Terkesan dengan cerita seorang petani dengan beruang (dari
Radio IKIM)...
Suatu hari, petani telah membantu beruang yang terkena
jerat. Dek terhutang budi, beruang telah bersetuju membalas jasa petani dengan
menjadi kawan baik.
Maka berkawan baiklah mereka.
Satu ketika, dalam pengembaraan, petani letih dan minta izin
untuk tidur.. Dia meminta beruang menjaganya daripada sebarang musuh. Beruang
pun setuju.
Seketika kemudian, seekor nyamuk hinggap di muka si petani.
Memandangkan hal itu, beruang merasakan nyamuk itu merbahaya. Lalu, dia memukul
nyamuk yang hinggap atas kepala petani. Tanpa disedari, pukulan itu merupakan
pukulan maut...kerana dia beruang! Maka, matilah petani tersebut, hanya kerana
rakannya, si beruang yang cuba menolongnya daripada gigitan nyamuk.
Iktibar cerita...
Kita jangan terlalu percayakan seorang kawan yang TIADA ILMU
kerana kadang2 kalau dia cuba membantu, namun tanpa ilmu, dia boleh membuntu!
Paling parah, boleh memusnahkan hidup kita!
Kita juga ada pengalaman demikian kan? Justeru, berhati2lah dalam memilih kawan –
apatah lagi saat ingin memohon bantuan, nasihat serta buah fikiran..
No comments:
Post a Comment