Banyaknya masalah. Rasa macam kepala ni berserabut! Apa nak
buat?
Salah satu cara ialah dg kita tuliskan masalah itu di atas
kertas atau di skrin komputer.
Tiada masa? Cari masa! Insya’-Alklah usaha ini tidak sia2.
Lagi pun, bukankah kita ngin hidup yg ceria?
Kenapa perlu tulis? Ya – apabila dia telah diluahkan – atas kertas,
skrin komputer.. sebenarnya kita sudah meletakkan masalah itu pada satu “platform”atau
paparan yg kita boleh lihat. Jadi, mula
tulis masalah2 g membebankan fikiran, jiwa, minda dan emosi kita yg terbatas
itu!
Kita akan dapati, kepala dah mula rasa ringan. Sekarang,
masalah itu berada di depan mata, bukan lagi dalam kepala! Apa maknanya?Ya... Kita boleh LIHAT!. Umpama
kita cari barang – dalam gelap atau dalam terang, yg mana lebih mudah nak kita
jumpa? Tentu dlm terang – kita boleh nampak.
Begitu juga masalah yg dah tertulis, ianya kini, sudah tidak
lagi berlegar2 dlm kepala. Kita dah nampak dg jelas. Jadi, mudahlah utk cari
punca atau penybab, merancangkan strategi penyelesaian.
Yg uniknya, kita boleh berfikir dg baik kerana minda kita
tak seberat sebelumnya. Kenapa berat? Masalah itu yg jadi beban. Kepala kita
juga “sangat padat”...jadi sempit dek masalah tersebut! Kini, dia dah di
letakkan di luar!
Baca balik apa yg ditulis. Teliti satu persatu. Cuba buat
hubungan antara satu masalah dg masalah yg lain. Kita akan dapati, satu persatu
masalah itu sudah menjadi sesuatu “jig-saw puzzle” yg menarik utk diselesaikan!
Kadang2 juga, percaya atau tidak – masalah itu hampir
selesai saat kesemuanya terpapar dlm bentuk tulisan!
Selamat tinggal masalah!
Namun...jangan lupa, teruslah berusaha, berdoa dan
bertawakal kepada Allah!
No comments:
Post a Comment