Cawan Yang Pecah
Lantaran terburu2 - banyak tugas2 perlu disiapkan, juga hambatan masa yg pantas berlalu, badan pun penat, cawan yang kecil tu pun tak dapat dikendalikan dg baik. Lantas, terjatuhlah ia ke lantai – tak mampu diselamatkan...terus berkecai!
Mata terpaku pada serpihan2 kaca itu. Sedih...Cawan kesayangan..itulah hari2 digunakan, walau pun yg lain ada dalam simpanan. Tiba2 hati mendesak: Jangan sedih, usah kesali apatah lagi, tangisi cawan yg pecah. Tiada gunanya.
Apa perlu dibuat? Bersihkan sahaja lantai itu. Buangkan serpihan kaca itu. Berjanjilah untuk lebih berhati2 di lain kali. Walau pun bnyk perkara nak dibuat, cuba kekalkan ketenangan, elakkan sifat terburu2.
Dalam hidup kita, pun begitu. Kita banyak tersilap. Punca? Terburu2. Tidak teliti. Kadang2, lantaran mengikut hawa nafsu. Juga, kurang ilmu. Kesannya? Kita menyesal. Sedih. Menangisi apa yg berlaku. Lama masa diambil utk mengatasi kesedihan itu? Bergantung kepada kecil atau besarnya peristiwa yg dialami.
Ada yg sekecil cawan yg pecah. Namun, kadang2, ada yg menyebabkan kita kehilangan seseorang yg amat bermakna dalam hidup...
Berhentilah menangis. Yang berlalu, tetap berlalu. Cawan yg pecah itu tak mungkin dicantumkan kembali. Dia yg pergi juga tak akan kembali lagi. Kalau ingin menangis pun, biarlah berpada2.. Sesudah itu, bangkitlah kembali. Buat refleksi. Perbaiki diri, ubah tingkahlaku, amalkan akhlak terpuji.
Apa yg berlaku, atas kesilapan sendiri. Akui dan akurlah. Baru mudah utk terus bergerak ke hadapan. Jangan salahkan orang lain. Atau benda lain. Itu tidak membantu. Kita hanya mampu ubah diri kita. Yang lain, kita mungkin boleh cuba, tapi tiada jaminan kejayaannya!
Kadang2 kesilapan itu merupakan batu loncatan utk kita. Tanpa buat silap, mungkin kita tak berpeluang utk berhenti sekejap utk berfikir. Ya... kadang2 dengan jatuh sedikit, kita mampu melipatgandakan usaha hingga berjaya membuat satu lonjakan saujana!
“It’s not how low you fall, but how high you bounce!”
Kesilapan juga menyebabkan kita kehilangan. Mungkin masa ianya berlaku, kita kurang ilmu, tandus hikmah. Saat ianya berlaku, kita seolah2 digerakkan oleh jam loceng ... tersedar akan kelemahan diri. Alhamdulillah...Buatlah sesuatu untuk memperbaiki. Yang hilang itu, mungkin dah ditakdirkan bukan milik kita. Tetaplah yakin dg perbendaharan Allah Yg Maha Luas. Usah terus. Doa dan tawakal. Mohonlah kekuatan diri kepada Allah. Juga mohon pada-Nya agar diganti utk. kita sesuatu yg jauh lebih baik...
Cawan yg pecah itu – usah ditangisi...
No comments:
Post a Comment