Jangan takut dg kegagalan - kadang2 kegagalan yg diurus dengan baik itu membolehkan kita membuat lompatan saujana utk jadi org cemerlang!
Saturday, 21 July 2018
Friendship
15 Julai 2018 - Alhamdulillah, syukur dapat berkumpul bersama kawan2 lama (sejak 1970-an). Kemesraan bersama masih hangat terasa.
Though our faces were "decorated" with wrinkles, but our hearts were decorated with love!
Though our faces were "decorated" with wrinkles, but our hearts were decorated with love!
Bersediakah?
Andainya maut menjemput beberapa saat lagi, bersediakah kita?
Kematian itu :
Milik kejadian,
satu kemestian....
Kematian itu :
Milik kejadian,
satu kemestian....
Berbicara...
Bersyukurlah kalau setiap hari kita rasa bahagia berbicara
dengan Allah (solat) dan saat Allah berbicara dg kita (baca Al-Quran)
Doa
Kadang2 kejayaan kita adalah hasil doa orang lain, jadi
jangan lupa sertakan orang lain dalam doa kita!
cermin
Selalulah guna cermin muka
(cuba
perbaiki diri sendiri),
bukan cemin mata
(cari kesilapan orang lain)...
bukan cemin mata
(cari kesilapan orang lain)...
2s
Masalah? Atasinya dg 2S- Sabar & Solat
Sabar - dunia ini pentas ujian
Solat: mengadu hanya pada Tuhan...
Sabar - dunia ini pentas ujian
Solat: mengadu hanya pada Tuhan...
Tinggal kenangan...
14 tahun lalu, dia menangisi pemergian isteri tersayang yg dijemput pulang ke pangkuan Ilahi tanpa dijangka (kemalangan jalanraya) - di hari ulangtahun perkahwinan mereka yg ke-4
9/7/18 kami menangisi pemergiannya yg juga secara tiba2 (serangan jantung)...
Terpaku diri ini - makin sedar ttg maut yg sentiasa menghampiri...
Ya! Allah, ampuni mereka, maafkan mereka, muliakanlah tempat tinggal mereka, jauhilah mereka drp seksa kubur & himpunkanlah mereka di syurga...
آمِÙŠْÙ†ِ آمِÙŠْÙ†ِ ÙŠَا رَ بَّ العَـــالَÙ…ِÙŠْÙ†
Saturday, 7 July 2018
Doa Anak
Seorang lelaki diangkat darjatnya di dalam syurga lalu dia berkata :
“ Dari mana saya perolehi hal ini ? “ lalu dijawab : “ Dengan istighfar (doa) anakmu untukmu “ . ( HR Ahmad )
Maka janganlah kalian melupai mereka yang sedang berada di dalam kubur .
Monday, 2 July 2018
Mutiara si Ibu
Syeikh
Muhammad Husain al Rintawi menyatakan dalam kitabnya al Ibar fiman Hafizo al
Quran , disebut di dalam kitab berkenaan latarbelakang para ulamak, seorang
perempuan di Baghdad sentiasa membaca al Quran ketika hamil. Dia mengkhatamkan
al Quran secara mingguan.Setelah dia melahirkan anak, anak tersebut menghafaz
seluruh al Quran ketika berusia 5 tahun.
KHUTBAH EIDULFITR
INDAH
SUNGGUH KHUTBAH DI ARAB SAUDI PADA HARI RAYA EIDULFITR LEPAS:-
☂Kelilingilah diri anda dengan orang2 Islam yang
mengamalkan ajaran Agama yg sebenar. Mereka sahajalah Kawan Sejati anda dalam
Kehidupan ini dan di Akhirat.
☂ Tidak semua orang di luar sana hanya menilai anda;
ada yang ingin yang terbaik untuk anda dan ingin membantu anda masuk ke
Al-Jannah; hargailah mereka.
☂Sebenarnya, seorang kawan yang tidak peduli akan
Akhirat anda, sebenarnya bukan teman anda.
☂Kebiasaannya, orang yang paling sukar untuk anda
betulkan adalah diri anda sendiri. Tidak wajar berasa malu melakukan kesalahan;
tapi amat wajar merasa malu jika memilih untuk terus berada di jalan yang
salah.
☂ Apa sahaja yang MENDEKATKAN anda dgn Allah, akan
MENJAUHKAN anda dari neraka. Apa sahaja yang MENJAUHKAN anda dari Allah, akan
MENDEKATKAN anda ke neraka.
☂Kita semua mengambil mudah hari esok kerana kita
percaya esok akan terus wujud. Esok mungkin akan terus wujud, tetapi kita belum
pasti!
☂ Siapa kata "HARI ESOK" dijamin? Hargailah
kurniaan barokah kpd kita pada "HARI INI"!
☂ Semalam ramai yg menyangka mereka akan melihat hari
ini, dan hari ini ramai yang berfikir mereka akan melihat esok.
☂ Kematian boleh tiba malam ini, jam berikutnya, detik
seterusnya, tetapi kita hidup seolah-olah kita masih mempunyai banyak tahun
lagi untuk hidup.
☂ Anda mungkin kaya, terkenal atau mempunyai status
tinggi dalam dunia ini, tetapi kepada Malaikat Maut, anda hanyalah satu nama
lain dalam senarai.
☂Kematian dan pertemuan kita dengan Pencipta kita
sedang menghampiri tetapi kebimbangan terbesar kita adalah apa yang kita akan
pakai esok?
☂Suatu hari, anda hanya akan menjadi kenangan kepada
sesetengah orang, dan teladan kepada sesetengah orang lain. Lakukanlah segala
yg termampu demi Allah, agar menjadi pengajaran yang positif.
☂Bayangkan berapa ramai yg berada di sini bersama kita
tahun lepas, tetapi tahun ini tidak lagi! Malah giliran kita tidak lama lagi
menghampiri. Semoga Allah ampunkan kita semua dan juga mereka semua.
☂Kita berjalan sombong di dunia, tanpa menyedari bahawa
suatu hari nanti kita akan terperangkap 6 kaki di bawah tanah.
☂ Anda mencari fesyen dan pakaian berjenama terkini,
tetapi jangan lupa wahai Anak2 Adam! Anda akan dibalut hanya dengan kain kafan
putih.
☂Perhambakanlah diri kpd Pencipta, bukan kpd
penciptaan-Nya. Sekiranya Allah meredhoi kita, tiada apa lagi yang wajar kita
pinta?
☂Sangat sedih apabila kita hanya menghargai berkat,
sama ada perkara yang materialistik atau orang yang baik; hanya selepas kita
kehilangan mereka, apabila sudah terlambat !? Adakah kita benar-benar melabur
untuk menjadi seperti mereka?
☂ Anda tidak akan membuang berlian untuk mengambil
batu, jadi dengan cara yang sama, janganlah membuang Akhirat kerana mengejar
dunia.
☂ Bagaimana anda mengharapkan untuk mendapatkan
Al-Jannah jika anda tidak berusaha di dunia? Itu seperti mengharapkan untuk
lulus peperiksaan tanpa belajar.
☂Kita hidup di zaman di mana orang meninggalkan makanan
kerana takut menjadi gemuk, tetapi tidak dapat meninggalkan dosa kerena
takutkan Allah!
☂ Bagi orang yg yakin, anda mungkin tidak mempunyai
wang, tiada tempat tinggal, tiada pekerjaan, sakit dan merasa seperti anda
tiada apa-apa; tetapi anda mempunyai sesuatu yang tidak dapat dibeli oleh wang:
"Allah".
☂Allah tahu apa yang anda mahu, apa yang anda perlu,
apa yang anda wajar dapat pada bila masa dan tempat mana. Yakinlah kepada-Nya
dan keputusan-Nya (yang terbaik untuk penciptaan-Nya). Dia yg Maha mengetahui,
sementara anda tidak.
☂Jika selebriti kafir menyebut nama anda kepada dunia,
betapa gembiranya anda? Sebutlah Allah dalam apa jua perhimpunan, dan Dia akan
menyebut nama kamu kepada para malaikat!
☂ Dan, jadikanlah Al-Qur'an sebagai teman dan
sebahagian dari kehidupan anda. Jangan biarkan diri anda menjadi orang asing
kpd Alquran. Alquran adalah seperti kawan, semakin lama persahabatan
berlangsung lebih banyak anda akan mengetahui rahsia-rahsianya.
☂Jangan memuji saya kerana saya berada di landasan
Agama saya, tetapi doakan saya kerana saya mempunyai kesalahan2 yang tak dapat
anda lihat.
Bertaubat
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaubat, dan Dia
mengasihi orang-orang yang membersihkan diri". [Al-Quran 2: 222].
Semoga Allah
membersihkan hati kita. Mudah2an segala keamanan dan rahmat Allah dicucuri ke
atas Rasulullah yang mulia, Muhammad dan keluarganya.
💙Jika
anda ambil berat terhadap orang lain, maka hantarkan mesej ini kepada mereka.
Semoga Allah meningkatkan cahaya dan petunjuk-Nya dalam kehidupan kita. AAMIIN.
Subscribe to:
Posts (Atom)