Jangan mengharap kesempurnaan orang lain sedangkan diri kita
sendiri pun tidak sempurna...namun cubalah menjadi yg terbaik!
Sunday, 26 February 2017
Jadi kebanggan Allah
Bagaimana agaknya sekiranya kita menghadiri satu majlis besar
di istana, raja menyatakan kebanggan baginda terhadap kita di hadapan semua yg
hadir...pembesar2nya, menteri2nya dan semua jemputan yg terhormat yang hadir?
Tentu gembira tak terkata kan?
Namun, di sebalik kebahagiaan yg kita nikmati atas
penghargaan tersebut, mungkin ada yg iri hati atau diri kita sendiri menjadi
ujub...merasakan dirilah yg utama...
Ya – bahagia, namun bersalut ujian dari org lain (dengki)
juga diri sendiri (ujub/sombong)
Namun, kita boleh cari kebahagiaan yg lebih agung, murni dan
hakiki jika kita berusaha utk menjadi golongan yg Allah bangga di hadapan
malaikat2nya. Siapakah mereka? Iaitu mereka yg sentiasa mengingati Allah dlm setipa saat – pemikiran, perkataan dan
perbuatan.
Kenapa pula di hadapan malaikat? Ini kerana, Allah
menjelaskan, walau pun manusia itu dibekalkan dg nafsu dan perhiasaan dunia,
tapi masih lagi mengingati-Nya. Sedangkan malaikat, mereka sentiasa taat kerana
mereka tiada nafsu. Jadi, malaikat merupakan golongan sgt mulia – bertasbih dan
taat pada Allah setiap masa.
Berbeza dg manusia. Malaikat tidak akan iri hati. Sebaliknya
akan turut memuliakan org yg dimuliakan Allah. Dirinya sendiri pun tidak
dikuasai ujub dan sombong, malah terus tenang dlm meneruskan kembara kehidupan
hingga mampu menemui Rabbnya dg panggilan sayang :
“Wahai jiwa yg tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dlm keadaan reda dan
meredai. Masuklah ke dalam golongan hamba2-KKU dan masuklah ke dalam syurga-Ku.”
– Surah Al-Fajr: 30: 27-30
Biar dia menangis...
Seorang ibu
yg sayangkan anaknya akan cepat2 membawanya ke doktor apabila mendapati ada
ketumbuhan pada badan si anak, apatah lagi kalau pada wajahnya. Setibanya ke
hospital, anak tersebut terpaksa dibedah lantaran ketumbuhan itu tidak dapat
dibiarkan kerana merbahaya.
Menangis dan
meraunglah anak itu saat dibedah. Namun, si ibu terpaksa sabar menyaksikan
kesakitan yg dideritai si anak. Kenapa? Demi kesembuhan fizikalnya.
Namun,
kadang2 ibu yg sama, melihat kelakuan kurang sopan anaknya. Menyakitkan mata
dan hatinya, juga orang lain. Namun, si ibu tenang saja.
“Biarlah. Budak2. Kecil lagi”. Itu saja kata
hatinya.
Maka
terbiasalah anak itu dg akhlak yg tidak baik. Membesar dlm keadaan begitu.
Seperti ketumbuhan pada badan, begitu juga ketumbuhan pada akhlak. Lama
kelamaan sukar diubati. Memudaratkan. Bukan saja pada anak tersebut, tapi juga
orang lain.
Justeru,
perubatan fizikal dan akhlak (rohani) perlu seiring diutamakan pada anak2 sejak
kecil. Biar dia menangis di zaman kanak2nya lantaran “perubatan” rohani yg kita
berikan. Jangan sampai kita terpaksa menangis nanti - saat dia telah dewasa di mana
penyakit akhlaknya tidak mungkin dapat dirawat lagi...
“Anak itu
kain putih. Ibu dan bapalah yg mencorakkan dia samada menjadi Majusi atau Nasrani”
Saturday, 25 February 2017
Sulaman takdir...
Seorang
kanak2 bermain sementara ibunya memerhati sambil menyulam.
Sekali
sekala kanak2 tersebut mengampiri ibunya...melihat sulaman ibunya dari bawah,
lantaran belum mampu melihat dari atas yg agak tinggi.
“Kenapa buruk
benar sulaman Umi?”. Si anak bertanya. Di wajahnya tergambar perasaan tidak
puas hati!
Ibu hanya
tersenyum. Terus menyulam.
Berkali2 si
anak datang. Ungkapan yg sama diberi. Reaksi yg sama juga diperolehi!
Akhirnya,
setelah sulaman selesai, ibu memanggil anaknya...
“Lihat nak,
cantik tak sulaman Umi?” Ibu bertanya, riang.
“Wah!
Cantinya!!! Pandai sungguh Umi!” Balas si anak. Kagum. Kagum. Kagum!
Anak kecil,
tak sampai akalnya nak fikir apa yg ibunya sedang buat sebelum ini.
Jangkauannya pendek lantaran ilmunya yg cetek.
Begitu juga
kita. Kadang2 tertanya2 ...mengeluh...tak berpuas hati dg apa yg berlaku pada
diri kita, tanpa menyedari – Allah sedang menyulam takdir yg sangat indah buat
kita!
Subscribe to:
Posts (Atom)