Seorang ibu
yg sayangkan anaknya akan cepat2 membawanya ke doktor apabila mendapati ada
ketumbuhan pada badan si anak, apatah lagi kalau pada wajahnya. Setibanya ke
hospital, anak tersebut terpaksa dibedah lantaran ketumbuhan itu tidak dapat
dibiarkan kerana merbahaya.
Menangis dan
meraunglah anak itu saat dibedah. Namun, si ibu terpaksa sabar menyaksikan
kesakitan yg dideritai si anak. Kenapa? Demi kesembuhan fizikalnya.
Namun,
kadang2 ibu yg sama, melihat kelakuan kurang sopan anaknya. Menyakitkan mata
dan hatinya, juga orang lain. Namun, si ibu tenang saja.
“Biarlah. Budak2. Kecil lagi”. Itu saja kata
hatinya.
Maka
terbiasalah anak itu dg akhlak yg tidak baik. Membesar dlm keadaan begitu.
Seperti ketumbuhan pada badan, begitu juga ketumbuhan pada akhlak. Lama
kelamaan sukar diubati. Memudaratkan. Bukan saja pada anak tersebut, tapi juga
orang lain.
Justeru,
perubatan fizikal dan akhlak (rohani) perlu seiring diutamakan pada anak2 sejak
kecil. Biar dia menangis di zaman kanak2nya lantaran “perubatan” rohani yg kita
berikan. Jangan sampai kita terpaksa menangis saat dia telah dewasa di mana
penyakit akhlaknya tidak mungkin dapat dirawat lagi...
“Anak itu
kain putih. Ibu dan bapalah yg mencorakkan dia samada menjadi Majusi atau
Nasrani”
No comments:
Post a Comment