Sunday, 9 September 2018

Ayam Kerutuk

Jom! Cuba resepi istimewa ni- dijamin sedap!

AYAM KERUTUK- Resepi Cik Dah (my SIL)

Bahan2nya:
1 ekor ayam
4 sudu kerisik
4 biji ubi kentang
Rm1 rempah kerutuk
Rm4 santan pekat

Bahan A - untuk dimayang dan ditumis
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci halia

Bahan B - untuk di blander
1 batang serai
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1/2 labu bawang besar sederhana besar
4 hiris lengkuas
Sedikit halia

Bahan C
1 ulas bawang besar

CARA2
Masak ayam separuh masak, masukkan rempah kerutuk, gaul biar sebati...
Masukkan bahan2 yang telah ditumis(bahanA) Gaul sampai sebati dan berbau wangi...
Masukkan santan, bila mendidih, masukkan bahan blander(bahan 😎..
Masukkan ubi kentang.. garam.. gula.. nisan(gula melaka)
Akhir sekali bawang besar(bahan C)yg telah dipotong dadu...
Untuk lebih wangi... masukkan daun pandan

No comments:

Post a Comment