Monday, 13 March 2017

Jangan lemah, jangan putus asa

Kadang2 perasaan lemah bertamu dlm jiwa.
Kadang2 juga terasa  kecewa bila apa yg dihafal sebelum ini seolah2 hilang dari minda begitu shj...
Sedang hafal Surah Ali Imran...Surah Al-Baqarah yg dihafal sebelum ini kelihatan semakin samar, semakin terhakis drp ingatan!

Bagaimana ya?

Tak apa. Teruskan hafalan. Jangan bimbang. Itu hanya bisikan syaitan yg ingin mengaburi harapan. Dibisikkan bahawa: "Buat apa nak hafal, kalau asyik lupa!'
Pedulikan!

Pengalaman juga telah membuktikan bahawa sesuatu yg baru memang kelihatan sukar, utk difahami, aptah lagi, diingati. Namun, segala2nya akan semakin mudah seiring dg peredaran masa ... juga pertambahan masa yg ditumpukan utknya.

Apa yg sudah dihafal sebelum ini sudah tersimpan di "database memori" - cuma kadang2 agak susah nak retrieve! Tak apa. Yakinlah, hafalan kali kedua akan jadi lebih mudah sebenarnya.

Teruskan keyakinan pada Tuhan. Kalau Allah bantu, tiada yg mustahil!


No comments:

Post a Comment