Friday, 3 March 2023

Rapuhnya Hidup Ini...

 

Rapuhnya hiduip ini... Sahabatku Ustazah Dr. Rodfishah, dijemput Pencipta, usia 52 tahun. Pemergian mengejut...pagi, masih sediakan sarapan utk ahli keluarga. Mengadu sakit, suami bawa ke Klinik Wildan, yg paling hampir dg kediaman mereka. Sekitar pkl 10.30, disahkan meninggal...

Kakak sulongku, Kak Sah...dijemput Ilahi (8/1/23) setelah sebulan “ditidurkan” di Hospital Pulau Pinang.

Kakak kesayanganku pula, kak Mah, dijemput pulang ke pangkuan-Nya (18/7/22) setelah 14 tahun diuji dengan sakit.

Sepupu baikku, Hasni Hussein.. juga menyusul hampir sebulan pemergian Kak Sah (4/2/23).. Paling menyayat hati, setelah 4 bulan 10 hari kematian suaminya....

Dalam masa tak sampai 6 bulan, kami sekeluarga diuji dg pemergian 4 ahli keluarga terdekat. Terasa kosong dunia ini seketika...

Namun, kematian ituadalah satu kehilangan, ujian dan paling utama, peringatan bahawa kita juga akan menyusul... siapa dahulu, bagaimana, di mana – semuanya telah tercatat dalam rekod Yang Maha Mengatur alam ini.

Giliran  seterusnya.... mungkin “aku”. Apa pun, saat "jemputan" tiba, doaku agar Allah mengurniakan daku (juga kita semua)  “husnul khatimah”, diringankan “sakaratul maut”, diampuni segala dosa2 dan menjadikan pusara kita  antara taman2 syurga. Aamiin...

 

 

Tuesday, 18 October 2022

Kau Pergi Jua..

 

KAU PERGI JUA ...

Meski berat hati untuk melepaskan kau pergi, namun kau bukan milik kami – milik hakiki Maha Pencipta. Lantas, bila takdir-Nya berbicara, kami reda dengan ketentuan-Nya.

Urusan pengurusan jenazahmu berlaku dg amat mudah, gambaran sifat muliamu yg sentiasa memudahkan urusan orang lain.

Kesemua putera dan puterimu, yg telah kau asuh dan besarkan dg penuh kasih sayang,  hadir dan sama2 memandikan jenazahmu yg amat sempurna, putih bersih – kulit umpama bayi ... mudah2an ini petanda rohmu tergolong dalam kalangan insan2 mulia di sisi Pencipta

Keempat puterimu sama2 mengkafankan jenazahmu dg penuh kasih sayang

Solat jenazahmu diimamkan oleh adikmu

Tiga orang putera kesayanganmu menyambut jenazahmu dalam liang lahad, menyantunimu buat kali terakhir- menyempurnakan penghantaranmu ke alam abadi. Tentu kau bahagia dg sentuhan terakhir mereka itu...

Kenangan suka duka, tawa dan tangis bersama... kekal tersemat di jiwaku

Segala jasa dan pengorbananmu terhadap keluarga, khususnya buat diriku, tetap kekal di sanubari,  tidak terbalas olehku. “Ya! Allah, kurniakanlah  ganjaran sebaiknya buatmu wahai kakak kesayanganku ini...”

Kau telah mendahulu kami. Cepat atau lambat, kami akan menyusulimu nanti. Itu janji pasti, sejak azali.

Damailah wahai kakakku, di pangkuan Pencipta. Moga kuburmu menjadi antara taman2 syurga. Aamiin...

Al-Fatihah buat Allahyarham kakakku: Nik Mah binti Nik Kob (9/4/1954 - 18/7/2022)

 

 

Saturday, 15 May 2021

Hikmah Ujian

 HIKMAH UJIAN...

Kita minta syurga
Namun pahala amalan tak seberapa
Ibarat kalau perlu 100%, mampunya 80% sahaja
Lalu...
Allah datangkan ujian
Sgt berat terasa
Dan...tak mampu buat apa2
Lantas
Sabar dan redalah
Mana tahu, berkat sabar dg ujian itulah
Allah melimpahkan kita rahmat-Nya
Mencukupkan 20% itu
Seterusnya
Penyebab kita layak ke syurga-Nya....
 

 

Wednesday, 5 May 2021

Istiqamah dg Al-Quran

Kalau kita istiqomah baca Al-Quran, Allah akan perbaiki perkara² berikut :-

1. Lidah kita dilembutkan mengikut kehendak makhraj.

2. Lidah kita akan bertutur yg baik² saja.

3. Kita akan rasa tenang.

4. Bacaan kita akan bertambah baik sedikit demi sedikit.

5. Akhlak kita akan berubah kpd yg lebih baik dan mulia

6. Hati dilembutkan dan sentiasa bertimbang rasa.

7. Bacaan kalau salah secara automatik kita sedar dan dapat dibetulkan dgn bantuan malaikat yg bersama kita semasa membaca.

8. Kita akan cari peluang dan masa membaca Al-Quran walaupun dalam keadaan sibuk.

9. Kita lebih ambil berat kasih sayang kpd keluarga.

10. Kita suka kpd silaturrahim

11. Kita gemar bersedekah

12. Kita sentiasa akan merendah diri dan mengaku kelemahan diri.

13. Kita akan merasa Al-Quran ada kuasa magnet yg kuat menarik kita utk membaca.

Pasti sahabatku akan merasa akan perkara² di atas..istiqomah lah membaca Al-Qur'an.

 


 

 

Perpisahan...

 

PERPISAHAN ITU...

..perpisahan itu perit dirasa, namun akan jauh lebih perit andainya kita terpaksa berpisah di sana...

Ya! Allah, Dg anugerah usia yg masih ada, bimbinglah kami & anugerahkanlah kekuatan agar mampu melipatgandakan usaha - amal kebaikan bagi meraih sebanyak mungkin pahala, ikhlas kerana-Mu semata...moga nanti kami semua layak jadi penghuni syurga-Mu & tidak terpisah lagi di sana ... sentiasa bersama dlm bahagia buat selamanya...

Ameen...

 


 

Hargailah kerjaya

 

Kalau kita merupakan penjawat awam, setiap sen gaji yg diterima perlu sesuai dg usaha yg kita lakukan, amanah yg kita dipertanggungjawabkan.

Selain drp itu, tempat kerja juga merupakan medan ujian. Selain daripada SOP tugas yg perlu dipenuhi, kita juga berhadapan dg karenah insan2 sekelilng yg kadang2 amat menyukarkan.

Tanpa disedari, kadang2 air mata menitis lantaran sikap, perbuatan atau perkataan mereka. Adakalanya gerimis sahaja. Namun adakalanya hujan lebat, banjir beserta kilat, guruh dan hililintar!

Apa ertinya? Ertinya, “hakisan emosi” juga sebahagian drp gaji yg kita terima! Ini kerana, kalau kita berada tenang di rumah, gaji itu bukan milik kita!

Justeru, terimalah segalanya dg sabar. Insya’-Allah pelangi indah akan muncul saat mentari menyinari semula seiring dg hujan berlalu pergi...

Susah2 kerja, susah lagi kalau tak ada kerja!