Friday, 29 September 2017

Hutang



Hutang itu isu besar. Kalau tak bayar, akibatnya seksa & sengsara – di sini dan di sana...

Kalau hutang dg manusia, pelbagai usaha dibuat agar dapat dibayar...juga agar tidak lupa.

Bagaimana pula hutang dg Allah? Solat, puasa -  yg tertinggal. Zakat yg tak dikeluarkan dll. Lebih2 lagi lah perlu diambil berat.

Selesaikanlah sebelum kita dipanggil menghadap-Nya – bila2 masa...

Bermula dg sedikit dan mudah



Apa yg kita buat – perlu berhati2, jgn terburu2. Apatah lagi kalau perkara itu penting dan perlu ketelitian.

Begitu juga dg hafal Al-Quran. Buat sikit2. Kalau baru bermula, cukuplah dg ayat2 lazim dulu – yg mudah dan biasa bagi kita. Dan jangan banyak. Mungkin hanya 3 ayat sehari, sebagai permulaan. Bila momentum dah tinggi, bolehlah tambah sedikit demi sedikit hingga 1 mukasurat sehari (atau lebih).

Sama macam org yg berlatih utk angat berat. Jangan terus dg 100 kg! Mula sikit2 dulu, baru mudah dan tak mencederakan diri. Lama kelamaan dan bila otot dah kuat, barulah tambah beban yg nak diangkat.

Mula2 memang terasa susah. Kena teruskan juga. Sabar. Istiqamah. Lama2 akan terasa mudah sebab kadang2 ayat2 sama berulang (Cuma perlu lebih berhati2 dg ayat2 spt ini – walau pun sama, tapi ada sikit perbezaan).

Paling penting, sandarkan keupayaan kita pada Allah Yg Maha Perkasa. Nescaya apa yg mustahil pun akan jadi milik kita!

Susah dulu...



Kembara Al-Hafeezah tu macam juga kembara kehidupan. Ada susah. Ada senang. Tapi, yg senang melebihi yg susah. Kadang2 kita terasa sgt susah, sesukar berjalan dlm satu terowong yg sempit dan gelap ... namun kita teruskan juga. Akhirnya, kita keluar semula ke jalanraya yg dipenuhi dg bunga2an indah di kiri dan kanannya. Juga pemandangan yg indah dari pelbagai arah!

Allah juga telah mengingatkan kita:
“Bahawa bersama kesulitan itu ada kemudahan” – Surah Al-Insyirah (5-6)

Hidup kita juga begitu. Saat sukar, sabar dan terus berusaha. Kejayaan dan kebahagiaan akan jadi mlik kita juga bila tiba saatnya!

Silap? Tersilap?



Kalau ayah kita sedia memafkan kita, itu bukan bermakna kita boleh buat sesuka hati. Maaf itu diberi pada kesilapan yg tak disengajakan, bukan sengaja buat silap. Jgn pula dlm hal ini pun kita tersilap!

Begitu juga, Allah itu Maha Pengampun. Tapi, ini tak bermakna kita boleh buat sesuka hati, langgar segala larangan, tinggal segala suruhan-Nya. 

Ampunan itu adalah hanya pada kesilapan lantaran kelemahan diri sebagai insan. Bukan pada tindakan yg terang2an melanggar perintah Tuhan!

Peringatan terutama buat diri yg lemah ini...

Hikmah Istikharah



Dilema dlm membuat keputusan – antara dua yg baik, manakah yg LEBIH baik?


Hadiah istimewa drp Allah –Solat Istikharah.
Lakukannya dg penuh khusyuk...semasa solat dan semasa berdoa.

Lepas tu, Allah akan ilhamkan kita yg mana perlu dipilih. Allah juga akan tunjukkan satu persatu kebaikannya, juga segala urusan mengenainya dipermudahkan!

Jangan sekali2 stres dan hilang punca bila dua perkara baik terhidang pada kita. Mohon pertolongan pada Yang Maha Bijaksana. Agar kita bukan sekadar bijak di sini, malah juga bijak di sana...

Bijak buat keputusan, bijak akhirat!

Solat Penguat Hafalan



Ingin Allah permudahkan hafalan / Usahakan agar dapat melaksanakan Solat Sunat Taqwiyatul Hifzi (Solat utk menguatkan hafalan)
Lakukan pada malam Jumaat.

Caranya:
4 rakaat dg 2 salam. Surah2 yg perlu dibaca:
Rakaat pertama: Fatihah & Yaasin
Rakaat kedua: Fatihah dan Ad-Dukhan
Salam
Rakaat ketiga: Fatihah & Sajadah
Rakaat keempat: Fatihah & Al-Mulk

Susah ke? Eh! Nak dapat sebiji banglo tersergam indah utk hidup di dunia yg sekejap ini pun susah, inikan pula nak dapatkan “tiket kelas pertama ke syurga”- utk hidup selama2nya!

Susah bila kita letakkan kemampuan hanya pada diri sendiri. Sertakan Allah dalam usaha kita...Insya’-Allah – tak ada yg susah!

Motivasi:   

Bayangkan Allah swt  dan Rasulullah saw mengucap tahniah pada kita di akhirat nanti kerana mampu bertemu mereka dg Al-Quran di dada!