Wednesday, 4 November 2020

Tugas Kita vs Tugas Allah

 Tugas Kita vs Tugas Allah

Segala-galanya telah saya buat, tapi kenapa tak berjaya?
Sedih ... kecewa... dah usaha, tak dapat
Buang masa sahaja... buat pun tak guna, tak dapat hasil!
Itu antara ungkapan2 yg diluahkan saat mengalami kegagalan utk dapatkan apa yg dicita2kan, Ya...kita memang begitu... sesudah berusaha, inginkan kejayaan, dapat apa yang kita inginkan. Namun, adakah selalunya begitu? Tidak semestinya. Ada yg berjaya, ada yg tidak. Kenapa?
Reaksi kita pulak? Mengeluh. Merungut. Sedih. Kecewa. Dan pelbagai lagi emosi yg menyempitkan hati! Tak cukup dg diri sendiri merasainya, orang lain pun turut sama, biasanya org terdekat... pasangan, ahli keluarga, sahabat karib, rakan sejawat dan lain2. Kita mengadu dan mengeluh pada mereka. Ada yang membantu. Ada yg  membuntu!
Kenapa begitu? Kita lupa akan Yang Maha Berkuasa. Penentu segala...Pentadbir alam. Pengatur segala urusan... Allah swt Yg Maha Perkasa, Berkuasa dan Bijaksana! Ya... Apa saja yg berlaku, dalam kekuasaan-Nya. Hatta daun yg gugur – itu pun dalam milik ketentuan-Nya, apatah lagi kita dg segala perancangan hidup.
Segalanya dah tersusun indah dalam perancangan Agung-Nya. Kita Cuma berusaha, penentu kejayaan atau tidak, itu dalam kuasa-Nya.
Kita kecewa lantaran terlupa seketika... menganggap diri berupaya untuk apa saja...buat, mesti berjaya. Semudah itu? Tidak! Kita ada Yang Maha Berkuasa. Itu sebenarnya punca kecewa, sedih dan putus asa. Kita lupa akan kehadiran-Nya. Lantas, kita cuba mengambil alih tugasnya. Mana mungkin! Fokuslah pada tugas kita, seterusnya serah kepada Allah Yg Maha Berkuasa tapi Maha Pengasih, Maha Penyayang akan kejayaannya.
Kalau permintaan itu memang baik dan ditentukan utk kita, jgn bimbang ... Dia akan tunaikan. Kalau tidak, memang ada hikmah di sebalik penolakannya itu.
Justeru, setiap masa, detik dan ketika, jangan sekali2 lupa atau terlupa:
Tugas kita berusaha, penentu jaya adalah tugas Yang Maha Berkuasa!


No comments:

Post a Comment