Solat Itu Indah!
Bayangkan sekiranya kita ada orang tersayang yg sentiasa menemani... setiap masa dan ketika. Bukan itu sahaja, malah dipaksanya kita bersama dalam sela masa tertentu dalam seharian hidup kita yg penuh dg rutin yg amat sibuk, meletihkan dan tidak kurang juga, kadang2 amat menekan perasaan! Namun, dia sentiasa setia menghulurkan bantuan, melegakan tekanan, menenangkan perasaan saat tertekan...
Tanpa disedari, apabila diteliti, rupanya itulah yg dihadiahkan oleh Allah Yg Maha Penyayang kepada Junjungan Besar Rasulullah SAW sewaktu Israk Mikrajnya menemui Tuhan – solat lima waktu...Aslanya 50 waktu, tapi atas nasihat Nabi Allah Musa, Rasulullah saw memohon utk dikurangkan – hingga, ya... 5 waktu yg ada difardukan pada kita kini, yg mana itu pun dianggap berat oleh segelintir insan...
Jom! Kita telusuri saat2 bersama solat...
Bangun seawal pagi, kadang2 kita menyambut hari dg perasaan yg entah mengapa, tak menentu... bimbang tak fasal2, sedih tanpa sebab, kurang senang dll yg menakluki jiwa... Allah sedia menunggu kita utk bersama-Nya. Malah Solat Subuh merupakan waktu yg disaksikan (Surah Al-Isra’ 17: 78). Bangunlah! Mandi, berwudhu’ .. segera bersama Ilahi. Pohonlah segala kebaikan utk diri, keluarga dan sesiapa shj yang kita kehendaki.
Kadang2 perasaan sedih dan kurang tenteram itu adalah disebabkan titik2 hitam di hati. Penyebabnya? Dosa yag dilakukan disedari atau tidak. Selesai solat, berzikir dan mohon ampun kepada Allah atas segala dosa2. Pohon seikhlas hati... kalau boleh sampai mampu memamah jiwa, mengalirkan airmata...
Seterusnya, pohonlah juga apa kehendak kita, juga agar dipermudahkan segala urusan kita di hari itu, dikabulkan segala permintaan (yg baik2 utk kita). Mohon keampuan dan doakan juga utk ibu bapa, anak2, ahli keluarga, saudara mara jauh dan dekat, rakan taulan dan sahabat2, muslimin muslimat.
Kita akan rasa satu kelainan sesudah itu. Tangkas bergerak, hati lapang dan harapan seolah2 memancar dari segenap arah! Mengapa? Cahaya itu sudah hadir di dalam diri, jiwa dan hati... anugerah Allah Yg Maha Pengasih.
Seterusnya kita akan memulai hari dg apa sahaja tugas yg menanti. Laksanakanlah seikhlas hati kerana Ilahi. Mudah, seronok, menggembirakan? Alhamdulillah! Susah, menekan, buntu...Cekalkan hati. Buat...Buat dan buat! Kerja akan selesai dg “buat”, bukan “mengeluh”. Saat azan Zohor dikumandangkan, tinggal shj segala urusan – secepat mungkin. Ingat...Saat Izrail berkunjung, kita juga tak mampu meneruskan kerja...
Jom! Bersama Yang Maha Pengasih lagi...sedia menanti! Lupakan segalanya di saat solat. Susah? Ya... Memang susah! Namun, paksakan diri – fokus betul2 pada Rabbul Jalil yg ada “di hadapan” kita. Fahami apa yg di baca di setiap gerak dalam solat. Solat itu adalah doa. Solat itu ..kita bercakap dg Allah. Hayatilah. Kalau ada masalah, luahkan pada-Nya. Luahkan. Luahkan...
“Hanya kepada-Mu kami sembah dan hanya pada-Mu kami mohon pertolongan”(Al-Fatihah 1: 5). Saat membaca ayat ini, mohonlah segalanya drp-Nya. Sepenuh hati. Allah boleh beri kita apa sahaja. Langit dan bumi ini bukankah milik-Nya? Lantas, kenapa buntu menghadapi ujian-Nya?
Sebab itu, Allah menegaskan beberapa kali dalam Al-Quran bahawa antara ciri2 org berjaya ialah “yg khusyuk dalam solat”. Bila khusyuk, kita akan tenang. Bila tenang, urusan mudah, kan?
Usai solat, sambung semula tugasan berbekalkan tenaga, semangat dan motivasi baharu yg terhasil drp “pertemuan” dg Allah tadi. Ah! Senangnya sekejap Cuma! Masalah datang lagi... Terdengar azan Asar... Allah memanggil lagi utk “berjumpa”. Masya’-Allah!!! Saat itu tiba lagi – peluang utk meluahkan segala perasan yg membelenggu jiwa, sekaligus memohon bantuan-Nya Yg Maha Perkasa!
Masa berlalu amat pantas kini. Seketika, langit di ufuk timur telah jingga, kemerahan dan seterusnya, secara beransur2, gelap malam mula menyapa. Azan Maghrib berkumandang. Alangkah nikmatnya! Allah sentiasa ingin kita bersama-Nya! Ya! Allah, terima kasih atas segala nikmat-Mu utk hari yg telah berlalu...rezeki yg melimpah ruah... makanan sentiasa ada utk dijadikan juadah, kasih sayang insan2 sekeliling merupakan hadiah, dan paling istimewa, nikmat iman dan Islam...
Hari yg telah berlalu sudah dilewati dg berusaha mencari rezeki demi keperluan diri, keluarga dan juga, membantu yg memerlukan. Badan penat? Tak mengapa. Melaksanakan tanggung jawab mencari nafkah itu juga merupakan ibadah. Satu kebaikan. Letih akan hilang, pahala insya-Allah akan kekal di sisi Tuhan!
Penatnya badan setelah seharian “berjuang” demi kehidupan. Sebelum menikmati tidur – rehat yang indah, nyatakan kesyukuran pada Pemberi nikmat itu dalam solat Isyak. Tabarakallah!!! Solat itu mmg merupakan hadiah. Ditetapkan pada sela masa yg tepat, indah dan penuh hikmah. Subuhnya. Zohornya. Asarnya. Maghridb dan Isyaknya.
Bayangkan tanpa solat...Kita bergelut dg kehidupan... kadang2 persaan amat tertekan... kalau tak diregangkan, mungkin kita akan mengalami kebuntuan, kesihatan terancam.Umpama getah yg diregangkan, kalau tak dilepaskan saat ia menghampiri had kekenyalannya, akan terputuslah ia! Begitu juga dg solat, perasan yg tertekan dapat ditenangkan dlm sela waktu tertentu yg ditetapkah oleh Yg Maha Bijaksana!
Bertuahlah sesiapa yg dapat
menghayati hikmah solat. Menghargainya. Mengambil manfaat drpnya. Solat –
penyumbang ketenangn jiwa, selain sentiasa mendampingkan kita pada Pencipta.
Saat2 utk meluahkan rasa, memohon bantuan tanpa perlu membayar apa2! Jangan sekali kita sia2kan...
Sesungguhnya bertuahlah bagi yg menyedari bahawa: Solat itu Indah!
No comments:
Post a Comment