Showing posts with label Motivasi dan Inspirasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi dan Inspirasi. Show all posts

Saturday, 13 February 2021

Pewaris Takhta vs Pewaris Syurga

 

Pewaris Takhta vs Pewaris Syurga

Siapa pewaris takhta? Tentulah anak raja! Apa usaha yang dibuat sehingga dapat menikmati segala kemewahan hidup sedemikian rupa? Ya... Tak ada – Cuma dia dikatakan bertuah lantaran dilahirkan oleh seorang permaisuri raja. Itu saja.

Apa istimewanya? Oh! Tentu banyak berbanding dengan rakyat biasa. Tapi, adakah ianya kekal? Kadang2 ya. Kadang2 tidak – bila ayahanda turun atau diturunkan dari takhta...

Siapa pula pewaris syurga? Ini ciri2nya:

  • Khusyuk dalam solat

  • Menghindar diri daripada perkara2 sia2/tidak berfaedah

  • Mengeluarkan zakat

  • Menjaga kehormatan

  • Menunaikan amanah dan janji

  • Sentiasa menjaga solat

(Surah Al-Mukminun 23: 1-11)

Siapa yang layak menjadi Pewaris Syurga? Sesiapa sahaja yang berusaha ke arah itu ... tidak mengira keturunan, rupa paras, harta atau darjat! Semua? Ya...semua. yang penting: Mujahadah.

Apa istimewanya? Tak terungkapkan... kita akan dikurniakan apa yg tidak pernah terfikir oleh minda, tak tergambar oleh pancaindera! Banyak keindahan2 syurga dinukilkan dalam Al-Quran.

Tempohnya pula? Selamanya! Infiniti! Masya’-Allah.

Pewaris takhta dan pewaris syurga – kedua2nya istimewa. Namun, amat2 jauh berbeza.

Istimewanya, pewaris syurga, milik semua yg merinduinya, dan berusaha gigih ke arahnya.

Ya! Allah, kurniakanlah kami ketabahan, kesabaran dan kebijaksanaan agar mampu menjadi Pewaris Syurga. Ameen...

Saturday, 4 November 2017

Hikmah dan Keajaiban CInta Diri sendiri



Menyintai diri sendiri merupakan antara resepi penting untuk meningkatkan imej diri. Ia bermula dengan menyedari tentang penciptaan kita yang mulia, istimewa dan unik. Setiap orang penting di mata Allah s.w.t., Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, selagi dia sedar akan tanggunjgjawabnya terhadap Tuhan. Menjalankan amanah dengan baik tanpa kompromi.

            Berbekalkan cinta kepada diri sendiri, kita akan cuba menjadi yang terbaik di setiap kesempatan yang ada. Tiada manusia dilahirkan dengan segala sifat-sifat kesempurnan, lantaran kesempurnaan itu hanya milik Allah, namun, hidup ini merupakan satu proses pembelajaran berterusan menuju kesempurnaan.

Bermulalah dengan diri anda sendiri yang ada sekarang. Lihat – di mana kekuatan untuk ditingkatkan. Di mana kelemahan, untuk diperbaiki. Apakah bakat unik yang anda miliki? Apakah istimewanya anda berbanding dengan orang lain yang perlu disyukuri?

            Berfikir sejenak tentang persoalan-persoalan ini akan memberi peluang anda mengenali diri sendiri yang selama ini terabai. Anda lupa untuk menghargai apa yang ada, gagal memanfaatkan anugerah tertentu yang dimiliki sedari kecil. Natijahnya, anda memandang diri anda terlalu kerdil berbanding dengan orang lain. 

             Jika anda sudah mengenali diri anda sejujurnya, insya’-Allah ada akan menyintai diri anda sendiri. Anda akan merasai betapa tidak adilnya anda melayan diri anda selama ini yang seterusnya membuatkan orang lain juga melayan anda sedemikian rupa. Seterusnya, apabila anda telah “menjumpai” diri sendiri, tiba-tiba akan terbentanglah jalan untuk anda bergerak untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini dan seterusnya, akhirat lebih baik dari dunia!

            Berbekalkan keyakinan diri yang tinggi, bersandarkan kasih sayang Ilahi mulakanlah satu perjuangan berterusan, penuh komitmen, kukuh istiqamah demi mencapai kebahagiaan, ketenangan, kejayaan dan kecemerlangan, bukan sekadar di dunia yang sementara ini malah akhirat yang menanti, kekal abadi! Percayalah! Keyakinan itu bakal menghadiahkan anda pelbagai keajaiban!

Thursday, 5 October 2017

Patah kan tumbuh...Hilang kan berganti!

Ingat kembali...

Kalau satu pintu tertutup, jgn sedih dan mengambil masa terlalu lama menangisinya – banyak lagi pintu2 lain yg terbuka utk diterokai.

Kalau Allah uji dg satu kehilangan, jgn terlalu sedih dan mengambil masa terlalu lama menagisinya... sabar dan doa agar Allah gantikan dg yg lebih baik. Jgn bimbang Allah Maha mendengar, Maha Kaya dan Maha Luas Rahmat-Nya!

Wednesday, 29 March 2017

Ingin berjaya? Tenangkalah jiwa dg bersyukur sentiasa!






Teringat…semalam, terfikir ttg lemahnya hafalan. Namun, Allah ilhamkan agar terus berusaha lantaran kita seorg hamba. Anugerah kejayaan itu milik-Nya. Dia akan berikan saja kalau kita layak menrimanya. Dia hanya ingin melihat sejauh mana usaha kita. Sejauh mana kesungguhan kita. Juga sejauh mana kita bertawakal dan berserah pada-Nya. 

Juga, satu cetusan penyokong- dalam kembara utk mendapt sesuatu, hargailah apa yg kita ada. Kenapa? Agar kita jadi org yg bersyukur. Bila bersyukur, Allah akan tambah. Itu janji-Nya (Surah Ibrahim Ayat 7). Juga kita akan tenang. Ketenangan merupakan kesihatan minda. Jiwa tenang akan menyumbang kepada kecerdasan minda, ibarat kesihatan fizikal yg menyumbang kepada kedergasan kita melakukan segala perkara.

Teringat apa yg pernah dibaca dalam sebuah buku berkaitan dg menghilangkan kebimbangan (lupa pulak nama penuh buku tu…). Cerita seorg Eropah yg sgt kagum dg kehidupan kaum Badwi di Padang Sahara. Mereka hidup dalam keadaan yg amat sederhana. Namun, di wajah mereka tidak terdapat apa2 kerisauan! Sedangkan dia, ada segalanya…kemewahan dll… namun sentiasa berkeluh kesah. 

Dia belajar drp kaum Badwi itu. Bila ditanya bagaimana mereka boleh tenang dlm hidup serba kekurangan, Badwi menjawab: “Rasulullah saw mengajar kami agar sentiasa bersyukur pada apa yg ada, jgn putus asa dg rahmat Allah juga menyerah segala urusan pada Allah.”

Mudah kan? Ya…Kalau kita sedar dan yakin dg Allah, hidup kita akan jadi mudah. Cuma, kita sendiri yg kadang2 menyulitkan hidup kita! Antaranya, terkejar2 dg apa yg kita mahu, hingga terkadang lupa mensyukuri dg apa nikmat sedia ada yg tak terhitung – anugerah-Nya pada kita. Tak perlu fikir jauh dan dalam – ambil saja nikmat udara yg tak perlu dibayar. Kalaulah setiap sedutan nafas dikira, dan bil akan dihantar setiap bulan, bagaimana agaknya???

Panca indera yg dapat berfungsi dg baik – mata, telinga, lidah, kulit, hidung. Anggota badan yg sempurna, dapat bergerak ke sana sini, menikmati keindahan alam, berinteraksi sesama insan … Itu belum lagi nikmat2 lain…Tak terhitung kan? 

Namun, kita tidaklah pula disarankan jatuh ke “zon selesa”. Goyang kaki, lipat tangan, tak berbuat apa2 kerana kita disarankan agar menjadikan “hari ini lebih baik dari semalam”. Cuma, dg tertanamnya kesyukuran di jiwa, kita akan tenang, merasa kehadiran Allah Yg Maha  Baik. 



Berbekalkan perasaan ini, kita akan lebih tabah, kuat dan tidak mudah putus asa dalam apa jua perjuangan yg ditempuh.

Kata seorang kawan (motivator saya)..:”Kita tak mampu buat apa2 kalau fikiran tak tenang”. Seiring dg peredaran masa, ungkapan ini semakin terserlah kebenarannya.

Ingin berjaya? Tenangkalah jiwa dg bersyukur sentiasa!

Tuesday, 28 March 2017

Akurlah Kita Hamba!



Terasa lemah dan putus asa dalam mengejar sesuatu cita2? Kenapa? Apakah ianya mustahil? Kenapa orang lain boleh, kita tak mampu?

Sebenarnya, lemah, kecewa dan putus asa itu merupakan perangkap syaitan. Memang – makhluk ini selama2nya tidak akan senang melihat kita senang (berjaya)!  Selain daripada itu, diri sendiri juga penyumbang kepada rasa lemah ini. 

Justeru bagaimana? Kita rasa lemah dan tak mampu sebab kita menggantungkan segalanya kepada kudrat kita yg tak seberapa, lupa pada Allah Yang Maha Perkasa.

Telusuri sejarah...
Nabi Musa – mampu membelah Laut Merah
Nabi Ibrahim – mampu selamat daripada terbakar walau pun dihumbankan ke dalam unggun api oleh Namrud
Nabi Muhammad s.a.w –  selamat sampai ke Madinah dalam sejarah Hijrah yg agung
Mariam – mampu menggoncangkan pohon korma utk memakan buahnya walau pun dalam kepayahan berskala sgt tinggi, saat baru melahirkan Nabi Isa a.s.

Rahsia keajaiaban2 ini ialah TAWAKAL kepada Allah. Pergantunag sepenuhnya pada kuasa Yang Maha Berkuasa. Sebab? Allah mampu lakukan apa saja.

Jadi, saat diri terasa lemah, berhenti seketika. Ingat semula niat kita dalam melakukan perkara tersebut. Kerana Allah? Ok, seterusnya...Sejauhmanakah pergantungan kita pada Allah?

Kita rasa tak mampu sebenarnya, apabila kita meletakkan segala usaha hanya bersandarkan pada  diri kita yg lemah, seolah2 mengenepikan Allah. Itu sebenar halangannya! Beritahu diri: “Dengan bantuan Allah, insya’-Allah saya akan berjaya!"

Namun, apa pun, sebagai hamba, usaha, kesungguhan, istiqamah perlu beserta dalam usaha kita. Allah boleh beri saja kemenangan pada Nabi Musa dg memusnahkan Firaun dan pengikutnya. Namun, sebagai hamba, Nabi Isa di suruh lari dan belah Laut Merah.
Allah boleh saja musnahkan Namrud dan seleruh pembantunya, namun Allah ingin melihat kegigihan Nabi Ibrahim dalam berdakwah.
Allah boleh saja bawa Nabi Muhammad saw dari mekah ke Madinah, sebagaimana Dia menjalankan baginda ke langit dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Namun, sebagai hamba, Ralulullah saw juga perlu berusaha
Allah boleh saja sediakan makanan utk Mariam, saat baru melahirkan Nabi Isa. Namun, usaha perlu dilakukannya . Kenapa? Kerana sifat hamba...

Apa sebenar di sebalik kesemua sejarah ajaib ini? Ya...kita sebagai hamba, perlu berusaha, tidak putus asa dan bergantung pada-Nya. Bantuan akan datang setelah usaha dilaburkan, bukan saat berangan2 atau sekadar mencipta impian!

Sebelum kejayaan boleh dinikmati, Allah ingin lihat sejauh mana kesungguhan kita mengikut sunahnya. Usaha utk berjaya. Namun, atas segalanya, perlu wujud harapan hanya pada-Nya yg mampu menganugerahkan segalanya. 

Bila kita dah letak Allah sebagai penolong, Dia akan menolong kita dg pelbagai cara...kadang2 yg tak pernah terduga oleh kita – Percayalah!

Justeru, saat memulakan satu2 perjuangan, letaklah Allah di hadapan. Mohon bantuan-Nya. Lepas tu...Usaha. Usaha. Usaha. Jangan jemu. Jangan lemah. Jangan putus asa. Berazam, berusaha, berdoa  dan bertawakallah.  


Justeru, untuk berjaya, akui dan akurlah: KITA HAMBA!