7/2/18: 8.20
am
Alhamdulillah
– masih dikurniakan nikmat usia oleh Allah. Moga selalu dibimbing-Nya utk
melakukan perkara2 yg dapat mendekatkan pada cinta-Nya, reda-Nya dan
syurga-Nya. Ameen.
Terlalu
banyak peristiwa berlaku akhir2 ini. Setelah dikejutkan dg kematian rakan2 IPG yg dekat (Allahyarham Ku
Rafee & Tn. Hj. Mohamad b. Ngah), dikejutkan pula dg kebakaran apartment
Lah – Ahad 28/1. Tergesa2 ambil tiket Air Asia ke sana pagi Isnin. Kembali ke
Terengganu pada hari Khamis 1/2/18. Cepat sungguh masa berlalu...dan Februari 2018.
Selama di
Putrajaya, sempat membantu apa yg termampu. Hati tersentuh melihat
keperihatinan warga Putrajaya yg datang dg bantuan pelbagai bentuk – pakaian,
makanan, keperluan harian/diri, doa, tahlil dan lain2. Kehadiran kawan2 juga
menghadiahkan kebahagiaan – Jay, Bah, Nora (Rabu, pagi) disusuli, sebelah
petang, dg Rokiah Ali (ex-UTM yg dah terpisah sejak 1979 – sama latihan
mengajar di SM Pulau Nyior, Jitra), Che Latipah, Zan Che Noh (yg terpisah sejak
1975 lagi!!). Alhamdulillah – ada juga episod jejak kasih di sana! Gee juga nak
datang, tapi keadaan tak mengizinkan.
Lain2...tersentuh
dg budi baik kak Min (Ustazah Aminah Idris) yg menjemput kat KLIA, bake
restoran, masjid dan seteusnya ke kediaman Lah. Syukran kak Min...moga Allah
memberkati hidup Kak Min.
Kak Yah
(Nahyah) juga meluangkan masa utk ziarah. Satu lagi episod jejak kasih. Dah
lama tak jumpa. Dulu sama bertugas di MPTAA. Khamis t/hari, dia bersama suami
membawaku ke restoran indah sebelah tasik, sebelum menghantar ke Putrajaya
Sentral utk naik ERL ke KLIA2.
Datin Hanifat,
Pengerusi PERKIM Putrajaya tu rupanya sahabat seasrama SM Zainab tahu 70-an
dulu! Zaidun juga datang mengiringi isterinya, Pn. Naimah, Guru Besar sek
rendah berdekatan. Tak sangka, ziarahku di saat begitu menemukan dg insan2 yg
baik dan dekat di hati. Alhamdulillah...
Terima kasih
semua atas segala budi baik. Moga Allah swt menganugerahkan ganjaran terbaik
atas segala kebaikan yg dihulurkan saat amat diperlukan. Melimpah ruah rumah
Komuniti itu dg pelbagai barang keperluan Lah dan keluarga... Hati tersentuh
setiap kali pandangan dihalakan pada semua itu...
Kata orang,
keikhlasan sahabat itu terserlah saat kita diuji... Kerihatinan warga Putrajaya
memang terserlah saat begini...Terharu sungguh2..
Lah &
Yah kelihatan tenang. Namun, gangguan emosi, fizikal dan mental jelas
terbayang. Ya-lah, diuji dg peristiwa segetir itu. Namun, kami masih bersyukur,
lantaran semua selamat, terutama Yah yg berjaya keluar di dalam asap tebal itu.
Lah dan keluarga pula ke Allamanda.
Peristiwa
itu juga menyingkap rahsia hikmah Allah mengizinkan Kak Anis membawa Uminya ke
Perlis... Tak dapat dibayangkan kalau Mah masih di sana waktu kejadian yg
menggemparkan, menyayat hati itu. Terima kasih Allah atas segalanya...
No comments:
Post a Comment