Sunday, 26 March 2017

Jom! Khusyuk solat


Bagaimanakah cara kita nak beri hadiah paling berharga pada seseorang yg berada jauh? Pos laju? Kirim melalui seseorang? Tapi, paling meyakinkan ialah kita sendiri yg beri padanya!
Itulah solat. Hadiah Allah paling berharga buat kita hamba-Nya yg Muslim. Disampaikan sendiri oleh  Allah kpd Rasulullah saw sewaktu peristiwa Isra’ dan Mikraj. Kenapa? Lantaran nilainya yg terlalu tinggi. Hadiah buat siapa? Kita semua – umat Muhammad saw. Namun, apakah pula penerimaan kita?

Sekiranya sekuntum mawar dihadiahkan epada seorg gadis, mawar itu disambut penuh gembira, dicium, dimasukkan ke dalam pasu cantik...ringkasnya: amat dihargai. Kalau mawar itu diberi pada monyet? Ah! Dikoyak2kan saja! Lantaran tak mengerti dan tidak tahu menghargai pemberian sedemikian!

Kepentingan solat...semua dah maklum. Tiang agama, Perkara pertama yg bakal dihisab di akhirat nanti.  Dan paling istimewa, kaedah kita BERBICARA  dengan Allah – paling kurang LIMA kali sehari. Manifestasi  sayangnya Allah pada kita.

Kata2 org soleh:
“Sesiapa yg ingin Allah  berbicara dengannya, maka bacalah Al-Quran, sesiapa yg ingin berbicara dengan Allah, maka dirikanlah solat.”


1. Fahami apa yg dibaca

Baik, bagaimana pulak kita nak berbicara dg seseorg kalau kita sendiri tidak tahu dan tidak faham apa yg kita ucapkan? Aneh kan begitu? Namun, itulah hakikat yg berlaku pada setengah2 drp kita. Solat dilakukan tanpa memahami apa yg dibaca. Bolehkah khusyuk kalau begitu?

Bayangkan ... kita berbicara dg seorang raja. Tapi, kita tak faham pun apa yg kita cakapkan! Apa respon raja? Apa pulak balasannya? Tentu murka dan menghalau kita keluar drp istananya...SEGERA!

Jadi, tidak hairanlah, ada org yg solat, tapi solat itu dihempaskan kembali ke mukanya, tidak diterima...lantaran tak layak diterima oleh Allah Yg Maha Agung, Maha Mulia, Maha Segala...
Jelas, kalau ingin solat kita khusyuk, perkara pertama dan utama ialah kita perlu faham makna yg kita ucapkan dalam solat. Susahnya...Sebab bahasa Arab... Kita tak perlu cari alasan. Kalau nak menguasai kemahiran yg memerlukan kita menguasai bahasa Inggeris, kita sanggup bersusah payah utknya (sedangkan kebanyakannya hanya utk keperluan duniawi), mengapa kita berkira benar utk menguasai Bahasa Arab...demi kesempurnaan solat.

 Kalau tak mampu utk belajar sampai fasih berbicara dalam bahasa Arab, fahami maksud yg dibaca dalam solat, itu sudah memadai. Faham betul2. Hayati betul2. Biarlah saat kita menunaikan solat, kita benar2 menghayati, merasai yg kita sedang berbicara dg Allah – menuturkan setipa kalimat dari lubuk hati nurani, meluahkan segalanya kepada Yang Maha Mendengar...dan Maha Mengasihani.

2. Ingat Allah di luar soalt - setiap masa

Kadang2 masa solat itu, pelbagai perkara pula. menjengah fikiran. Makanan belum disediakan lagi. Tugasan belum selesai lagi. Minit mesyuarat pun dah kena hantar. Dan lain2 lagi. Selalu juga dikatakan, benda yg hilang pun boleh “jumpa” dalam solat! Kenapa begitu ya? Cuba ingat kembali...Kalau kita ada seorg yg sgt kita cintai. Kita akan mengingatinya setiap masa kan? Sebut namanya – jiwa dah bergetar! Kenangan bersamanya dah cukup menyegarkan jiwa!

Begitu juga, kalau benar2 ingin solat khusyuk, sebenarnya ia bermula bukan saat kita memulakan takbiratul ihram, atau saat menyempurnakan wudhu’, tapi SETIAP MASA. Kenapa semua perkara teringat saat solat? Sebab: pekara2 itulah yg kita fokuskan di luar solat. Jadi, ulama menyarankan, sekiranya kita ingin khusyuk solat, kita perlu INGAT ALLAH SETIAP MASA. Di luar solat dan insya’-Allah akan terbawa juga di dalam solat. Macam kita mengingati org yg kita sgt. cintai. Kan begitu?

3. Anggap setiap solat itu - SOLAT TERAKHIR

Apa pulak perasaan kalau kita tahu bahawa solat yg bakal kita lakukan merupakan solat terakhir buat kita? Ya... Lepas ni kita akan dipanggil menghadap Allah. Maut itu bila2 masa akan menjengah...Kita dah tak ada lagi peluang beramal. Yg tinggal nanti – satu perjalanan jauh yg perlu kita hadapi – barzakh, padang mahsyar, Hari Pengadilan, Titian Sirat dan akhir sekali : kampung abadi –SYURGA atau NERAKA. Di manakah kita nanti?
Jadi, anggaplah setiap solat yg kita lakukan itu adalah solat yg TERAKHIR . Ini mendorong dan membantu kita melakukan yg TERBAIK!...


4. Merasai Kehadiran Allah

Jom! Kembali ke istana. Kita berhadapan semula dg raja. Apa pula reaksi raja sekiranya kita seolah2 tidak sedar kehadirannya saat kita berbicara dgnya? Nak ke baginda layan kita? Cakap tanpa hormat. Tiada perhatian. Apatah lagi kalau tak beradab. Sekali lagi akan diusir keluar drp istana!

 Sama juga dg Allah. Hadirkan hati dan rasakanlah kehadiran-Nya saat kita solat. Dia ADA di depan kita.

Malah seorang wali Allah bukan sekadar merasakan dirinya diperhatikan Allah saat solat, tapi juga terasa Syurga bersama kenikmatannya di kanannya dan neraka dg segala kesengsaraannya berada di kirinya! Alangkah baiknya kalau kita berjaya menjadi sptnya...
Jadi, rasakan diri kita diperhati dan Allah ada di hadapan kita.

Setiap kali azan berkumandang, antara yg diperdengarkan ialah: 
Hayya alassolah (Marilah mengerjakan solat)
Hayya alalfalah (Marilah menuju kejayaan)

Mengapa solat dikaitkan dg kejayaan ? Kerana, solat merupakan perkara utama dalam hidup sesiapa yg mengaku Islam. Peluang berbicara dengan Allah. Sumber ketenangan. Bakal meraih reda, rahmat dan kasih sayang Allah. Ganjarannya – kebahagiaan dengan beroleh ketenangan di dunia. Seterusnya, ganjaran yg lebih baik – di akhirat nanti, syurga yg menanti. Bukankah itu kejayaan yg HAKIKI?

Namun, solat yg bagaimana? Ya – solat yg khusyuk, diterima Ilahi.


Jom! Sama2 kita mujahadah ke arah itu....

No comments:

Post a Comment