Sunday, 29 April 2018

SAAT SUKAR...


SAAT SUKAR...

Hafalan Al-Quran – kadang2 bila kersukaran menjerat, anggaplah ia sebagai satu hidangan buffet. Kita ada banyak pilihan makanan ...bnyk yg menarik, enak dan lazat berbanding dg apa yg kita tak suka. Ambillah yg menyenangkan kita.

Juga anggap sebagai sedang menjawab soalan peperiksaan. Kita dinasihatkan agar menjawab yg senang dulu. Kalau ada masa, kembali semula pada soalan2 yg susah itu. Sama juga dg Al-Quran – biasanya, ayat2 berkaitan dg persoalan berat (spt peperangan, hukum hakam) sgt sukar nak dihafal. Kalau dipaksa juga utk menghafalnya, kita jadi lemah semangat, letih dan kadang2 kecewa. Silap haribulan, kesihatan boleh terganggu kerananya!

Beralihlah pada ayat2 berikutnya. Ah! Mudah rupanya. Menyirami hati dg kegembiraan, kelembutan dan ketenangan di luar dugaan!

Jadi, saat terasa sukar: ingat – ia adalah buffet, pilihlah apa yg kita suka (tanpa menafikan kepentingan ayat2 yg agak sukar), dan hafal yg mudah dulu. Mudah, tak bermakna tidak penting, susah tak bermakna lebih penting. Semuanya kalam Ilahi. 

Juga macam soalan-soalan peperiksaan – mudah atau pun susah, memberi wajaran markah yg sama! Jadi, jgn habiskan masa terlalu lama utk yg susah! Ada masa, kembali semula pada yg susah. Kalau dah masa menjawab berakhir ( usia dah sampai ke nokhtah), Allah tidak sia2kan usaha kita.
Yg penting – doa, usah, ikhlas dan tawakal (DUIT)!

Juga, saat kesukaran menjelma, ingat semula tujuan asal kita – ingin jadi Ahlullah ... satu tugas besar, perlu mujahadah. Dan tiada perkara yg bernilai dlm dunia ini mampu dimiliki hanya dg sekadar bersenang-lenang. Juga, ingat dan ingat semula – sentiasa ingat:

“Apakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata kepada Allah org2 yg berjihad (berjuang dg bersungguh2) antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) org2 yg sabar (tabah dan cekal hati dlm perjuangan)?”
(Surah Ali-Imran, ayat 142)

Juga sentiasalah berbaik sangka dg Allah, jgn sekali2 berputus asa lantaran Allah menyatakan:
“Jangan putus asa daripada rahmat Allah” (Surah Az-Zumar, ayat 55)

No comments:

Post a Comment