kerap membasuh tangan dan menjarakkan hubungan sosial (berada di rumah).

 

Seleruh dunia tersentak. Perniagaan terjejas. Pengangkutan, perindustrian, dan boleh dikatakan semua aspek kehidupan terkesan hebat. Perubatan apatah lagi. Kakitangan hospital terpaksa bertungkus lumus menangani keadaan yang amat genting ini.

 

Pandangan masyarakat juga beranika ragam. Namun, apa yang pasti, semuanya berlaku atas kehendak Ilahi, Penguasa segala yang ada di alam ini...di langit dan juga di bumi. Selain daripada berikhtiar uintuk menyembuhkan yang sakit, dan mencegah sebelum terkena, amalan hati juga perlu turut serta.

 

Muhasabah diri ... apakah mesej yang ingin Allah sampaikan dengan musibah ini. Satu amaran? Satu peringatan? Pada semua hamba-Nya yang sudah alpa dan tiada masa untuk mengingati-Nya? Lantaran terlalu lama berada di zon selesa...

 

Apa pun, pecegahan virus COVID-19 juga boleh disinonimkan dengan pencegahan virus hati yang boleh menyebabkan penyakit hati. Kita lihat ...anjuran tutup mulut. Kita diajar agar sentiasa menjaga lidah, kerana ianya diumpamakan lebih tajam daripada mata pedang. Lidah juga menjadi penyebab seseorang akan dihumbankan ke neraka.

 

Bagaimana? Kalau digunakan untuk menyakitkan hati orang lain, mengumpat, memfitnah dan sebagainya. Justeru, kita dianjurkan agar bercakap sekiranya ada kebaikan nak diperkatakan, kalau tidak, lebih baik diam. Kata-kata kita semua akan dihisab kemudian.

 

Malaikat pencatat amal di kiri kanan kita tidak pernah leka dengan tugas mereka. Jadi, tapislah apa yang nak diperkatakan. Gunakan lidah untuk melafazkan perkataan-perkataan yang baik...zikirullah, istighfar, motivasi, kata-kata semangat, lunak dan menggembirakan sesiapa yang mendengarnya.

 

Sebagaimana kita mencegah virus COVID-19 dengan membasuh tangan, begitu juga, cegahlah virus hati dengan sentiasa membersih hati. Penyebab hati boleh jadi kotor? Dosa. Setiap hari, sedar atau tidak, hati kita sentiasa terdedah kepada dosa, sebagaimana badan kita terdedah kepada debu dan kotoran fizikal.

 

Kita tahu kan, setiap dosa itu akan menghasilkan titik hitam di dalam hati. Bila kita beristighfar, titik hitam itu akan dibersihkan. Jadi, sentiasalah bersihkan hati dengan istighfar. Apa lagi? Mengambil wudhu’ juga boleh menghilangkan dosa, sekaligus membersihkan hati.

 

Bagaimana pula amalan menjarakkan hubungan sosial dapat mengelakkan virus CORONA? Ini kerana, kemungkinan orang yang kita bersentuhan itu merupakan pembawa virus atau positif penyakit berbahaya ini. Virus yang dibawanya itu akan menjangkiti kita, tanpa kita sedari.

 

Untuk hati? Juga kita perlu hadkan pergaulan dengan orang lain. Kenalpasti individu-individu yang baik sahaja untuk kita berurusan, berhubung dan berinteraksi. “Kita dikenali dengan siapa yang kita berkawan”. Kawan-kawan itu adalah cerminan diri kita. Kalau kawan kita baik-baik, insya’-Allah, kita juga akan terdorong ke arah kebaikan.

 

 Berhati-hatilah memilih kawan atau orang yang hendak kita dampingi agar dapat aura positif mereka. Juga selalu membantu kita mengingatkan Allah.

 

Berada di rumah? Ya.. tempat yang kita berada itu juga boleh menjadi penyebab virus hati. Kalau di pasaraya, pusat-pusat hiburan, sudah tentu kecenderungan kita untuk lalai daripada mengingati Allah lebih tinggi berbanding dengan berada di rumah, apatah lagi rumah Allah (masjid, surau) dan  pusat-pusat pengajian.

 

Ajal dan maut itu adalah sesuatu yang sangat hampir dengan kita. Entah sekejap lagi, kita dijemput pulang ke pangkuan Ilahi. Pastikan kita sentiasa berada di tempat yang baik agar saat maut menjemput, kita berada di situ...

 

Jadi, agak sinonim, virus penyakit fizikal dengan virus penyakit hati dari segi kaedah pencegahannya. Tutup mulut, basuh tangan dan menjauhi sentuhan dengan orang yang dijangkiti, iaitu memilih tempat kita perlu berada dan siapa kita ingin berurusan, bersahabat dan berdampingan.

 

Sebagaiaman kita cuba elakkan diri daripada virus penyebab penyakit fizikal (COVID-19 kuhusnya), laksanakanlah kaedah yang sama untuk mengelakkan virus hati, bagi menjaga hati agar terhindar daripada penyakit yang boleh membawa mati...

 

COVIC-19 juga menjelma saat kita berada di zon selesa. Jadi tiba-tiba sahaja Allah ingin kita berhenti sejenak untuk muhasabah diri, agar lebih menyedari tugas kita berada di bumi ini. Sebagai hamba dan khalifah. Kedua-duanya merupakan amanah yang perlu sentiasa diutamakan.

 

Untuk melaksanakan kedua-dua amanah tersebut dengan sempurna, kita perlu sihat rohani dan jasmani. Dan antara kaedahnya ialah dengan sentiasa menjaga diri daripada dijangkiti virus hakiki dan juga virus hati...

 

 

           

Pewaris Takhta vs Pewaris Syurga

 

Pewaris Takhta vs Pewaris Syurga

Siapa pewaris takhta? Tentulah anak raja! Apa usaha yang dibuat sehingga dapat menikmati segala kemewahan hidup sedemikian rupa? Ya... Tak ada – Cuma dia dikatakan bertuah lantaran dilahirkan oleh seorang permaisuri raja. Itu saja.

Apa istimewanya? Oh! Tentu banyak berbanding dengan rakyat biasa. Tapi, adakah ianya kekal? Kadang2 ya. Kadang2 tidak – bila ayahanda turun atau diturunkan dari takhta...

Siapa pula pewaris syurga? Ini ciri2nya:

  • Khusyuk dalam solat

  • Menghindar diri daripada perkara2 sia2/tidak berfaedah

  • Mengeluarkan zakat

  • Menjaga kehormatan

  • Menunaikan amanah dan janji

  • Sentiasa menjaga solat

(Surah Al-Mukminun 23: 1-11)

Siapa yang layak menjadi Pewaris Syurga? Sesiapa sahaja yang berusaha ke arah itu ... tidak mengira keturunan, rupa paras, harta atau darjat! Semua? Ya...semua. yang penting: Mujahadah.

Apa istimewanya? Tak terungkapkan... kita akan dikurniakan apa yg tidak pernah terfikir oleh minda, tak tergambar oleh pancaindera! Banyak keindahan2 syurga dinukilkan dalam Al-Quran.

Tempohnya pula? Selamanya! Infiniti! Masya’-Allah.

Pewaris takhta dan pewaris syurga – kedua2nya istimewa. Namun, amat2 jauh berbeza.

Istimewanya, pewaris syurga, milik semua yg merinduinya, dan berusaha gigih ke arahnya.

Ya! Allah, kurniakanlah kami ketabahan, kesabaran dan kebijaksanaan agar mampu menjadi Pewaris Syurga. Ameen...

Azan

 Saat azan dikumandangkan, sebaik2nya tinggalkan segala urusan dunia untuk meraikan pertemuan eksklusif dengan Pemilik Dunia!