Showing posts with label Bicara Hati Pencetus Inspirasi Penyuntik Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Bicara Hati Pencetus Inspirasi Penyuntik Motivasi. Show all posts

Wednesday, 5 May 2021

Hargailah kerjaya

 

Kalau kita merupakan penjawat awam, setiap sen gaji yg diterima perlu sesuai dg usaha yg kita lakukan, amanah yg kita dipertanggungjawabkan.

Selain drp itu, tempat kerja juga merupakan medan ujian. Selain daripada SOP tugas yg perlu dipenuhi, kita juga berhadapan dg karenah insan2 sekelilng yg kadang2 amat menyukarkan.

Tanpa disedari, kadang2 air mata menitis lantaran sikap, perbuatan atau perkataan mereka. Adakalanya gerimis sahaja. Namun adakalanya hujan lebat, banjir beserta kilat, guruh dan hililintar!

Apa ertinya? Ertinya, “hakisan emosi” juga sebahagian drp gaji yg kita terima! Ini kerana, kalau kita berada tenang di rumah, gaji itu bukan milik kita!

Justeru, terimalah segalanya dg sabar. Insya’-Allah pelangi indah akan muncul saat mentari menyinari semula seiring dg hujan berlalu pergi...

Susah2 kerja, susah lagi kalau tak ada kerja!

 



 

Hikmah Kegagalan

 

Bersyukurlah pada kegagalan yg terpaksa dilalui, sepahit mana pun ia andainya dg kegagaalan itu kita berupaya menjana usaha berskala tinggi – menghasilkan lompatan saujana yg menganugerahkan kecemerlangan menakjubkan, manjangkau angan2!!!

“It’s not how LOW you FALL, but how HIGH you BOUNCE!”

 


 

Monday, 1 April 2019

Jangan sedih...


Jangan sedih dg dunia yg bakal ditinggalkan, sedihlah jika tak cukup bekalan saat bertemu Tuhan...



Saturday, 21 July 2018

Doa


Kadang2 kejayaan kita adalah hasil doa orang lain, jadi jangan lupa sertakan orang lain dalam doa kita!

Thursday, 5 October 2017

Ajaibnya Bantuan Allah



Anda bercita2 tinggi? Inginkan sesuatu yg sgt bermakna? Tapi merasakan tak mungkin?
Ini kerana anda meletakkan bahawa kejayaan mampu dicapai bersandarkan keupayaan anda yg terbatas.

Letakkan pengharapan pada Allah Yg Maha Kuat. 

Tapi, pastikan dahulu anda disayangi Allah.

Ingat sejarah Nabi Ibrahim. Allah bantu sebab baginda taat, sabar, isiqamah dalam perjuangan di jalan Allah. Jadi, Allah membantu dg cara yg amat ajaib – api jadi sejuk saat beliau dihumbankan ke dalamnya.

Begitu juga dg Nabi Musa. Lantaran sabar, taat dan istiqamah dlm mujahadah, Allah bantu dg membelah Laut Merah! Selamatlah baginda drp Firaun dan bala tenteranya.

Jadi, kalau nak Allah bantu, bukan sekadar usaha, doa dan harapan sahaja, tapi diiringi dg sifat2 mahmudah yg menyebabkan Allah sayang pada kita, antaranya sabar, taat, istiqamah dan keyakinan mantap pada Allah – persis Nabi Ibrahim dan Nabi Musa!

Selamat berjuang - moga kejayaan, kebahagiaan dan kemerlangan akan jadi milik anda!