Thursday, 24 August 2017

Ukuran Allah



Allah ukur kejayaan kita berdasarkan apa yg kita lakukan, bukan apa yg kita dapat atau bukan siapa kita



Kerja kita: BUAT
Kerja Allah: DAPAT

Makanan vs Ilmu



Makanan bagi orang dewasa boleh jadi racun pada kanak2
Begitu juga dg ilmu, sampaikan ikut tahap pelajar.
Pelajar pula, jgn gesa guru utk ajar menjangkau apa yg dia perlu tahu



Renungan...hikmah



Seseorang yg berilmu perlu sampaikan ilmunya pada waktu, tempat dan orang yg sesuai...Itulah antara ciri2 kebijaksanaan!



Monday, 14 August 2017

Gaji diterima...

Katalah kita seorang majikan sebuah restoran.

Kita bayar gaji pekerja utk apa? Utk buat tugas2 tertentu di restoran kita, kan?

Bagaimana kalau pekerja itu asyik dg tugas peribadinya – main dg WhatsApps, games, bersembang dll. Apa perasaan kita? Reda tak dg gaji yg dibayar tu – sedangkan kerja tak setimpal?

Begitu juga dg usia kita yg merupakan “gaji” semasa di dunia. Tugas? Hamba dan khalifah. Selama “gaji” diberi, sudahkan kita laksanakan tugas kita dg sebaiknya -  Agar bila ditanya di Mahkamah Agung nanti, kita akan selamat?

Jom! Kita hisab diri sebelum dihisabkan...

Renungan hari ini...


Renungan 1:

4 perkara yg menghalang kita drp ingat Allah:
1.       Dunia
2.       Manusia
3.       Syaitan
4.       Nafsu
Berhati2lah terhadap 4 perkara tersebut ...

Renungan 2:

Bila kita direzekikan melakukan kebaikan, bermakna kita telah dianugerahkan nikmat yg besar. Tidak semua orang diberi peluang begitu. Kita terpilih: bersyukurlah!

Renungan 3:
 

Sikit amalan yg dibuat dg ikhlas lebih baik drp banyak amalan, tapi tidak ikhlas.
Amalan ikhlas diterima Allah.
Amalan tidak ikhlas, tidak diterima – laksana debu berterbangan ... tiada gunanya.
Yang terbaik ialah: banyak dan ikhlas!

Renungan 4:

Jangan susah hati  atas akhlak buruk orang lain. Tegur, didik dia kalau mampu. Kalau tak mampu, doa pada Allah agar dilembutkan hatinya utk jadi baik. Hidayah itu milik Allah, bukan milik kita.
Nabi Nuh pun tak mampu membawa anaknya sendiri utk beriman
Rasulullah saw juga tak mampu mengislamkan bapa sdra yg sgt dikasihinya...

Renungan 5:

Di samping mengajak org lain utk buat kebaikan, yg lebih penting, buatlah kebaikan itu sendiri.  Kadang2 perlakuan itu lebih berkesan drp lisan.
Ramai yg tertarik kepada Islam bila melihat akhlak Rasulullah saw dan para sahabat.



Friday, 11 August 2017

Leburkan ego...



Buat pendidik (atau sesiapa shj penyampai ilmu)...

Pelajar2 kita terbahagi kepada 3 kategori dalam matlamat soalan mereka:
1.       Benar2 ngin tahu
2.       Dah tahu, tapi agar jawapan yg diberi dapat dimanfaatkan oleh orang lain (mungkin guru tak akan terangkan kalau tak disoal). Juga mungkin ada org lain nak soal, tapi takut/malu.
3.       Sengaja nak menguji ilmu guru.

Bagi kategori 1 dan 2, bagus. Galakkan mereka dan beri jawapan yg baik.

Bagi kategori 3 pula, guru harus bijak menanganinya. Kalau boleh, beri jawapan atau buat apa saja yg boleh melebur ego pelajar tersebut. Kita boleh kesan soalan ini menerusi cara bertanya, mimik wajah dan bahasa badan mereka. 

“Perkenakan” secukupnya! Mereka tak boleh dibiarkan berterusan begitu. Hilang berkat ilmu. Dan kita tak perlu mereka yg berjaya tetapi ego sebagai penerus generasi – lebih banyak mudarat drp manfaat!