Sekiranya satu pintu tertutup untuk kita, masih banyak lagi
pintu lain yg terbuka.
Namun, kita kadang2 mengambil masa terlalu lama merenung,
merintih dan menyesali kegagalan kita utk memasuki pintu tersebut – sedangkan kita
tak tahu, mungkin apa yg tersimpan dalam pintu itu sebenarnya bukan ditakdirkan
utk kita atau tidak baik utk kita...
Sebenarnya...
Pelbagai pintu
tersedia utk kita pilih. Jangan buang masa terlalu lama bersedih, merintih dan
menyesali ttg apa yg bukan hak kita, atau sesuatu yg di luar upaya kita utk
memperolehinya.
Ambil masa sekejap utk berfikir, merenung dan ...mulakan
langkah baru: terokailah pintu yg lain.
Mungkin pintu yg terletak bersebelahan itu saja menyimpan
khazanah yg tak ternilai buat kita!
Ingat. Ingat dan selalu ingat: Hidup terlalu singkat. Allah
sentiasa bersama kita. Bumi Allah amat luas. Rahmat-Nya juga melimpat ruah.
Jangan sekali2 kita putus asa dg rahmat Allah!
Ayuh! Bangkit semula!
No comments:
Post a Comment