Showing posts with label Panduan Hafazan. Show all posts
Showing posts with label Panduan Hafazan. Show all posts

Wednesday, 26 September 2018

Hafazan

Tips hafal Al-Quran:

1.       Ikhlas kerana Allah semata2
2.       Tingkatkan ibadah – tambahkan amalan sunat, tingkatkan zikir, sedekah dan segala kebaikan
3.       Tinggalkan semua maksiat – mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan seluruh anggota badan
4.       Berbakti kpd ibu bapa – reda Allah bergantung kepada reda ibu bapa
5.      Jangan ragu-ragu – yakin. Kalau susah, lawan perasaan, lawan syaitan yg membisikkan kata susah itu. Yakinkan bahawa Quran itu mudah. Katakan “Mudah. Mudah. Mudah.” Yakinlah -  Dengan bantuan Allah – semua akan jadi MUDAH!

Sunday, 29 April 2018

SAAT SUKAR...

SAAT SUKAR...

Hafalan Al-Quran – kadang2 bila kersukaran menjerat, anggaplah ia sebagai satu hidangan buffet. Kita ada banyak pilihan makanan ...bnyk yg menarik, enak dan lazat berbanding dg apa yg kita tak suka. Ambillah yg menyenangkan kita.

Juga anggap sebagai sedang menjawab soalan peperiksaan. Kita dinasihatkan agar menjawab yg senang dulu. Kalau ada masa, kembali semula pada soalan2 yg susah itu. Sama juga dg Al-Quran – biasanya, ayat2 berkaitan dg persoalan berat (spt peperangan, hukum hakam) sgt sukar nak dihafal. Kalau dipaksa juga utk menghafalnya, kita jadi lemah semangat, letih dan kadang2 kecewa. Silap haribulan, kesihatan boleh terganggu kerananya!

Beralihlah pada ayat2 berikutnya. Ah! Mudah rupanya. Menyirami hati dg kegembiraan, kelembutan dan ketenangan di luar dugaan!

Jadi, saat terasa sukar: ingat – ia adalah buffet, pilihlah apa yg kita suka (tanpa menafikan kepentingan ayat2 yg agak sukar), dan hafal yg mudah dulu. Mudah, tak bermakna tidak penting, susah tak bermakna lebih penting. Semuanya kalam Ilahi. 

Juga macam soalan-soalan peperiksaan – mudah atau pun susah, memberi wajaran markah yg sama! Jadi, jgn habiskan masa terlalu lama utk yg susah! Ada masa, kembali semula pada yg susah. Kalau dah masa menjawab berakhir ( usia dah sampai ke nokhtah), Allah tidak sia2kan usaha kita.
Yg penting – doa, usah, ikhlas dan tawakal (DUIT)!

Juga, saat kesukaran menjelma, ingat semula tujuan asal kita – ingin jadi Ahlullah ... satu tugas besar, perlu mujahadah. Dan tiada perkara yg bernilai dlm dunia ini mampu dimiliki hanya dg sekadar bersenang-lenang. Juga, ingat dan ingat semula – sentiasa ingat:

“Apakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata kepada Allah org2 yg berjihad (berjuang dg bersungguh2) antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) org2 yg sabar (tabah dan cekal hati dlm perjuangan)?”
(Surah Ali-Imran, ayat 142)

Juga sentiasalah berbaik sangka dg Allah, jgn sekali2 berputus asa lantaran Allah menyatakan:
“Jangan putus asa daripada rahmat Allah” (Surah Az-Zumar, ayat 55)

Muraja'ah perlu selalu

“Muraja'ah itu perlu dibuat selalu. Kalau tidak, kita akan dapati apa yg telah dihafal seperti ayat2 baru.” Teringat kata2 Ustaz Rio semasa kelas Tahfiz di Markaz Firdaus Hayyu Sabi’, Kaherah sekitar April 2016 yg lalu. 

Benar sekali. Setelah sampai ke Juz ke-7, ku dapati juz2 awal, terutama 1-4 mula kabur dari ingatan. Ayat2 yg satu ketika dulu “cair” di bibir, sekarang seolah2 asing bagiku..

Ini dapat ku kesan setiap kali pelajar yg datang mengaji membaca juz2 tersebut. Asing. Tersangat asing sesetengahnya. Perasan bimbang membalut jiwa. Satu ketika dulu, rancangannya ialah nak selesaikan kesemua atau sebahagian drp hafalan Al-Quran. Lepas tu, baru muraja’ah. Tapi, nampaknya, itu langsung tidak praktikal.  

Ku capai buku panduan Ustaz Asraff (...Kaedah Jibril) – pun saranan yg sama. Dalam “marathon 30 juz” perlu berhenti utk muraja’ah selepas 4 juz.

Berpandukan semua ini , juga berdasarkan pengalaman sendiri, aku mula membuat perancanagn baru. Berhenti. Muraja’ah. Lepas tu baru teruskan Juz 7.

Satu lagi, apa yg akan ku lakukan ialah sentiasa muraja’ah, jangan tunggu sampai 4 juz. Itu rasanya agak lewat. Caranya? Seperti baca ayat2 yg telah dihafal dalam solat. Jangan sampai terkumpul banyak. Terus kekalkan dalam ingatan. 

Benar. Hafalan ini spt “unta yg amat mudah terlepas drp ikatan” kalau kita tak berhati2, pantas saja dia akan lari pergi! Dan – susah pula nak dapatkannya kembali!

Terima kasih Allah atas bimbingan-Mu. Permudahkanlah hafalanku dan juga pengekalan hafalan itu. Ameen...

Wednesday, 7 February 2018

Teruskan mujahadah...

Renungan semula...

Saat terasa sukar untuk menghafal…kadang2 terlintas dalam fikiran – susahnya! Pedulikan gangguan itu! Kalau bukan kerana nafsu yg sukakan kesenangan, mungkin syaitan yg menggoda, sebagaimana janjinya sejak dihalau ke dunia lantaran ingkar pada perintah Allah yg memerintahnya sujud pada Nabi Adam.

Lantas, apa yg perlu dilakukan? Teruska…teruskan…teruskan saja. Akhirnya, dg mujahadah, kita akan menang! Satu demi satu Allah akan permudahkan! 

Cuba hafal, tapi lupa? Apa nak susah? Teruskan saja, jgn sekali2 putus asa! Ada org mudah saja hafal lirik2 lagu yg tak difahami langsung (contohnya Hindustan!). Ianya mudah lantaran tidak bertentangan dg nafsu, dg kehendak syaitan! Tapi, apa nilainya di sisi Allah? Mampukah ia jadi saham akhirat?

Kalau ayat2 suci Al-Quran, teruskan hafalan – sesukar mana pun ia. Bayangkan saat betemu Allah, kalau kita mampu penuhi dada dg kalam suci-Nya…Tentu indah…

Kembara Al-Hafeezah – cabaran hebat, dugaan berat..namun, kejayaan wujud di sepanjang perjalanan – apatah lagi, di hujung jalan nanti…saat dipanggil menghadap Ilahi…

Saat sukar

1/11/17: 9.36 am

Hafalan Al-Quran – kadang2 bila kersukaran menjerat, anggaplah ia sebagai satu hidangan buffet. Kita ada banyak pilihan makanan ...bnyk yg menarik, enak dan lazat berbanding dg apa yg kita tak suka. Ambillah yg menyenangkan kita.

Juga anggap sebagai sedang menjawab soalan peperiksaan. Kita dinasihatkan agar menjawab yg senang dulu. Kalau ada masa, kembali semula pada soalan2 yg susah itu. Sama juga dg Al-Quran – biasanya, ayat2 berkaitan dg persoalan berat (spt peperangan, hukum hakam) sgt sukar nak dihafal. Kalau dipaksa juga utk menghafalnya, kita jadi lemah semangat, letih dan kadang2 kecewa. Silap haribulan, kesihatan boleh terganggu kerananya!

Beralihlah pada ayat2 berikutnya. Ah! Mudah rupanya. Menyirami hati dg kegembiraan, kelembutan dan ketenangan di luar dugaan!

Jadi, saat terasa sukar: ingat – ia adalah buffet, pilihlah apa yg kita suka (tanpa menafikan kepentingan ayat2 yg agak sukar), dan hafal yg mudah dulu. Mudah, tak bermakna tidak penting, susah tak bermakna lebih penting. Semuanya kalam Ilahi. 

Juga macam soalan-soalan peperiksaan – mudah atau pun susah, memberi wajaran markah yg sama! Jadi, jgn habiskan masa terlalu lama utk yg susah! Ada masa, kembali semula pada yg susah. Kalau dah masa menjawab berakhir ( usia dah sampai ke nokhtah), Alah tidak sia2kan usaha kita.