Tahniah kepada yg terpilih sebagai Tetamu Allah musim haji
1438H. Satu pilihan yg tak ternilai harganya. Apa tidaknya, drp jutaan yg ingin
ke sana, kita yg terpilih!
Dah bersediakah?
Rasanya, paling penting persediaan rohani... hati. Menyedari
bahawa ini satu Panggilan Agung. Panggilan yg wajib dipenuhi lantaran cinta
paling kudus terhadap Pencipta.
Cinta telah dibuktikan dg syahadah, sabarnya dlm pengorbanan
masa utk solat, mengekang nafsu utk puasa dan pengorbanan harta utk zakat. Kini,
cinta perlu dibuktikan dg pengorbanan masa, tenaga, nafsu dan
harta...segala2nya demi haji.
Anggaplah perjalanan yg bakal dilalui itu sebagai Perjalanan
Cinta paling agung. Bagaimana kalau kita buat sesuatu utk insan tercinta? Sedia
berkorban apa saja kerananya! Kita akan mampu bersabar apa saja – kerananya!
Nanti...Sabarlah:
Saat terpaksa berbaris panjang di imegresen (terutama di
Airport Jeddah atau Madinah)
Saat terpaksa mengalami kesesakan dan perlakuan kasar jemaah
lain semasa tawaf dan sa’ie
Saat terpaksa berhimpit di dalam masjid , kadang2 tempat
kita seolah2 “diceroboh” oleh orang lain!
Saat terpaksa berbaris panjang menunggu utk ke bilik air di
Arafah dan Mina
Saat terpaksa mengalami kesulitan utk menyelesaikan lontaran
3 jamrah
Saat terpaksa berjalan kaki dg jarak yg agak jauh dari
masjid ke hotel
Dan...
Banyak lagi saat2 yg tak terduga, tak dijangka dan tak
dipinta...Setiap tetamu ada bahagian masing2...lantaran hanya Allah yg tahu “siapa
dia” yg sebenar!
Sabar. Sabar. Dan sabarlah! Kerana apa?
Semua ini adalah bukti cinta.
Pada siapa? Pada Pencipta.
Untuk apa? Agar dapat rahmat-Nya.
Balasan-Nya? SYURGA!!!!
Selamat berangkat. Moga perjalanan selamat, diberkati,
dipermudahkan segala urusan dan dianugerahkan HAJI MABRUR...
No comments:
Post a Comment