Showing posts with label Tazkirah Hari Ini.... Show all posts
Showing posts with label Tazkirah Hari Ini.... Show all posts

Saturday, 31 August 2019

Pemusnah kebahagiaan


Antara pemusnah kebahagiaan ialah suka membandingkan diri dg kebahagiaan org lain. Kenapa? Tindakan ini boleh menyebabkan kita lupa mensyukuri apa yg Allah beri. Jadi, selalulah renung ke dalam diri...tentu kita dapati banyak yg perlu disyukuri. Kalau ada kelemahan, berusahalah utk memperbaiki!

Moga hari ini lebih baik dari semalam. Esok lebih baik dari hari ini. Paling penting, akhirat kita lebih baik dari hidup kita di dunia ini!

Saturday, 20 October 2018

Dua sebab


Kenapa balasan Allah simpan hingga Hari Akhirat – bukan diberi di dunia? Dua sebab:

1.       Dunia tidak cukup luas utk menampung balasan2 itu
2.       Dunia juga terlalu singkat – akan musnah. Sesuatu yg sgt bernilai tidak sepatutnya diberi utk satu jangka masa yg terlalu singkat

Jadi, sabarlah dengan susah dunia yg kecil dan sementara, demi mengecapi bahagia di akhirat yg berlipat kali ganda dan kekal selama2nya!

Tuesday, 18 September 2018

Ujian dia, ujian kita...


Saat adik beradik, saudara mara, sahabat kita atau sesiapa sahaja yg diuji, sebenar kita juga diuji - sejauh mana kesungguhan dan keikhlasan kita utk membantu mereka hanya kerana Allah...

Justeru, jangan pandang remeh kalau kita didatangi dg seseorang yg perlu bantuan. Kedatangannya diatur oleh Tuhan semesta alam - juga utk beri peluang pada kita utk meraih pahala menerusi ujian kesungguhan dan keikhlasan kita menghulurkan bantuan.

Jangan pandang remeh sesuatu kebaikan, sekecil mana pun ia kerana kita tidak tahu, mungkin kebaikan kecil yg ikhlas itu memberatkan neraca timbangan kebaikan kita di akhirat nanti.

Juga,
Jangan pandang remeh sesuatu maksiat, sekecil mana pun ia kerana kita tidak tahu, mungkin maksiat kecil itu bakal memberatkan neraca timbangan kejahatan kita di akhirat nanti.

Wednesday, 25 October 2017

Bila berdoa


Bila berdoa...

Fahami betul2 doa kita, kerana ini adalah manifestasi permintaan lubuk hati kita kepada Allah swt.

Perbanyakkan doa kerana kerana doa ialah penghubung kita dg Allah swt.

Yakin dg kekuatan doa, kerana ramai yg terselamat drp bencana dan ramai juga meraih keajaiaban dalam hidup daripadanya...

Friday, 20 October 2017

Ingin berjaya?



Jalan kejayaan menurut Al-Quran:
1.       Taqwa kepada Allah
2.       Cari jalan utk mendekatkan diri pada_n ya
3.       Berjuang menegakkan Islam

“Wahai org2 yg beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yg mendekatkan diri kepada-Nya (dg mematuhi perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya) serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam semoga kamu beroleh kejayaan” (Surah al-Ma’idah 5: 35)

Thursday, 19 October 2017

Cintailah akhirat



Sesiapa yg sibuk dg ibadah utk akhirat, maka akan dicukupkan Allah rezekinya. Dunia dtg padanya dlm keadaan hina.
Sesiapa cintakan dunia, dia akan sentiasa bimbang (terutama ttg rezekinya), disibukkan dg dunia. Rezeki yg diperolehi pula – hanya sekadar cuma!

Wednesday, 18 October 2017

Husnul khatimah

Mati itu pasti. Tapi bila? di mana? Bagaimana? – itu hanya dalam pengetahuan Ilahi.

Justeru, hadirkanlah diri di tempat2 yg baik, agar bila maut menjemput (bila2 masa saja), kita berada di tempat yg baik, bersama org2 yg baik dan sedang buat perkara baik!
. Moga pengakhiran yg baik - husnul khatimah...

Monday, 9 October 2017

Nilai Iman dan Islam menurut Al-Khawarizmi



Berertinya iman (Islam) menurut Al-Khawarizm (Pakar Matematik Islam)

Saat kita lahir, kita tak ada apa2. Bila dah baligh, dan kita Islam (beriman), maka ada nilai 1.
Bila ada ilmu, tambah satu 0.Hasilnya: 1 + 0 = 10
Tambah pula dg akhlak, hasilnya: 10 + 0 = 100
Tambah pula dg harta, hasilnya: 100 + 0 = 1000
Tambah pula dg sifat dermawan, hasilnya: 1000 + 0 = 1000
Begitulah seterusnya. 0 bertambah dg setiap kebaikan/nilai yg ada pada kita.

Tapi, semuanya bererti kalau ada 1 iaitu Islam.
Tanpa 1 itu, beribu2 0 pun tak berguna! Umpama cek kosong yg tak dapat dikreditkan di bank. 

Itulah ibaratnya, kalau seorang yg tidak beriman tapi sangat baik pada pandangan manusia. Saat di akhirat nanti, dia hanya membawa cek kosong...

Sebab itulah, Iman dan Islam merupakan anugerah terbesar buat kita. Jaga, hargai dan pertahankannya!!!