Bayi ajaib
Sesudah memencilkan diri utk melahirkan bayi ajaib yang ditakdirkan Allah tiada berbapa, Maryam pulang kepada kaum keluarganya dengan mendukung bayinya itu. Apabila melihatnya dalam keadaan begitu, kaumnya menuduh Maryam telah melakukan sesuatu yang keji. Mereka mengungkitkan bahawa ayahnya bukanlah seorang yg berakhlak buruk dan dan ibunya bukanlah seorang yang jahat (penzina).
Maryam tidak menjawab, sebagai mematuhi perintah Allah swt yg menghalangnya daripada berbicara dg sesiapa sahaja pada hari itu. Dia hanya mengisyaratkankan sahaja kepada bayinya, untuk menjawab persoalan mereka.
“Macam mana kami nak bercakap dengan bayi yang masih dalam buaian?” (Surah Maryam 19: 29). Kaumnya berkata, hairan.
Tiba2... suatu keajaiban berlaku - Nabi Isa a.s. yang masih bayi itu berkata2!
“Sesungguhnya aku adalah hamba Allah. Dia telah memberikan kepada ku Kitab (Injil) dan Dia telah menjadikan aku seorang nabi...) (Surah Maryam 19: 30)
Ajaib!!! Bukan itu sahaja, malah ada lagi kata2 yg terpancul keluar daripada bibir bayi suci itu (Surah Maryam 19: 31 – 33).
Ya... Kalau apa yg Allah kehendaki, akan sentiasa terjadi, walau pun menyalahi adat dan tradisi duniawi!
“Apabila Dia menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka Dia berfirman kepadanya “Jadilah engkau”, lalu jadilah ia.” (Surah maryam 19:35)
Kisah Maryam, sebagaimana kisah2 lain dalam Al-Quran sarat pengajaran, ibrah yg dapat dijadikan panduan. Betapa agungnya kekuasaan Allah. Perancangan-Nya penuh hikmah dan kebijaksanaan. Bermula dengan ibunya yg melahirkan, menginginkan anak laki2, tapi dikurniakan perempuan, Maryam (Surah Ali Imran 3:36).
Melalui Maryam, barulah Nabi Isa as dilahirkan. Masya’-Allah!!! Kaedah kelahirannya pun sgt menakjubkan, menyalahi kebiasaan – tanpa bapa! Allah memakbulkan doa si-ibu mengikut ketetapan masa-Nya. Diberi-Nya Maryam dahulu, selepas itu, baru Nabi Isa a.s. Berapa lama sela masa tu? Tentu bertahun, bukan sehari dua... daripada usia kecil Maryam hingga melahirkan Nabi Isa a.s.
Kita? Jangan terburu-buru dalam berdoa. Allah Maha Mengetahui bila masa paling tepat untuk doa kita dimakbulkan. Kaedah pemberian-Nya juga, jangan dipertikaikan. Diberi dahulu A, untuk dapatlkan B (sekejap). Kadang2 diberikan dahulu A, untuk dapatkan Z! (Sgt lama).
Tugas kita? Berdoa dan berusaha. Paling utama, sentiasa dekat pada-Nya, mengingati-Nya dan yakin akan rahmat kasih sayang-Nya. Kalau diberi, itu mmg baik utk kita. Kalau tidak, pun baik ... Dia menginginkan kita terus berdoa kepada-Nya. Bukankah doa itu ibadah? Doa juga antara cara kita sentiasa merintih dan merayu kepada-Nya...
Jangan sekali2 kecewa apabila apa yg kita inginkan, kita tak dapat. Allah Maha Mengetahui – mungkin apa yg kita minta itu bakal memudharatkan diri kita. Jadi, tidak diberi itu juga satu pemberian! Dan, satu lagi, mungkin Dia akan beri yg jauh lebih baik! Cepat atau lambat. Kalau tidak di dunia, di akhirat!
Jom! Ambil ibrah kisah Maryam. Wanita baik. Soleh. Diuji dg kelahiran tanpa bapa. Tetap sabar. Menginginkan dirinya mati, saat menanggung penderitaan melahirkan bayi ajaib...Menginginkan dirinya dilupakan sahaja, saat itu (Surah Maryam 19: 23).
Namun, ketetapan Allah baginya amat berbeza. Dia dimuliakan dg kelahiran Nabi Isa a.s. Bukan sekadar tidak dilupakan, malah namanya terukir indah, kekal harum dalam Al-Quran!
Subhanallah!!! Agungnya segala
perancangan-Mu. Bimbinglah kami agar sentiasa menjadi insan mulia di sisi-Mu...
sabar, tabah dan soleh – persis Maryam, yg dianugerahkan bayi ajaib!
Aminnn..Aminnn.. jadikan kami dkalangan hambaMu yang beruntung. Tabah, sabar & redha, kualiti yg memerlukan mujahadah yang bukan calang2 untuk menggapainya..Allahu Yaa 'Aalim... memilih rahim Maryam utk nabi Isa a.s.
ReplyDelete