Showing posts with label Santapan Rohani. Show all posts
Showing posts with label Santapan Rohani. Show all posts

Saturday, 7 July 2018

Doa Anak


Seorang lelaki diangkat darjatnya di dalam syurga lalu dia berkata : 
“ Dari mana saya perolehi hal ini ? “ lalu dijawab : “ Dengan istighfar (doa) anakmu untukmu “ . ( HR Ahmad ) 
Maka janganlah kalian melupai mereka yang sedang berada di dalam kubur .



Thursday, 5 April 2018

Doaku...


Ya! Allah, ampunilah segala dosa2ku yg tak terhitung, walau pun nikmat-Mu padaku tak terhitung...

Tuesday, 27 March 2018

Dua perkara


Dua perkara yang tidak disukai insan ialah
1. Kematian dan
2. harta yg sedikit.

Kalau org benar2 beriman, kedua2 perkara tersebut menjadi sesuatu yg tidak mendukacitakan hatinya.

Kenapa?
1. Dengan kematian, dia mampu berjumpa Allah dan selamat daripada fitnah dunia
2. Dengan sedikit harta, dia akan lebih mudah hisabnya di Hari Pengadilan nanti...

Kita bagaimana?

Friday, 12 January 2018

4 musuh utama


4 musuh utama yg kita perlu berhati2 selama hidup:
 
1. Dunia yg menipu
2. Hawa nafsu yg menolak utk buat kebaikan, tapi menggalakkan kelalaian dan kejahatan
3. Syaitan yg tak kelihatan
4. Syaitan dari kalangan manusia yg ada di mana2

Hidup ini satu perjuangan yg hanya bernoktah saat kita bergelar jenazah...

Tuesday, 28 November 2017

Taqwa



Orang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwa (Surat Al-Hujarat: Ayat 13)

Usahalah utk jadi org bertaqwa.

Apa itu taqwa? Taqwa ialah: merasa diri sentiasa diawasi Allah, menunaikan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya (Sayyid Quthb: Tafsir Fi Zhilalil Qura’an)

Friday, 27 October 2017

Tentera Allah



Usahalah utk dapat cinta dan reda Allah. Bila Allah reda, Dia akan bantu kita dalam apa jua keadaan melalui pelbagai bentuk “tentera”-Nya umpama
Nabi Musa – tentera berupa air laut yg menyelamatkannya drp Firaun
Nabi Ibrahim - tentera berupa api menjadi sejuk yg menyelamatkannya drp kejahatan Namrud
Nabi Muhammad saw - tentera berupa angin ribut yg menyelamat baginda drp kaum kuffar semasa perang Khandak
Allah juga melindungi Kaabah dg tentera berupa burung (Ababil) yg menyelamatkannya drp Abrahah

Allah, Tuhan Yamg Satu – juga boleh bantu kita dg pelbagai tentera2-Nya bila kita perlukan...Syaratnya? Kita sentiasa berusaha meraih cinta dan reda-Nya...

Bersama Allah,tiada gundah,tiada resah dan tiada yg susah!

Wednesday, 25 October 2017

Bantuan hakiki



Syaitan dan bala tenteranya berusaha tanpa henti setiap saat bagi mencari ahli baru untuk dijadikan teman ke neraka. Sampai satu tahap kita mungkin melihat maksiat sebagai perkara biasa sementara ibadah pula sebagai sesuatu yg susah. Pada siapa perlu kita mohon bantuan?

“Dan mohonlah bantuan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan solat. Sesungguhnya solat itu amatlah berat, kecuali bagi orang2 yg khusyuk” (Surah Al-Baqarah 2:45)

Friday, 20 October 2017

Asalkan iklas



Kita buat kebaikan utk keluarga dan sahabat. Tapi nampaknya mereka sedikit pun tak berterima kasih, apatah lagi menghargai. Malah kadang2 kita pula yg disakiti.

Jangan sedih. Akaun akhirat kita dah ada kalau ikhlas kerana Allah.

Rasulullah  saw dan para nabi2 pun begitu. Apa yg mereka buat adalah utk menyelamatkan umat drp derita di akhirat yg tak berkesudahan. Satu jasa dan kebaikan yg sgt besar, tak ternilai harganya. Apalah sgt kalau dibandingkan dg jasa kita yg teramat kerdil itu...