Saturday, 22 September 2018

Tazkirah...


Tazkirah...

Sebelum Imam Syafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:


1. Hak kepada diri, iaitu dengan
✏ mengurangkan tidur.
✏mengurangkan makan.
✏mengurangkan percakapan.
✏dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.


2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu ✏menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal (dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi).
✏membuat persiapan untuk mati.
✏dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.


3. Hak kepada kubur iaitu
✏membuang tabiat suka menabur fitnah.
✏jangan suka kencing merata.
✏memperbanyakkan solat tahajjud.
✏dan membantu orang yang dizalimi.


4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu
✏ jangan berkata dusta.
✏sering berkata benar. ✏meninggalkan maksiat.
✏dan memberi nasihat.


5. Hak kepada Mizan, iaitu
✏ menahan kemarahan
✏ banyakkan berzikir.
✏ikhlas dalam amalan
✏dan sanggup menanggung kesulitan.


6. Hak kepada titian sirat iaitu
✏ buang tabiat suka mengumpat.
✏wara'.
✏bantu orang beriman
✏dan hidup dalam suasana berjamaah.


7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu
✏menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t.,
✏membanyakkan sedekah,
✏membuat kebaikan kepada ibubapa
✏dan memperbaiki akhlak.


8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu
✏redha kepada qada’ ALLAH s.w.t.,
✏ sabar menerima bala’.
✏ dan bertaubat.


9. Hak kepada Rasulullah s.a.w iaitu dengan
✏sentiasa bersalawat kepada baginda,
✏berpegang kepada sunnahnya
✏dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.


10. Hak kepada ALLAH, iaitu
✏mengajak manusia kepada kebaikan,
✏mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran,
✏bencikan kepada sebarang maksiat
✏dan tidak melakukan kejahatan.
_________________________


"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.
Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU."
~ Antara isi khutbah terakhir Rasullah s.a.w.


Sollu 'alan nabiy Allahuma solli ala Muhammad

No comments:

Post a Comment