Wednesday 25 October 2017

Jangan mudah mengalah




Bila kita buat sesuatu usaha besar kerana Allah, jangan mudah mengalah. Yakinlah bahawa Allah swt sentiasa membalas setiap keringat usaha kita dg sesuatu yg tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah dirasa oleh pancaindera – Syurga Firdaus!

Teladanilah role model teragung: Rasulullah saw...tidak pernah mengeluh dalam setiap kesukaran. Baginda menerima seadanya, kembali berdoa dan menjalankan tugas seterusnya, tanpa mengira apa jua rintangan mendatang. Untuk tugas mulia ini, Baginda berjaya mengembangkan Islam sehingga membentuk tamadun mencorakkan dunia.

Bila sudah mula melangkah, seterusnya berlari ke jalan kejayaan, sentiasalah bersangka baik dg Allah .. mantapkan kepercayaan bahwa, bila bersama-NYA... akan ada pengakhiran indah dihujung sana!

No comments:

Post a Comment