“Muraja'ah itu perlu dibuat selalu. Kalau tidak, kita akan
dapati apa yg telah dihafal seperti ayat2 baru.” Teringat kata2 Ustaz Rio
semasa kelas Tahfiz di Markaz Firdaus Hayyu Sabi’, Kaherah sekitar April 2016
yg lalu.
Benar sekali. Setelah sampai ke Juz ke-7, ku dapati juz2 awal,
terutama 1-4 mula kabur dari ingatan. Ayat2 yg satu ketika dulu “cair” di
bibir, sekarang seolah2 asing bagiku..
Ini dapat ku kesan setiap kali pelajar yg datang mengaji
membaca juz2 tersebut. Asing. Tersangat asing sesetengahnya. Perasan bimbang
membalut jiwa. Satu ketika dulu, rancangannya ialah nak selesaikan kesemua atau
sebahagian drp hafalan Al-Quran. Lepas tu, baru muraja’ah. Tapi, nampaknya, itu
langsung tidak praktikal.
Ku capai buku panduan Ustaz Asraff (...Kaedah Jibril) – pun
saranan yg sama. Dalam “marathon 30 juz” perlu berhenti utk muraja’ah selepas 4
juz.
Berpandukan semua ini , juga berdasarkan pengalaman sendiri,
aku mula membuat perancanagn baru. Berhenti. Muraja’ah. Lepas tu baru teruskan
Juz 7.
Satu lagi, apa yg akan ku lakukan ialah sentiasa muraja’ah,
jangan tunggu sampai 4 juz. Itu rasanya agak lewat. Caranya? Seperti baca ayat2
yg telah dihafal dalam solat. Jangan sampai terkumpul banyak. Terus kekalkan
dalam ingatan.
Benar. Hafalan ini spt “unta yg amat mudah terlepas drp
ikatan” kalau kita tak berhati2, pantas saja dia akan lari pergi! Dan – susah
pula nak dapatkannya kembali!
Terima kasih Allah atas bimbingan-Mu. Permudahkanlah
hafalanku dan juga pengekalan hafalan itu. Ameen...
No comments:
Post a Comment