Terasa lemah dan putus asa dalam mengejar sesuatu cita2? Kenapa?
Apakah ianya mustahil? Kenapa orang lain boleh, kita tak mampu?
Sebenarnya, lemah, kecewa dan putus asa itu merupakan
perangkap syaitan. Memang – makhluk ini selama2nya tidak akan senang melihat
kita senang (berjaya)! Selain daripada
itu, diri sendiri juga penyumbang kepada rasa lemah ini.
Justeru bagaimana? Kita rasa lemah dan tak mampu sebab kita
menggantungkan segalanya kepada kudrat kita yg tak seberapa, lupa pada Allah
Yang Maha Perkasa.
Telusuri sejarah...
Nabi Musa – mampu membelah Laut Merah
Nabi Ibrahim – mampu selamat daripada terbakar walau pun
dihumbankan ke dalam unggun api oleh Namrud
Nabi Muhammad s.a.w – selamat sampai ke Madinah dalam sejarah Hijrah
yg agung
Mariam – mampu menggoncangkan pohon korma utk memakan
buahnya walau pun dalam kepayahan berskala sgt tinggi, saat baru melahirkan
Nabi Isa a.s.
Rahsia keajaiaban2 ini ialah TAWAKAL kepada Allah.
Pergantunag sepenuhnya pada kuasa Yang Maha Berkuasa. Sebab? Allah mampu
lakukan apa saja.
Jadi, saat diri terasa lemah, berhenti seketika. Ingat
semula niat kita dalam melakukan perkara tersebut. Kerana Allah? Ok, seterusnya...Sejauhmanakah
pergantungan kita pada Allah?
Kita rasa tak mampu sebenarnya, apabila kita meletakkan
segala usaha hanya bersandarkan pada diri
kita yg lemah, seolah2 mengenepikan Allah. Itu sebenar halangannya! Beritahu
diri: “Dengan bantuan Allah, insya’-Allah saya akan berjaya!"
Namun, apa pun, sebagai hamba, usaha, kesungguhan, istiqamah
perlu beserta dalam usaha kita. Allah boleh beri saja kemenangan pada Nabi Musa
dg memusnahkan Firaun dan pengikutnya. Namun, sebagai hamba, Nabi Isa di suruh
lari dan belah Laut Merah.
Allah boleh saja musnahkan Namrud dan seleruh pembantunya,
namun Allah ingin melihat kegigihan Nabi Ibrahim dalam berdakwah.
Allah boleh saja bawa Nabi Muhammad saw dari mekah ke
Madinah, sebagaimana Dia menjalankan baginda ke langit dalam peristiwa Israk
dan Mikraj. Namun, sebagai hamba, Ralulullah saw juga perlu berusaha
Allah boleh saja sediakan makanan utk Mariam, saat baru
melahirkan Nabi Isa. Namun, usaha perlu dilakukannya . Kenapa? Kerana sifat
hamba...
Apa sebenar di sebalik kesemua sejarah ajaib ini? Ya...kita
sebagai hamba, perlu berusaha, tidak putus asa dan bergantung pada-Nya. Bantuan
akan datang setelah usaha dilaburkan, bukan saat berangan2 atau sekadar
mencipta impian!
Sebelum kejayaan boleh dinikmati, Allah ingin lihat sejauh
mana kesungguhan kita mengikut sunahnya. Usaha utk berjaya. Namun, atas
segalanya, perlu wujud harapan hanya pada-Nya yg mampu menganugerahkan segalanya.
Bila kita dah letak Allah sebagai penolong, Dia akan
menolong kita dg pelbagai cara...kadang2 yg tak pernah terduga oleh kita –
Percayalah!
Justeru, saat memulakan satu2 perjuangan, letaklah Allah di
hadapan. Mohon bantuan-Nya. Lepas tu...Usaha. Usaha. Usaha. Jangan jemu. Jangan
lemah. Jangan putus asa. Berazam, berusaha, berdoa dan bertawakallah.
Justeru, untuk berjaya, akui dan akurlah: KITA HAMBA!
No comments:
Post a Comment