Tuesday, 18 September 2018

Ujian dia, ujian kita...


Saat adik beradik, saudara mara, sahabat kita atau sesiapa sahaja yg diuji, sebenar kita juga diuji - sejauh mana kesungguhan dan keikhlasan kita utk membantu mereka hanya kerana Allah...

Justeru, jangan pandang remeh kalau kita didatangi dg seseorang yg perlu bantuan. Kedatangannya diatur oleh Tuhan semesta alam - juga utk beri peluang pada kita utk meraih pahala menerusi ujian kesungguhan dan keikhlasan kita menghulurkan bantuan.

Jangan pandang remeh sesuatu kebaikan, sekecil mana pun ia kerana kita tidak tahu, mungkin kebaikan kecil yg ikhlas itu memberatkan neraca timbangan kebaikan kita di akhirat nanti.

Juga,
Jangan pandang remeh sesuatu maksiat, sekecil mana pun ia kerana kita tidak tahu, mungkin maksiat kecil itu bakal memberatkan neraca timbangan kejahatan kita di akhirat nanti.

No comments:

Post a Comment