Friday, 9 March 2018

Umpama dewan peperiksaan


Hidup ini diibaratkan seperti kita sedang menduduki peperiksaan.

Selagi kertas kita belum dikutip, selagi itu kita masih boleh menulis jawapan dan juga memperbetul sebarang kesilapan.

Namun bila masanya telah tamat dan kertas pun dikutip, maka tiada apa lagi yang boleh diubah. Dan kita pun menantikan keputusan.

Begitu juga hidup ini. Selagi kita masih bernyawa, maka berbuatlah sebaiknya dan bertaubatlah sekiranya kita berdosa. Sebab bila ajal datang menjelma, tiada apa lagi yang boleh kita ubah.

Keputusannya kelak sama ada kita Lulus (Syurga) atau Gagal (Neraka).

Muhasabah Diri

No comments:

Post a Comment