Saturday, 4 November 2017

Hikmah dan Keajaiban CInta Diri sendiri



Menyintai diri sendiri merupakan antara resepi penting untuk meningkatkan imej diri. Ia bermula dengan menyedari tentang penciptaan kita yang mulia, istimewa dan unik. Setiap orang penting di mata Allah s.w.t., Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, selagi dia sedar akan tanggunjgjawabnya terhadap Tuhan. Menjalankan amanah dengan baik tanpa kompromi.

            Berbekalkan cinta kepada diri sendiri, kita akan cuba menjadi yang terbaik di setiap kesempatan yang ada. Tiada manusia dilahirkan dengan segala sifat-sifat kesempurnan, lantaran kesempurnaan itu hanya milik Allah, namun, hidup ini merupakan satu proses pembelajaran berterusan menuju kesempurnaan.

Bermulalah dengan diri anda sendiri yang ada sekarang. Lihat – di mana kekuatan untuk ditingkatkan. Di mana kelemahan, untuk diperbaiki. Apakah bakat unik yang anda miliki? Apakah istimewanya anda berbanding dengan orang lain yang perlu disyukuri?

            Berfikir sejenak tentang persoalan-persoalan ini akan memberi peluang anda mengenali diri sendiri yang selama ini terabai. Anda lupa untuk menghargai apa yang ada, gagal memanfaatkan anugerah tertentu yang dimiliki sedari kecil. Natijahnya, anda memandang diri anda terlalu kerdil berbanding dengan orang lain. 

             Jika anda sudah mengenali diri anda sejujurnya, insya’-Allah ada akan menyintai diri anda sendiri. Anda akan merasai betapa tidak adilnya anda melayan diri anda selama ini yang seterusnya membuatkan orang lain juga melayan anda sedemikian rupa. Seterusnya, apabila anda telah “menjumpai” diri sendiri, tiba-tiba akan terbentanglah jalan untuk anda bergerak untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini dan seterusnya, akhirat lebih baik dari dunia!

            Berbekalkan keyakinan diri yang tinggi, bersandarkan kasih sayang Ilahi mulakanlah satu perjuangan berterusan, penuh komitmen, kukuh istiqamah demi mencapai kebahagiaan, ketenangan, kejayaan dan kecemerlangan, bukan sekadar di dunia yang sementara ini malah akhirat yang menanti, kekal abadi! Percayalah! Keyakinan itu bakal menghadiahkan anda pelbagai keajaiban!

Cukup dg Al-Quran



Orang yg menyibukkan dirinya dg Al-Quran sehingga tiada masa nak berdoa, memohon sesuatu keperluan, Allah akan anugerahkan dia sesuatu nikmat yg lebih baik drp org lain yg meminta.

Umpama seorang pembesar yg sedang sgt. baik membahagikan makanan pada org lain yg datang meminta.Ada seorang yg tak sempat meminta kerana sibuk melayan keperluan pembesar tersebut, sudah tentu keperluannya akan dicukupkan oleh pembesar tersebut, tanpa dipintanya!

agar Allah kasih



Ingin dikasihi Allah?

Berbuat baiklah pada hamba2-Nya dan segala makhluk ciptaan-Nya.
Umpama kita nak dapat kasih sayang seorang raja – kita berbuat baik pada anaknya, ahli keluarganya dan membantu menjaga dan memelihara segala miliknya!

Friday, 3 November 2017

Allah berkirim salam kepadanya...



Allah s.w.t pernah berkirim salam kepada Sayyidatina Khadijah (isteri kesayangan Rasulullah s.a.w)...Masya’-Allah!!! Apakah lagi mercu kebahagiaan yg nak didambakan oleh seorang insan, selain salam drp Pencipta! Subhanallah!!!

Anugerah ini sesuai dg pengorbanan beliau utk Islam. 

Kita, bagaimanaa?
Terasa benar kerdilnya diri ini...

Jawatan



Elak mengeluh dlm melaksanakan tugas kerana jawatan yg dipegang itu adalah anugerah dan amanah.
Anugerah – beriring bersamanya banyak kebaikan (rezeki – gaji, ilmu, pengalaman, kawan dll)
Amanah – Allah pilih kita utk tugas itu, dan akan disoal nanti setakat mana kita telah berusaha menunaikannya...


Ujian sakit



Saat diuji dg sedikit sakit (kepala, perut, demam, selsema dll), ingatlah masih ramai yg lebih menderita, terutama di wad2 hospital.
Jadi, syukurlah. Sabarlah...