Monday, 6 August 2018

Sakit zahir vs sakit batin


Suhu badan meningkat? Rasa lemah? Sakit kepala? Itu antara tanda2 sakit zahir.
Atasi masalah - ke klinik/hospital.

Tidak suka majlis ilmu? Kebaikan terasa pahit? Kejahatan dirasa menarik? Tidak tenang? Resah gelisah? Itu tanda2 sakit batin/hati

Ubatnya:
1. baca al-Quran dan faham maknanya
2. solat malam
3. berkumpul dg org2 soleh
4. sentiasa berzikir
5. perbanyakkan berpuasa

SOLUSI 117


Ramai yg sentiasa berhati2 dg CCTV manusia namun amat sedikit yg berhati2 dg CCTV Allah yg jauh lebih canggih...






Perkongsian dlm SOLUSI Isu 117
Selamat membaca!

Berhati2lah ... Trtamu Allah


Jadi Tetamu Allah, bukan seperti jadi tetamu manusia. Ke Tanah Suci, kita perlu pergi dg perasaan seorang hamba. Itulah jawatan yg termulia (Sebagaimana Allah sendiri panggil Rasulullah saw kala Isra’ Mikraj).


Tiada yg membezakan antara manusia...semua sama di sisi-Nya. Yang tinggi darjat di sisi Allah ialah yg lebih tinggi taqwanya (Surah Al-Hujurat).


Saat di sana, buangkan segala kemegahan, pangkat dan kedudukan. Anggaplah semua suadara kita. Kadang2 kita nampak seseorang itu sgt sederhana, merendah diri dan tidak langsung menampakkan ciri2 kemuliaan. Namun, kita tak tahu, siapa dia sebenarnya...


Dia mungkin seorang raja, pembesar negara, ataukah Wali Allah. Justeru, berhati2lah bila berinteraksi dg semua Tetamu Allah...mereka semuanya mulia, kalau tidak masakan mereka dijemput ke sana...


Sabarlah wahai Tetamu Allah...


Tahniah kepada yg terpilih sebagai Tetamu Allah musim haji 1438H. Satu pilihan yg tak ternilai harganya. Apa tidaknya, drp jutaan yg ingin ke sana, kita yg terpilih!


Dah bersediakah?
Rasanya, paling penting persediaan rohani... hati. Menyedari bahawa ini satu Panggilan Agung. Panggilan yg wajib dipenuhi lantaran cinta paling kudus terhadap Pencipta.


Cinta telah dibuktikan dg syahadah, sabarnya dlm pengorbanan masa utk solat, mengekang nafsu utk puasa dan pengorbanan harta utk zakat. Kini, cinta perlu dibuktikan dg pengorbanan masa, tenaga, nafsu dan harta...segala2nya demi haji.


Anggaplah perjalanan yg bakal dilalui itu sebagai Perjalanan Cinta paling agung. Bagaimana kalau kita buat sesuatu utk insan tercinta? Sedia berkorban apa saja kerananya! Kita akan mampu bersabar apa saja – kerananya!


Nanti...Sabarlah:
Saat terpaksa berbaris panjang di imegresen (terutama di Airport Jeddah atau Madinah)
Saat terpaksa mengalami kesesakan dan perlakuan kasar jemaah lain semasa tawaf dan sa’ie
Saat terpaksa berhimpit di dalam masjid , kadang2 tempat kita seolah2 “diceroboh” oleh orang lain!
Saat terpaksa berbaris panjang menunggu utk ke bilik air di Arafah dan Mina
Saat terpaksa mengalami kesulitan utk menyelesaikan lontaran 3 jamrah
Saat terpaksa berjalan kaki dg jarak yg agak jauh dari masjid ke hotel
Dan...
Banyak lagi saat2 yg tak terduga, tak dijangka dan tak dipinta...Setiap tetamu ada bahagian masing2...lantaran hanya Allah yg tahu “siapa dia” yg sebenar!



Sabar. Sabar. Dan sabarlah! Kerana apa?
Semua ini adalah bukti cinta.
Pada siapa? Pada Pencipta.
Untuk apa? Agar dapat rahmat-Nya.
Balasan-Nya? SYURGA!!!!


Selamat berangkat. Moga perjalanan selamat, diberkati, dipermudahkan segala urusan dan dianugerahkan HAJI MABRUR...

Bersyukur...


Renungan semula...

BERSYUKURLAH DLM APA JUA KEADAAN...
Mendengar isteri membebel di rumah, bererti aku masih punya keluarga.

Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bererti aku masih punya suami.

Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti aku masih punya mak ayah.

Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, itu bererti aku mampu bekerja keras.

Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti aku punya teman.

Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku makan cukup.

Mencuci dan menyetrika timbunan baju, itu bererti aku memiliki pakaian.

Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti aku memiliki tempat tinggal.

Mendengar bunyi exzos & hon itu bererti aku bisa mendengar

Mendengar bunyi Azan di subuh hari, itu berarti aku masih hidup.

Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari.

Aku juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar aku masih memiliki teman yang peduli padaku.

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meski tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun.

Semoga yang membaca pesan ini selalu diberkahi dengan kesihatan, kebahagiaan dan kedamaian. Aamiin....

Saturday, 21 July 2018

urus kegagalan

Jangan takut dg kegagalan - kadang2 kegagalan yg diurus dengan baik itu membolehkan kita membuat lompatan saujana utk jadi org cemerlang!