Niat masa
baca Al Quran.
Kuliah:
Ustazah Norhafizah Musa
Imam Ibnu
Kathir mengatakan "Niat lebih gagah/lebih hebat dari amal itu
sendiri". Untuk dapat kehebatan amal, niat mesti hebat. Sebelum baca Quran
halusi niat dan mohon mendapatkan apa yang kita niatkan. Ia akan memberi kesan
kepada kehidupan kita secara maknawi atas ganjaran dari Allah S.W.T.
1. Mohon
untuk mendapat syafa'at al-Quran (al-Quran menjadi teman kita, memberi kebaikan
dan membantu kita di hari yang kita susah nanti, insyaAllah).
“Bacalah
al-Qur’an kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafa’at
kepada para ahlinya.” (HR. Muslim)
2. Mohon
ditambah kebaikan. Dapat dirasai selagi kita baca al-Quran, ibaratnya terasa
bertambah curahan kebaikan/kekayaan/pahala kepada kita sehingga membuatkan kita
tidak terasa untuk berhenti dan kita akan membacanya dalsm kudrat kemampuan
kita.
“Siapa saja
membaca satu huruf dari Kitab Allah (Al-Qur’an), maka baginya satu kebaikan,
dan satu kebaikan itu dibalas dengan 10 kali lipatnya.” (HR. At-Tirmidzi).
3. Mohon
selamat dari api neraka.
"Kalau
adalah terkumpul Quran dalam hati-hati manusia, maka ia tidak akan dibakar api
neraka"
4.
Memakmurkan hati kerana membaca al-Quran menjadi "basuhan",
menghidupkan hati dari menjadi busuk, usang dan menjadi tempat benda-benda yang
merbahaya.
“Sesungguhnya
barang siapa yang dalam dirinya tiada bacaan al quran maka ia seperti halnya
rumah yang usang”
5. Mohon
untuk diamalkan setiap yang kita baca. Baca al- Quran sebaiknya dengan elok2,
tenang dan tartil. Kedudukan kita/darjat kita ditentukan dengan kedudukan
ayat/bacaan kita yang terakhir kita baca di dunia ini.Contohnya jika ayat
terakhir yang dibaca itu berkenaan jihad, maka kedudukan berjihadlah pembacanya
kelak walaupun pembacanya tidak meninggal semasa berjihad.
Dikatakan
kepada pembaca al-Quran: “Bacalah (al-Qur’an), naiklah (pada darjat2 syurga)
dan bacalah dengan tartil sebagaimana engkau membacanya dengan tartil didunia.
Sesungguhnya kedudukan darjatmu sehingga kadar akhir ayat yang engkau baca.”
(HR. Ahmad).
6. Jadikan
al- Quran sebagai syifa/ubat/ kepada hati-hati yang berpenyakit dan kelemahan
tubuh badan kita.
"Dan
Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi
orang-orang yang beriman ....." (Al Isra' 17:82)
7. Mohon ia
menenangkan hati yang gundah gulanah bila membaca al-Quran dengan tartil. Nafsu
dan hati yang liar/bergolak hanya dapat ditenangkan dengan rawatan kembali
kepada al-Quran dan membacanya dengan tartil. Bacalah sehingga tenang.
"(Iaitu)
orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dgn zikrullah".
Ketahuilah dgn "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia"
(Ar-Ra'd 13:28)
8. Mohon
supaya hati hidup, bercahaya dan hilang kesedihan digantikan dengan yang baik.
9. Mohon
menjadi penyebab mendapat hidayah yang sempurna."Kitab (Al Quraan) ini
tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa" (Al
Baqarah 2:2)
10. Mohon
hidup tidak terlerai dari al-Quran dan kita dibangkitkan kelak dengan syafa'at
al-Quran.
No comments:
Post a Comment