Kalau kita merupakan penjawat awam, setiap sen gaji yg
diterima perlu sesuai dg usaha yg kita lakukan, amanah yg kita
dipertanggungjawabkan.
Tanpa disedari, kadang2 air mata menitis lantaran sikap,
perbuatan atau perkataan mereka. Adakalanya gerimis sahaja. Namun adakalanya
hujan lebat, banjir beserta kilat, guruh dan hililintar!
Apa ertinya? Ertinya, “hakisan emosi” juga sebahagian drp
gaji yg kita terima! Ini kerana, kalau kita berada tenang di rumah, gaji itu
bukan milik kita!
Justeru, terimalah segalanya dg sabar. Insya’-Allah pelangi
indah akan muncul saat mentari menyinari semula seiring dg hujan berlalu pergi...
No comments:
Post a Comment