Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Monday, 15 July 2019

Iman itu..


Iman itu ibarat air:
 
setitisnya kurang/ langsung tiada manfaat
sebaldi - lebih banyak manfaat
Selautan - sgt banyak manfaat hatta kapal pun boleh belayar di atasnya

Jom! Kuatkan iman kita agar kita dpt jadi org yang terbaik iaitu org yg bermanfaat pada org lain...

Perkongsian dari Kuliah Subuh

Friday, 19 April 2019

Sifat muqarrabin

Sifir orang biasa:
Bila diberi nikmat (kejayaan, harta, pangkat dll) - bersyukur
Bila diuji (sakit, gagal, tak dapat apa yg diingini, kecewa dll) – bersabar

Sifir orang yg dekat dg Allah (Muqarrabin):
Segala yg diperolehi ... dikaitankan dg Allah – sifat Allah terpamer:
Setiap nikmat: Allah mempamerkan sifat Ar-Rahman : kasih sayang-Nya
Setiap ujian: Allah mempamerkan sifat Qahhar-Nya : kekuasaan-Nya yg tak ada siapa boleh halang...

Hari2 kita menuju Allah... Tenanglah sentiasa dg mengaitkan apa saja yg berlaku dg kehadiran Allah – Dia sentiasa bersama kita...setiap saat, masa dan ketika...

(Intisari Kuliah Subuh Masjid Mengabang Telong 20 April 2019)

Jom! Cuba tingkatkan diri kita kepada muqarrabin (org yg dekat dg Allah)

Saturday, 6 October 2018

Perpisahan


Perpisahan itu biasanya sesuatu yg menyakitkan. Namun perpisahan itu sentiasa berlaku. Pasti berlaku suatu hari nanti. Dunia akan ditinggalkan. Semua akan ditinggalkan. Namun, ianya hanya sementara. Akan berjumpa semula di Hari Perhitungan.

Selesai pengadilan di buat, barulah kita tahu ke mana akhirnya kita – Syurga atau Neraka (na’uzubillah!). Di situlah perpisahan yg selama2nya kalau kita tak mampu bersama org2 yg disayang utk melangkah ke syurga. Itulah perpisahan yg paling pahit.

Justeru, usahakanlah agar kita mampu bersama ahli keluarga dan semua yg kita sayang utk ke syurga Allah. Bila persediaannya? Sekarang! Selagi kita masih diberi peluang beramal di dunia ini...

Saturday, 22 September 2018

Tazkirah...


Tazkirah...

Sebelum Imam Syafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:


1. Hak kepada diri, iaitu dengan
mengurangkan tidur.
mengurangkan makan.
mengurangkan percakapan.
dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.


2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal (dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi).
membuat persiapan untuk mati.
dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.


3. Hak kepada kubur iaitu
membuang tabiat suka menabur fitnah.
jangan suka kencing merata.
memperbanyakkan solat tahajjud.
dan membantu orang yang dizalimi.


4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu
jangan berkata dusta.
sering berkata benar. meninggalkan maksiat.
dan memberi nasihat.


5. Hak kepada Mizan, iaitu
menahan kemarahan
banyakkan berzikir.
ikhlas dalam amalan
dan sanggup menanggung kesulitan.


6. Hak kepada titian sirat iaitu
buang tabiat suka mengumpat.
wara'.
bantu orang beriman
dan hidup dalam suasana berjamaah.


7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu
menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t.,
membanyakkan sedekah,
membuat kebaikan kepada ibubapa
dan memperbaiki akhlak.


8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu
redha kepada qada’ ALLAH s.w.t.,
sabar menerima bala’.
dan bertaubat.


9. Hak kepada Rasulullah s.a.w iaitu dengan
sentiasa bersalawat kepada baginda,
berpegang kepada sunnahnya
dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.


10. Hak kepada ALLAH, iaitu
mengajak manusia kepada kebaikan,
mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran,
bencikan kepada sebarang maksiat
dan tidak melakukan kejahatan.
_________________________


"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.
Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU."
~ Antara isi khutbah terakhir Rasullah s.a.w.


Sollu 'alan nabiy Allahuma solli ala Muhammad