Wednesday, 11 November 2020

Vitamin Buat Pendidik

 VITAMIN BUAT PENDIDIK

 


 

Alhamdulillah... *Buku Vitamin Buat Pendidik* sudah terbit!
 
Buku ini memuatkan kompilasi artikel-artikel dalam kolum Mendidik Pendidik, Majalah SOLUSI.
Penulisan teliti selama 4 tahun ini merupakan himpunan pengalaman penulis selama 34 tahun bergelar pendidik. 
 
Antara persoalan2 yg akan dijawab dalam buku ini:
1. Kenapa dinamakan”Vitamin”?
2. Bagaimana merancang kejayaan seawal permulaan kerjaya?
3. Bagaimana mengekalkan motivasi sepanjang kerjaya?
4. Bagaimana menghadapi persaraan dengan tenang?
 
Buku ini sesuai dimiliki oleh bakal guru, guru, pensyarah, ibu-bapa, serta semua pencinta ilmu untuk dapat motivasi dalam "sekolah hidup".
 
Edisi terhad. Jangan ketinggalan untuk memilikinya! Untuk tempahan, sila klik pautan ini:
 
Terima kasih atas minat dan sokongan semua. Moga Allah kurniakan ganjaran terbaik atas usaha kita untuk berkongsi ilmu, demi meraih reda-Nya.
 
 
 
Terima kasih Dr. azman, Pengarah IPGKDRI 
atas penghargaan dan sokongan


Terima kasih Dr. Nurhijrah< Ketua Jabatan 
Kajian Sosial, IPGKDRI atas bantuan berterusan...

 
Syukran my dear Zue (Pn. Zulina Zailani)... really appreciate your 
endless support, motivation and inspiration!
 
 


 
Syukran my dear Mas.(Pn. Masinah Sahid)..for your endless
 support, motivation and inspiration...

Ajaibnya Bantuan Allah, Namun...

Ajaibnya Bantuan Allah, Namun...

Nabi Musa a.s. cemas. Firaun dan bala tenteranya sudah menghampiri dari belakang. Sedangkan di hadapan, terbentang Laut Merah. Namun, Allah sentiasa bersama hamba2-Nya yg soleh. Diilhamkan baginda utk memukul laut itu dg tongkatnya. Sejurus dipukul, laut itu terbelah dua, ada laluan di tengah2 utk dilalui. Masya’Allah!!

Firaun pun mengekori drp belakang. Saat Nabi Musa dan kaumnya selamat tiba di daratan, laut itu bercantum semula, menengelaamkan Firaun dan bala tentearnya. Itulah ajaibnnya bantuan Allah kepada Nabi-Nya yg cekal, tabah, sabar saat diuji, dan berani menghadapi “tyrant” itu demi menegakkan kalimah suci Allah.

Sama juga halnya, api dinyalakan dg hebatnya, hingga tiada siapa sanggup mendekatinya bagi mencampakkkan Nabi Ibrahim ke dalamya. Hingga mereka terpaksa cipta satu lastik besar utk melontarkan baginda ke dalam unggun api raksasa itu. Seketika kemudian, saat api telah padam, Nabi Ibrahim keluar, berjalan seperti biasa, tanpa terjejas apa2! Kenapa? Bantuan Ajaib Allah Yg Maha Perkasa!

Saat Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api, Allah berfirman kepada api supaya jadi sejuk dan selamatkan Nabi Ibrahim. Subhanallah!!! Masya-Allah!!! Tabarakallah!!!

Ini antara cerita2 menarik, mengkagumkan yg diabadikan dlm Al-Quran. Dan banyak cerita2 seumpamanya. Allah menceritakan tentang kehebatan-Nya yg tiada tolok bandingnya. Ya, bagi allah, sesuatu yg dikehendaki-Nya, akan terjadi dg hanya berfirman “kun” (Jadilah) maka “Fayakun” (Jadilah ia). Semudah itu!

Namun, keajaiban2 yg berlaku juga ada usaha drp hamba-Nya. Usaha yg juga penuh ajaib, di luar batas kemampuan insan yg hanya bersifat pesimis, lemah dan malas! Lihat apa yg telah dilalui oleh Nabi Musa dan Nabi ibrahim. Mereka bersungguh2 berusaha utk menegakkan kalimah suci Allah. Menghadapi penguasa2 yang zalim dg berani, walau pun terpaksa bergadai nyawa.

Lihat... Mereka memang cuba dihapuskan drp muka bumi, dg segala kekuasaan yg dimilik Namrud  dan Firaun. Namun, adakah nabi Ibrahim atau Nabi Musa mengalah? Tidak sekali2! Lakukanlah apa saja, mereka yakin, kalau Allah yg bantu, mereka sentiasa dalam lindungan rahmat kasih sayang Allah.

Saat ribuan ahli sihir melawannya bersama Nabi Harun, sedikit pun baginda tidak gentar lantaran yakin, walau pun kelihatannya mereka berdua cuma insan kerdil berbanding dg ribuan musuhnya, namun musuh yg ramai itu tidak sedar, yg mereka sedang lawan itu adalah Allah Maha Gagah!!!

Saat menyelamatkan Nabi Musa drp Firaun juga, Allah menggunakan “balatentera”-Nya yg di luar pemikiran manusia: laut! Laut itu dibelah bagi membenarkan Nabi Musa bersama pengikut2nya menyeberang, ditangkupkan semula bagi menenggelamkan Firaun dan balatenteranya. Masya’-Allah!!! Bila Allah bantu, semua yg ada di alam ini boleh jadi “tentera”-Nya.

Namun bantuan Allah itu juga perlu dibayar dg harga yg mahal, bukan sekadar duduk sahaja, berangan2 itu dan ini tanpa berbuat apa2. Sebelum kita dibantu, kita dulu perlu bantu diri kita dg menunjukkan kesungguhan dlm berusaha – sehabis daya sebagaimana perlu bagi seorang yg benama hamba. Nak jadi usahawan berjaya, ada jalan2 sukar perlu ditempohi. Ingin berjaya sebagai pelajar cemerlang, pun sama. Usaha perlu gigih, tanpa mengira penat & jemu. Ya .. nak berjaya, usaha. Usaha. Dan usaha.

Cukup? Ah! Itu sahaja tidak cukup! Kita juga perlu jadi insan yg sentiasa menjaga hubungan menegak (hablumminallah), bukan sekadar mendatar (hablumminannas). Jadi insan yg Allah sentiasa reda & sayang, barulah Dia akan bantu. Sebaik mana pun hubungan dg manusia, kalau hubungan dg Allah bermasalah, kita tak kemana...

Jadi jika ingin bantuan ajaib Allah, kita juga perlu jadi insan yg “ajaib”... dalam berusaha dan lebih utama, dalam menjaga hubungan dg Allah – melaksanakan segala yg disuruh, dan meninggalkan apa yg dilarang-Nya, dlm apa jua keadaan... tanpa alasan, bantahan, apatah lagi takutkan insan!

Jom! Ambil ibrah drp kisah Nabi Musa dan Nabi Ibrahim...hidup penuh perjuangan. Namun, sentiasa yakin, tabah, berani, sabar, tidak pernah putus asa, juga pantang menyerah kalah. Dan paling penting: melakukan segalanya hanya kerana Allah. Barulah dapat menikmati ajaibnya bantuan Allah!

 

 

 

 

Wednesday, 4 November 2020

Tugas Kita vs Tugas Allah

 Tugas Kita vs Tugas Allah

Segala-galanya telah saya buat, tapi kenapa tak berjaya?
Sedih ... kecewa... dah usaha, tak dapat
Buang masa sahaja... buat pun tak guna, tak dapat hasil!
Itu antara ungkapan2 yg diluahkan saat mengalami kegagalan utk dapatkan apa yg dicita2kan, Ya...kita memang begitu... sesudah berusaha, inginkan kejayaan, dapat apa yang kita inginkan. Namun, adakah selalunya begitu? Tidak semestinya. Ada yg berjaya, ada yg tidak. Kenapa?
Reaksi kita pulak? Mengeluh. Merungut. Sedih. Kecewa. Dan pelbagai lagi emosi yg menyempitkan hati! Tak cukup dg diri sendiri merasainya, orang lain pun turut sama, biasanya org terdekat... pasangan, ahli keluarga, sahabat karib, rakan sejawat dan lain2. Kita mengadu dan mengeluh pada mereka. Ada yang membantu. Ada yg  membuntu!
Kenapa begitu? Kita lupa akan Yang Maha Berkuasa. Penentu segala...Pentadbir alam. Pengatur segala urusan... Allah swt Yg Maha Perkasa, Berkuasa dan Bijaksana! Ya... Apa saja yg berlaku, dalam kekuasaan-Nya. Hatta daun yg gugur – itu pun dalam milik ketentuan-Nya, apatah lagi kita dg segala perancangan hidup.
Segalanya dah tersusun indah dalam perancangan Agung-Nya. Kita Cuma berusaha, penentu kejayaan atau tidak, itu dalam kuasa-Nya.
Kita kecewa lantaran terlupa seketika... menganggap diri berupaya untuk apa saja...buat, mesti berjaya. Semudah itu? Tidak! Kita ada Yang Maha Berkuasa. Itu sebenarnya punca kecewa, sedih dan putus asa. Kita lupa akan kehadiran-Nya. Lantas, kita cuba mengambil alih tugasnya. Mana mungkin! Fokuslah pada tugas kita, seterusnya serah kepada Allah Yg Maha Berkuasa tapi Maha Pengasih, Maha Penyayang akan kejayaannya.
Kalau permintaan itu memang baik dan ditentukan utk kita, jgn bimbang ... Dia akan tunaikan. Kalau tidak, memang ada hikmah di sebalik penolakannya itu.
Justeru, setiap masa, detik dan ketika, jangan sekali2 lupa atau terlupa:
Tugas kita berusaha, penentu jaya adalah tugas Yang Maha Berkuasa!