Showing posts with label Cetusan rasa. Show all posts
Showing posts with label Cetusan rasa. Show all posts

Wednesday, 25 March 2020

COVIC-19...Doa dan harapan

COVIC-19

Ya! Allah, kami sedar... segala yg berlaku adalah dalam perancangan-Mu Yg Maha Agung dan Bijaksana.

Ujian ini mampu membawa hati2 kami berfikir, merenung ke dalam diri dan membuat refleksi...apakah mesej di sebaliknya? Apakah yg ingin Engkau sampaikan kepada kami?

Kiranya selama ini kami alpa dengan tuntutan-Mu, mengingati-Mu, ampunilah dosa-dosa kami

Kiranya ujian ini merupakan petanda untuk menguji demi menaikkan darjat kami di-sisi-Mu, kurniakan kami kesabaran persis para nabi dan rasul dalam menghadapinya

Kami sedar, nikmat-Mu yg tak terhitung. Kami juga sedar dosa kami menggunung..
.
Terima kasih Allah atas segala anugerah nikmat-Mu. Ampunilah segala dosa2 kami. Janganlah Kau uji kami sesuatu di luar kuasa kami untuk menanggungnya. Kasihanilah kami, hamba2-Mu yg lemah ini...

Ya! Allah, kami sedar, bersama “setiap kesusahan itu ada kesenangan”. Bantulah kami untuk mengahadapi getirnya saat mecabar ini. Anugerahkan kami iman yg teguh dalam menghadapinya, hati yg tabah dalam menanganinya serta:

harapan yg tidak pernah putus akan rahmat-Mu...
harapan yg tidak pernah putus akan rahmat-Mu...
harapan yg tidak pernah putus akan rahmat-Mu...

Hanya kepada-Mu kami mengharap, bermohon dan bertawakal.
Moga mendung akan segera berlalu pergi dan sang suria mula bersinar kembali...

Janji-Mu selalu benar dan Engkau telah berfirman:
“Jika hambaKu bertanya tentang diri-Ku, katakalah Aku adalah dekat. Aku akan memperkenankan permohonan hamba2-Ku...”

Inilah doa2 kami ya Allah. Mohon diperkenankan ya Allah...

Aamiin... Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin...

Saturday, 23 November 2019

Surat Cinta-Nya

Surat Cinta-Nya

Ahad 24 November 2019

 (Alhamdulillah...kembali sihat.
Terasa banyak sungguh perkara perlu diselesaikan menjelang pemusafiran ke Madinah beberapa hari lagi. Packing – belum siap. Paling mencabar, perlu siapkan dua artikel SOLUSI sebelum berangkat ke Tanah Suci. 

Semalam, servis COWAY pula buat hal. Leaking pulak! Ah! Begitulah selalunya. Saat kita sedang kelam kabut, saat itulah ujian timbul! 

Tidur awal... dengan niat utk bangun – awal pagi . jiwa tenang, moga Allah anugerahkan ilham2 yg baik utk tulis artikel SOLUSI. 

Alhamdulillah ...4.00 pagi, dah mampu bangun. Apa nak buat ya? Eh! Mesti solat.. at least Tahajud. Mohon Allah permudahkan segala urusan – akui kehambaan dan kedhaifan diri di hadapan-Nya... Sayu hati, tanpa disedari, titisan-tisisan jernih membasahi pipi...

Usai Subuh &  sarapan – terus ke bilik study. Hati mahu terus mengadap komputer. Tapi, cepat2 ingat tips yg selalu dibuat saat kembara akademik PhD dulu – apa pun, kena mula dg Al-Quran. Sikit pun tak apa. Lantas akur. Luangkan masa utk Al-Qutan, bukan cari masa terluang! 

Tiba2... saat meneliti kembali “bank” artikel2, masih ada yang belum dihantar. Walau pun dalam bentuk draf, tapi, dengan sedikit suntingan, Masya-Allah...dah siap satu artikel dlm masa sejam!!!

Artikel kedua... sambung sahaja yg separuh jalan beberapa hari lepas (Khamis). Alhamdulillah ... siap satu lagi. Jumlah masa diambil: 9 – 10.30 pagi! Subhanallah!!! 1 ½ jam shj utk 2 artikel SOLUSi.

Terpegun. Semakin yakin – bantuan Allah itu datang saat kita tidak mengenepikan “surat cinta-Nya”...Teringat tadi – masa diluangkan utk Al-Quran hanya 10 minit, namun berkat kalam suci itu, masa 2 hari (biasanya satu hari utk satu artikel), diizinkan Allah utk diselesaikan dalam masa 1 ½ jam shj!

Ya! Allah, bimbinglah hamba agar sentiasa mencintai “surat Cinta-Mu”. Ameen....

Wednesday, 25 April 2018

Berjaya, berwaspada...


Tahniah kepada semua yg baru sampai ke puncak: mendapat kejayaan..Masters, Pd.D dll...
Namun, berhati2lah sebab tak semua org suka melihat kita berjaya



Sentiasalah betsikap sabar, tawadhu', ikhlas dan berhati2 dlm setiap ucapan & perbuatan lantaran semakin tibggi pokok itu, semakin kuat , ganas & hebat angin, ribut & taufan yg perlu dihadapi..
Banyakkan istidgfat, selawat & membaca 3 QUL (Surah2 Al-Ikhlas,Al-Falaq & An-Nas)

Moga kejayaan yg dikecapi semua beriringan dg reda Allah..dan terus dlm rahmat pemeliharaan -Nya...

Tuesday, 6 February 2018

Ujian Allah Selalu Beriringan dg ganjaran...


7/2/18: 8.20 am

Alhamdulillah – masih dikurniakan nikmat usia oleh Allah. Moga selalu dibimbing-Nya utk melakukan perkara2 yg dapat mendekatkan pada cinta-Nya, reda-Nya dan syurga-Nya. Ameen.

Terlalu banyak peristiwa berlaku akhir2 ini. Setelah dikejutkan dg  kematian rakan2 IPG yg dekat (Allahyarham Ku Rafee & Tn. Hj. Mohamad b. Ngah), dikejutkan pula dg kebakaran apartment Lah – Ahad 28/1. Tergesa2 ambil tiket Air Asia ke sana pagi Isnin. Kembali ke Terengganu pada hari Khamis 1/2/18. Cepat sungguh masa berlalu...dan Februari 2018.

Selama di Putrajaya, sempat membantu apa yg termampu. Hati tersentuh melihat keperihatinan warga Putrajaya yg datang dg bantuan pelbagai bentuk – pakaian, makanan, keperluan harian/diri, doa, tahlil dan lain2. Kehadiran kawan2 juga menghadiahkan kebahagiaan – Jay, Bah, Nora (Rabu, pagi) disusuli, sebelah petang, dg Rokiah Ali (ex-UTM yg dah terpisah sejak 1979 – sama latihan mengajar di SM Pulau Nyior, Jitra), Che Latipah, Zan Che Noh (yg terpisah sejak 1975 lagi!!). Alhamdulillah – ada juga episod jejak kasih di sana! Gee juga nak datang, tapi keadaan tak mengizinkan.












Lain2...tersentuh dg budi baik kak Min (Ustazah Aminah Idris) yg menjemput kat KLIA, bake restoran, masjid dan seteusnya ke kediaman Lah. Syukran kak Min...moga Allah memberkati hidup Kak Min.

Kak Yah (Nahyah) juga meluangkan masa utk ziarah. Satu lagi episod jejak kasih. Dah lama tak jumpa. Dulu sama bertugas di MPTAA. Khamis t/hari, dia bersama suami membawaku ke restoran indah sebelah tasik, sebelum menghantar ke Putrajaya Sentral utk naik ERL ke KLIA2.

Datin Hanifat, Pengerusi PERKIM Putrajaya tu rupanya sahabat seasrama SM Zainab tahu 70-an dulu! Zaidun juga datang mengiringi isterinya, Pn. Naimah, Guru Besar sek rendah berdekatan. Tak sangka, ziarahku di saat begitu menemukan dg insan2 yg baik dan dekat di hati. Alhamdulillah...

Terima kasih semua atas segala budi baik. Moga Allah swt menganugerahkan ganjaran terbaik atas segala kebaikan yg dihulurkan saat amat diperlukan. Melimpah ruah rumah Komuniti itu dg pelbagai barang keperluan Lah dan keluarga... Hati tersentuh setiap kali pandangan dihalakan pada semua itu...

Kata orang, keikhlasan sahabat itu terserlah saat kita diuji... Kerihatinan warga Putrajaya memang terserlah saat begini...Terharu sungguh2..



Lah & Yah kelihatan tenang. Namun, gangguan emosi, fizikal dan mental jelas terbayang. Ya-lah, diuji dg peristiwa segetir itu. Namun, kami masih bersyukur, lantaran semua selamat, terutama Yah yg berjaya keluar di dalam asap tebal itu. Lah dan keluarga pula ke Allamanda. 

Peristiwa itu juga menyingkap rahsia hikmah Allah mengizinkan Kak Anis membawa Uminya ke Perlis... Tak dapat dibayangkan kalau Mah masih di sana waktu kejadian yg menggemparkan, menyayat hati itu. Terima kasih Allah atas segalanya... 

Moga Lah serta keluarga dan yah terus tabah menerima ujian, dipermudahkan segala urusan dan digantikan apa yg hilang dg apa yg lebih baik di sisi Allah. Aku yakin, sgt yakin, bersama ujian tersebut, beriringan nanti ganjaran yg tak diduga, yg tersimpan dalam khazanah Allah, Pemilik alam semesta...

 

Tuesday, 21 February 2017

Kembara Al-Hafeezah



Saat terasa sukar untuk menghafal…kadang2 terlintas dalam fikiran – susahnya! Pedulikan gangguan itu! Kalau bukan kerana nafsu yg sukakan kesenangan, mungkin syaitan yg menggoda, sebagaimana janjinya sejak dihalau ke dunia lantaran ingkar pada perintah Allah yg memerintahnya sujud pada Nabi Adam.

Lantas, apa yg perlu dilakukan? Teruska…teruskan…teruskan saja. Akhirnya, dg mujahadah, kita akan menang! Satu demi satu Allah akan permudahkan! 

Cuba hafal, tapi lupa? Apa nak susah? Teruskan saja, jgn sekali2 putus asa! Ada org mudah saja hafal lirik2 lagu yg tak difahami langsung (contohnya Hindustan!). Ianya mudah lantaran tidak bertentangan dg nafsu, dg kehendak syaitan! Tapi, apa nilainya di sisi Allah? Mampukah ia jadi saham akhirat?

Kalau ayat2 suci Al-Quran, teruskan hafalan – sesukar mana pun ia. Bayangkan saat betemu Allah, kalau kita mampu penuhi dada dg kalam suci-Nya…Tentu indah…

Kembara Al-Hafeezah – cabaran hebat, dugaan berat..namun, kejayaan wujud di sepanjang perjalanan – apatah lagi, di hujung jalan nanti…saat dipanggil menghadap Ilahi…