Ukur berkali2..Potong hanya sekali! Tali itu tak mampu dicantum kembali!
Setiap hari kita terpaksa buat keputusan. Sebelum mengambil apa2 keputusan, fikir betul2 tindakan terbaik yg bakal dilakukan. Kalau perlu, minta pandangan org yg lebih berwibawa.. sdra mara, sahabat handai atau sesiapa sahaja yg kita percaya.
Solat istikharah juga jgn lupa.
Bila hati dah yakin, bertindaklah. Kesannya? Mungkin seperti yg diharapkan. Alhamdulillah.
Kalau tidak, buat refleksi. Jangan pula membiarkan perasaan kesal menguasai diri. Hidup terlalu singkat utk itu. Teruskan berjalan. Belajar dari kesilapan. Jadikan pengalaman sebagai panduan, agar tidak lagi tersesat jalan. Juga mampu membantu org lain yg memerlukan...
Tali tak mampu dicantum kembali? Ya – yg berlalu tak mungkin diulang lagi. Kalau sekarang 10.27 pagi 25/3/18, satu detik sahaja ....perginya tak kembali!
Hargai setiap detik dalam hidup – itu usia kita, itu juga modal kita utk berniaga dg Allah demi kejayaan hakiki – di sini dan juga,di sana nanti!
No comments:
Post a Comment