Hitung Kesyukuran, Bukan Kesukaran
Ku tatap wajahnya yg lembut, penuh keibuan itu. Dia masih seperti dahulu – menyenangkan dan menenangkan mata memandang. Tuturkata lembut, sgt berhati2 saat berbicara. Setiap patah perkataan yg diucapkan seolah2 dikira! Itulah tanda insan yg sentiasa menghisab diri sebelum dihisab nanti...
Dia kawan yg dah lama tak jumpa. Tiba2 Allah pertemukan kami di satu seminar yg dianjurkan oleh sebuah universiti yg tak jauh drp kediamanku. Bila diajak ke rumah, pelawaan ku diterima. Seronok tak terkata, maklumlah – banyak perkara nak dicerita!
“Saya pun tak tahu entah kenapa ambil flight sehari selepas seminar, tidak pulang terus mcm org lain. Rupa2nya Allah nak temukan kita,” jawabnya bila ditanya kenapa ambil flight lewat sehari, sedangkan di rumah, mungkin ramai ahli keluarga menanti.
Masya’-Allah! Itulah perancangan Allah...
Di sebalik wajahnya yg lembut, rupanya terselit duka... Dia diuji dg suami yg sakit, tak mampu bekerja utk menyara keluarga. Anaknya ramai.
“Ujian Allah utk saya kak.. Tapi saya reda dan sabar. Ahli keluarga kata macam2... Saya tak kisah. Org memang mudah berkata2, yg menanggungnya,kita. Sebab itu, saya jarang ziarah keluarga, tak tahan dengan apa yg mereka kata. Nak balas, tak pasal2, bermasam muka. Jadi lebih selamat, saya uruskan sahaja keluarga setakat terdaya...” Dia terus berbicara. Aku mendengar, penuh simapat, empati dan segala macam perasaan berbaur di jiwa.
Ya – kadang2 ahli keluarga, bukan ingin membantu, tapi membantut dan membuntu! Itu antara hakikat yg perlu kita terima. Tak ramai yg boleh menghulurkan bantuan saat kita memerlukan. Kalau tak mampu bantu, janganlah membuntu! Aku bermnolog sendiri, membuat refleksi – pengalaman sendiri dan juga org lain yg diuji...
“Anak2 saya pun lasak. Kalau ke rumah mereka, bersepah dibuatnya. Mereka kurang senang.” Tambahnya lagi. Aku terus mendengar penuh minat. Terbayang di mata betapa aktif anak2nya (semuanya lelaki, kalau tak silap) masa aku berkunjung ke rumahnya lebih 10 tahun yg lalu. Oh! Cepat betul masa beredar...
“Tak apalah kak. Saya mampu sara keluarga saya, walau pun suami tak mampu bekerja. Dia sakit, bukan dia yg minta. Saya tetap bersyukur, dg kehadirannya, saya dianugerahkan cahaya mata...”
Hati saya sgt tersentuh dg kata-katanya yg satu ini. Betapa murninya hati seorang isteri – mencari apa kelebihan yg ada pada suami. Tetap bersyukur walau pun terpaksa mengharungi dugaan hidup berkeluarga sedemikian rupa.
Walau pun terpaksa memnghadapi kesukaran, dia tetap menghitung kesyukuran. Masya’-Allah sahabatku... Moga Allah jamin syurga buatmu yg tetap setia di samping suami, walaupun terpaksa menghadapi pelbagai kesulitan utk meneruskan hidup., apatah lagi membesarkan anak2 di Lembah Kelang, tempat yg kos sara hidupnya sgt tinggi.
Perasaan sedih dan hibaku lantas bertukar lega. Alhamdulillah... Dia tabah hadapi segalanya, penuh reda. Apatah lagi, saat menatap wajahnya tersenyum setiap kali meyebut tentang suaminya. Diam2..Aku mengira, perasaan cintanya terhadap insan istimewa di hatinya, sejak bersama2 belajar di luar negara dahulu tetap segar... Moga begitulah selamanya ...hingga ke syurga. Ameen.
Sekembali drp menghantarnya ke airport utk pulang, aku bersyukur ditemukan kembalinya dgnya. Membuat refleksi... mengambil iktibar, ibrah dan taulan drp pertemuan yg singkat, namun penuh bermakna itu. Terima kasih Allah, mendatangkan dia sebagai tetamuku. Walau pun hanya semalaman, namun bnyk yg dapat ku pelajari drpnya..Tentang hidup, kehidupan, cabaran, kesabaran dan ketabahan.
Kita kadang2 terlalu menghitung kesukaran, bukan kesyukuran Sedangkan nikmat Allah tak terhitung.
Saat terasa letih sedikit, kita cepat mengeluh. Sedangkan letih itu akibat kita mampu buat kerja, utk dapatkan ganjaran terbaik drp Allah atas apa yg kita lakukan. Dan ramai org yg menganggur dan mengalami kesukaran hidup tanpa kerja...
Sakit sikit, pun mengeluh. Sedangkan bertahun Allah anugerahkan nikmat kesihatan. Dan ramai terlantar di katil2 hospital....
Anak2 degil, pun merungut. Sedangkan ramai yg merintih pada Allah ingin dikurniakan zuriat ...
Dan macam2 lagi cerminan kurang syukurnya kita pada Allah. Kita lupa untuk merenung dan berfikir tentang nikmat yg ada, sedangkan nikmat Allah tak terhitung.
“Kalau kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu sanggup menghitungnya...” (Surah Ibrahim 14:34)
Kita perhatikan, org2 yg bersyukur, hidupnya tenang. Malah, rezeki Allah sentiasa bertambah untuknya. Ini janji Allah,
“Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambah nikmat yg ada padamu...” (Surah Ibrahim 14:7)
...dan Allah tidak pernah mungkir janji.
Jom! Pilih untuk hidup lebih tenang, nikmat bertambah2.
Apa pun ujian yg mendatang: Hitunglah kesyukuran, bukan kesukaran...
No comments:
Post a Comment