26/6/18 – 9.42 am
Alhamdulillah ... setelah hampir seminggu pulang dari
Umrah Ramadan yg begitu bermakna, akhirnya aku mampu memulakan catatan ... cetusan
rasa.
Umrah kali ini memang yg TERBAIK setakat ini! Paling
menarik – perlu ku syukuri ialah aku mampu melaksanakan semua ibadah – puasa,
tarawih,qiamullail dg baik... tanpa miss satu pun. Alhamdulillah!!! Begitu juga
dg solat berjamaah – hanya miss subuh masa mula2 sampai ke Mekah dari Madinah,
lantaran terlalu penat. Itu pun, aku
sempat solat ... dlm bilik rasanya..
Antara yg istimewa kali ini ialah dpt tempat solat yg amat
strategik – betul2 menghadap “sebiji” Kaabah – terus langsung menghadapa
Hajarul Aswad! MasyaAllah!!! Subhanallah!!! Indahnya anugerah-Mu ya Allah!!!
Tak terfikir olehku... ku pergi berbekalkan doa dan tawakal agar Dikau
kurniakan daku yg terbaik. Ya! Allah, Engkau memang baik dan sentiasa
mengurniakan yg TERBAIK buat hamba2-Mu...
Pemulaan di Mekah,duduk tempat biasa. Nampak Kaabah, tapi
sikit sahaja. Lepas satu umrah (rasanya yg mula2 selepas umrah bermiqat di Bir
Ali), dalam kepenatan, ku jumpai tempat itu. Entah... masa tu, ikut kaki.
Biasanya, lepas turun escalator Ismael Gate, aku akan ke kiri utk ke ruang
solat wanita. Entah kenapa, masa tu, kaki bawa ke kanan.
Rupanya, lepas ruang solat lelaki, berakhir dg ruang solat
wanita yg begitu strategik. Lantaran terlalu penat, aku tertidur dg nyaman dan
selesa di situ. Lepas tu, itulah empat kami selama di Mekah, kecuali terlewat
dan tak dapat masuk kerana pintu masjid dah ditutup.
Lantaran tempatnya yg strategik, persaingannya pun sengit!
Persaingan utk dptkan tempat solat! Masya-Allah!!! Walau pun agak “letih” dg
situasi yg kadang2 mencabar kesabaran (ada yg menempel di tengah2 saf bila tiba
waktu solat, menjadikan keadaan amat kurang selesa, ada juga yg bertindak cuba
“merampas” tempat duduk kalau ditinggal sekejap atau selesai petugas masjid
vacuum carpet, ada yg marah2 bila tak dibenarkan masuk ke dalam ruang saf yg
sudah penuh dll), namun, nun di sudut hati, perasaan syukur kerana semua yg
datang berebut2 utk melakukan ibadah pada Allah Yg Esa.
Di sinilah kesabaran teruji. Kadang2 kita yg dah datang
sejak sekitar pukul 10 pagi (utk solat Zohor), setia hingga lepas waktu Isya’,
tiba2 ada yg datang selamba saja ingin menempel...saat Terawih. Kadang2
bertengkar juga. Namun sekejap cuma.
Ada sekali, aku memarahi seorang Pakistan (cantik orgnya)
lantaran menyebabkan tempat kami sempit. Dia memarahi kembali. Tapi, teringat
bahawa panduan diri : Semua di situ adalah saudaraku. Ya... wanita itu spt
anakku.
Usai solat, ku salami dia bersama doa. Dia kelihatan
terkejut. Lepas tu, kami jadi kawan baik. Rupanya, dia merupakan seorang doktor
(Rabeea namanya) bertugas di Hospital An-Nor (?) – yg akan datang utk solat
bila ada kesempatan. Di hari2 akhir, dia mencariku utk bergambar dan mungkin
dia juga sedar akan kesilapannya, meminta maaf jika ada perkataannya yg
mengguris perasaanku. Terharu aku dibuatnya!
Pada malam 27, dalam kesedihan mencari tempat utk solat,
dia juga yg membantuku ... bersama Saidah dari Morocco. Ah! Manisnya jika
ukhwah Islamiyyah dihayati!!!
Memang terbukti, jika kita menganggap mereka
saudara kita, penuh tulus ikhlas, aura yg sama akan datang pada kita. Kesannya,
tiada marah, dendam dan sakit hati... Malah terasa semuanya dekat di hati!
Alhamdulillah... Terima kasih Allah atas pengajaran-Mu yg bernilai dan tak
putus2 buat hamba-Mu yg dhaif ini...
Banyak sungguh peristiwa menarik di Tanah Suci kali
ini...Antaranya:
Dapat solat di Raudhah dg tenang utk beberapa kali.
Qiamullail utk malam 27, diikuti dg tawaf sunat. Ini
memang tak terfikir langsung olehku. Hari tu, kami agak lewat (10 pagi).
Sampai, dah tiada tempat kosong. Terpaksalah duduk di belakang, atas simen,
tiada carpet. Tempat tu pulak, berhampiran dg jemaah selesai sa’ie tingkat
bawah. Ada ketikanya, jemaah berhimpit2 di kawasan tersebut – termasuk jemaah
lelaki!
Terfikir juga nak cari tempat lain. Tapi, hati berkata
bahawa hari tu, tempat lain juga penuh. Lagi pun, buat apa selesa, tapi Kaabah
tiada depan mata. Memang banyak tempat spt itu, terutama di kawasan baru yg
seolah2 berada di istana berdekatan dg Marwah (pembesaran tempat King Abdul
Aziz). Selesa, tapi tanpa Kaabah di depan mata, seolah2 solat di masjid
biasa... Di Malaysia atau di mana2 sahaja!
Usai solat Maghrib, satu lagi ujian, terpaksa bergelut dg
orang yg nak bersihkan masjid. Apa lagi, kami terpaksa bertempiaran lari utk
“selamatkan diri” daripada jadi “bahan utk dibersihkan”! Lepas tu, kembali
berebut tempat duduk! Oh! Seksa betul malam tu! Sedih3!!! Letih3!!!
Lepas Terawih, aku tak balik ke hotel. Bimbang, kalau
pulang, tentu tak dapat tempat utk Qiamullail, apatah lagi ini malam 27. Jadi,
dlm keadaan lemah longlai, sedih dan letih, aku mereroka utk cari tempat di
ruang biasa. Mas tu lah Rabeea nampak dan menegurku. Dia menunjukkan satu ruang
di hadapan, tapi bila ku ke sana, rupanya dah ada yg punya.
Aku terus meneroka (dg sennag hati kerana beg besarku dlm
jagaan Rabeea). Ku jumpa Saidah yg dg senang hati menawarkan tempat
berdekatnnya. Alhamdulillah... Baik sungguh wanita Morocco itu. Moga Allah
memberi ganjaran terbaik buatnya.
Ku suarakan hasrat nak ke bilik air. Dia bersetuju utk
jaga tempat dan barang2ku. Satu perjuangan utk ke bilik air awam di malam 27!
Jemaah tersangat ramai malam tu. Jalan terpaksa di buat sehala – dari dan ke
masjid. Di pintu tandas (WC1 berhadapan Safwah Tower) pun, ada polis lelaki yg
membuat “benteng manusia” bagi memastikan “jalan sehala” utk masuk dan keluar
bilik air!
Dlm kekalutan itu, alhamdulillah, aku mampu ke tandas dan
juga mengambil wudju’. Petua di situ – pergi ke tandas hujung, org kurang
ramai, tak bersesak2 dan berdesak2. Ah! Ke bilik air pun macam nak masuk
Raudhah! Bingit, kelam kabut, berebut2, saling memarahi, bertengkar dll.
Terfikir... di mana akhlak Islamnya???
Ya-lah, jemaah dari serata dunia, pelbagai latarbelakang –
pendidikan, s.e.s., budaya, bangsa dan bahasa ... kita tak boleh harapkan
mereka spt kita. Sedang dalam kelas seramai 40 org pun ada yg bermasalah,
inikan pula jutaan! Tenang hati bila berfikir begitu!
Sesampainya aku ke
tempat dlm masjid, sejuk hati bila melihat Saidah dah hamparkan sejadah dan
meletakkan begku dg kemas di hadapan. Selesai solat tahiyyatul Masjid, rasanya
masa masih ada utkku tawaf sunat. Lantas ku suarakan hasratku pada Saidah. Dia
betul2 memberi semangat padaku utk teruskan niat tersebut.
Rupanya, org dari negeri lain memang perbanyakkan tawaf
sunat semasa di Masjidil Haram. Ada yg tawaf 3 kali sehari! Terkesan aku dg
maklumat itu. Terasa kerdilnya diri ... sikitnya amalanku berbanding dg yg
lain. Ya! Bantulah daku agar dapat memperbaiki ibadahku. Ameen...
Berbekalkan semangat dari Saidah, aku menuju Kaabah. Tawaf.
Alhamdulillah...Seronok betul tawaf di saat itu. Tenang. Damai. Sebabnya, masa
tu, kebanyakan jemaah sedang bersahur. Alhamdulillah, malam tu, Allah lindungi
diriku dari lapar! “Dah lama makan”, bisik hatiku...
Selesai tawaf dlm masa ~ 20 minit. Balik ke tempat, cari
sesuatu utk dimakan – alas perut. Sahur itu tak semestinya banyak, tapi sahur
itu ada berkatnya. Tanpa ku duga, rezekiku tetap ada. Allah kirimkan mellaui
Saidah. Agaknya dia perasan akan keadaanku, lantas satu persatu makanan
dihulurkan padaku. Alhamdulillah... kenyang malam tu. Terimakasih Saidah!
Malam 27 yg mencatat sejarah bermakna. Di awalnya, penuh
kesedihan... Di akhirnya, kesyukuran atas nikmat yg tak terduga ... tempat
solat yg selesa, makanan utk sahur dan paling istimewa.. tawaf sunat! Memang di
luar dugaan. Terdetik di hati, saat sukar, ingatlah, kemudahan akan menjelma. “Sesungguhnya
bersama kesulitan itu ada kemudahan” – sebagaimana firman Allah.
Malam 27 juga menghadirkan dua insan istimewa: Rabeea dan
Saidah. Ya! Berada di Tanah Suci itu sebenarnya berada dalam lingkungan
keluarga kita yg besar. Tak perlu bimbang. Sematkan hakikat ini.. mereka semua
saudara kita. Jadi, mengapa perlu marah, benci dan tak senang hati? Terima
kasih Allah – satu ilmu bermakna utk dihayati...
Teringat...Tahun lepas, kami “selamat” (ada tempat yg
secure) lantaran ada Jah, wanita Patani yg beriktikaf utk 10 mlm akhir. Dialah
yg jaga tempat kami. Setiap pagi, bila tiba masjid, dia akan tidur melintang
dirinya utk “book” tempat buat kami! Cukup utk 4 – 5 org sbb saiznya yg besar!
Kali ini, terfikitr, alangkan baiknya kalau masih begitu, ada yg bantu kekalkan
tempat solat. Sedih bila ingatkan awal malam 27 ... doaku moga ianya tak
berulang lagi.
Malam 28. Pagi tu, masih sampai agak lewat (10++ pagi). Ke
hulu ke hilir cari tempat. Akhirnya, seorang wanita Indonesia (yg datang
bersama 2 anak lelaki berumur 9 & 11 tahun – Muaz & Fathir) menawarkan
tempat duduk. Alhamdulillah.
Paling menyentuh hati, rupa2nya dia (Laili), merupakan
jawapan pada doaku bila dia berkata: “Letaklah beg dan sejadah di sini, nanti
saya boleh simpan tempat ini”, serasa macam tak percaya dg kata2nya itu.
Jadi, utk malam 29 (khatam Al-Quran) dan malam 30 (akhir-
ambang hariraya), aku sgt selesa lantaran tempat solat terjamin. Sesampai waktu
pagi, situasi yg amat menyenangkan menyapa pemandangan – Laili bersama anaknya
tidur utk “book” tempat kami! Kecil baginya, namun amat bermakna bagi kami.
“Tak ada apalah, saya cuma tidur di sini”, ujarnya setiap
kali aku mengucapkan terima kasih padanya. Alhamdulillah ... bantuan Allah itu
selalu ajaib!
Malam 29 juga mencatat sejarah tersendiri. Selepas ke bilik
air, aku tiba ke masjid masa azan Subuh pertama. “Ada masa utk tawaf ni”, bisik
hati. Ku dapati org lain sedang makan (sahur). Teringin juga nak makan, tapi
semangat nak tawaf lebih kuat rupanya. Jadi, aku ke dataran Kaabah.
“Hajah2!!! Toriq2!!” Terdengar suara di belakang. Bila ku
toleh, ternampak sekumpulan polis mengiringi seseorang, berjubah putin,
berserban (merah kotak2), tenang menuju Kaabah.
“Imam ke?” hati tertanya2. Jawapannya diiyakan oleh
seorang pencuci masjid, bila aku bertanya padanya. Wah!!! Seronok dapat “mengiringi”
imam Masjidil Haram, walau pun sekejap!
Qiamullail malam 27 dan malam 29 mmg sangat menggetarkan
jiwa, hati dan perasaan. Terutama saat doa Qunut dibaca ... diselangi dengan
tangis dan esakan imam , juga jemaah – satu pengalaman yg amat indah,
mengesankan dan akan terpahat di kanvas kenangan sampai bila2...
Terimak kasih Allah
atas segala anugerah-Mu yg sentiasa melimpah ruah. Moga akan diizinkan lagi utk
jadi tetamu-Nya ramadan akan datan2...akan datang...akan datang... Ameen!!!
No comments:
Post a Comment