Seorang
nakhoda kapal memberitahu penumpangnya bahawa kapal akan singgah di sebuah
pulau. Semua org akan diberi peluang sekali sahaja utk turun. Masa utk setiap
org pula, ada yg sama, ada yg tidak. Ada lama, ada yg sekejap.
Pulau itu
cantik. Banyak khazanah menarik utk dimiliki.
"
Kumpullah sebanyak yg mampu. Pastikan apa yg dipilih itu berguna utk dibawa
balik. Peluang hanya diberi sekali utk setiap org". Pesan nakhoda kepada
semua penumpangnya.
Maka
bertebaranlah semua meneroka pulau. Memang cantik! Memang menarik!
Khazanahnya...oh! Banyak sungguh!
Jadi,
masing2 menikmati peluang yg diberi. Ada yg mengumpul barang berharga yang
diperolehi sebanyak mungkin - utk bekalan bila dibawa pulang nanti.
Namun, ada
yg hanya leka menikmati kecantikan pulau, sampai terlupa bahawa masa diberi
adalah sgt terhad. Pulau itu akan ditinggalkan.
Tiba
masanya, setiap org terpaksa meninggalkan pulau tersebut. Ada yg bijak, membawa
pelbagai khazanah berharga. Ada yg leka, tak sempat bawa apa2. Ada juga yg
sekadar ambil saja apa yg ada di saat2 akhir. Ada juga yg tertipu dg
barangan yg disangka berharga!
Saat menaiki
semula kapal utk meninggalkan pulau, pelbagai reaksi, emosi menjadi saksi
setiap org yg kembali...
Begitulah
hidup kita.
Hanya
sekali.
Tiada
peluang utk kembali.
Dunia ini
ibarat pulau itu. Satu ketika akan ditinggalkan.
Lantas,
berusahalah mencari bekalan agar saat dipanggil pulang, kita tidak kecundang!
No comments:
Post a Comment