Kasih Sayang Penjana Kebahagiaan
Saat Fatimah mengunjungi Rasulullah saw, baginda akan berdiri menyambutnya, memeluk dan menciumnya. Itulah tanda kasih sayang yang ditunjukkan kepada puteri kesayangan, hasil perkongsian hidup baginda bersama wanita yg dicintainya (Sayyidatina Khadijah).
Saat berbicara dengan sahabat2, Rasulullah saw tidak pernah memalingkan wajah baginda daripada mereka, malah baginda akan memberi perhatian sepenuhnya, dan akan mengadap sahabat itu dengan sempurna, tanpa mengiring badan sedikit pun. Tanda sayang. Baginda juga akan sentiasa menghiasi bibir muliannya itu dengan senyuman manis menyenangkan.Juga tanda kasih sayang.
Lantaran perilaku baginda sedemikian, tidak hairanlah ahli keluarga yang beriman, serta sahabat2 menyayangi baginda sepenuh hati, tanpa berbelah bagi, hingga sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan baginda.
Itulah antara kesan kasih sayang. Kita akan melakukan apa saja demi orang yg kita sayang. Kita juga perhatikan bahawa orang yang bersifat penyayang itu juga disayangi orang lain. Itu sudah menjadi sifir kehidupan. Sayangilah ... kelak kita akan disayangi!
Sayang itu datang dari hati. Dimanifestasikan melalui tutur kata dan perbuatan. Kita akan merasa senang dg orang yg menyayangi kita. Bahagia berada bersamanya. Rindu akan kehadirannya.
Sayang itu pencetus bahagia. Ianya bermula daripa seawal kita dalam kandungan ibu – di dalam rahim. Rahim itu pun bermakna kasih sayang! Sejarah kita bermula sebagai seorang insan, kita telah ditempatkan dalam “kasih sayang”. Ke mana ibu pergi, di situlah kita selama sembilan bulan. Ke dapur. Ke hospital. Ke tempat kerja. Ke mana sahaja.
Kita bukan sekadar ditempatkan dalam “kasih sayang”, malah dijaga penuh kasih sayang.
Saat dilahirkan, pun begitu juga, disambut penuh kasih sayang.
Bayangkan hidup tanpa kasih sayang. Hati gersang. Jiwa terhimpit. Fikiran bosan! Bahagia? Tentu hilang..
Kasih sayang itu kita akan dapat, jika kita berikan. Sifir mudah kehidupan. Ingin disayangi? Jadilah insan penyayang. Contohi Asma’ al-Husna Tuhan: Ar-Rahman: Maha Pengasih, Maha Penyang. Teladilah peribadi Junjunagn mulia, yg juga menyebarkan kasih sayang sepanjang kehidupan. Bagaiman nak jadi insan yang bersifat penyayang? Petuanya: Usahakan agar iman kita mantap dan laksanakan segala kebaikan! Ini adalah janji Allah dalam kalam suci-Nya Al-Quran:
“Sesungguhnya orang2 yg beriman dan mengerjakan yang baik2, Yang Maha Pengasih akan mengadakan bagi mereka perasaan kasih sayang (sesamanya). Surah Maryam 19:96.
Jom! Raihlah bahagia dengan menjadi insan penyayang!
No comments:
Post a Comment