Pewaris Takhta vs Pewaris Syurga
Siapa pewaris takhta? Tentulah anak raja! Apa usaha yang dibuat sehingga dapat menikmati segala kemewahan hidup sedemikian rupa? Ya... Tak ada – Cuma dia dikatakan bertuah lantaran dilahirkan oleh seorang permaisuri raja. Itu saja.
Apa istimewanya? Oh! Tentu banyak berbanding dengan rakyat biasa. Tapi, adakah ianya kekal? Kadang2 ya. Kadang2 tidak – bila ayahanda turun atau diturunkan dari takhta...
Siapa pula pewaris syurga? Ini ciri2nya:
- Khusyuk dalam solat
-
- Menghindar diri daripada perkara2 sia2/tidak berfaedah
-
- Mengeluarkan zakat
-
- Menjaga kehormatan
-
- Menunaikan amanah dan janji
-
- Sentiasa menjaga solat
(Surah Al-Mukminun 23: 1-11)
Siapa yang layak menjadi Pewaris Syurga? Sesiapa sahaja yang berusaha ke arah itu ... tidak mengira keturunan, rupa paras, harta atau darjat! Semua? Ya...semua. yang penting: Mujahadah.
Apa istimewanya? Tak terungkapkan... kita akan dikurniakan apa yg tidak pernah terfikir oleh minda, tak tergambar oleh pancaindera! Banyak keindahan2 syurga dinukilkan dalam Al-Quran.
Tempohnya pula? Selamanya! Infiniti! Masya’-Allah.
Pewaris takhta dan pewaris syurga – kedua2nya istimewa. Namun, amat2 jauh berbeza.
Istimewanya, pewaris syurga, milik semua yg merinduinya, dan berusaha gigih ke arahnya.
Ya! Allah, kurniakanlah kami ketabahan, kesabaran dan kebijaksanaan agar mampu menjadi Pewaris Syurga. Ameen...
No comments:
Post a Comment