Wednesday, 19 April 2017

Kebaikan



Kebaikan itu sebenarnya sesuatu yg mampu menghadiahkan kebahagiaan. Ingat tak indahnya memori saat melihat kegembiraan terpancar di wajah org yg nmemerlukan bantuan bila bantuan itu kita hulurkan? Ya... kalau nak bahagia, bahagiakanlah org lain 

Nak buat baik juga bukan susah. Juga tak perlu jadi org kaya dan berharta. Lihat apa saja yg kita mampu sumbang. Ilmu. Buah fikiran. Kata2 nasihat. Suntikan motivasi saat ada yg terasa menjunam dlm kehidupan...dan paling mudah doa.

Cuba gembirakan org di sekeliling kita, sebaik mungkin. Macam mana? Buat pada org lain, apa yg kita suka org buat pada kita!

Jangan anggap kecil pada kebaikan. Buat saja. Buat kerana Allah. Nilainya sentiasa besar di sisi-Nya. Macam kita buat baik pada Raja. Menggembirakan raja. Ah! anugerahnya tentu bukan sembarangan!

Ini juga antara intisari doa yg diajarkan pada kita: "Ya! Allah, berkan kpd kami kebaikan dunia dan akhirat..." - Dan antara kaedah nak dapatkan kebaikan itu ialah dg membuat kebaikan. Apa yg kita tanam, itu yg bakal kita tuai!

Kita juga pernah dengar:org yg menghadiahkan mawar itu ialah yg mula2 menikmati harumnya bunga itu! 



Jadi, jangan pernah jemu membuat kebaikan seperti Allah yg tidak pernah jemu memberikan kita oksigen demi kehidupan...

Ingin bantuan Allah?



Ali merupakan anak kesayangan Tuan Hashim, seorang jutawan terkenal. Ali mempunyai seorang kawan baik bernama Ahmad. Entah kenapa, walau pun Ahmad seorang dari keluarga yang agak miskin, tapi Ali sangat baik dengannya. Ahmad selalu bantunya dalam pelajaran. Kadang2 kalau Ali rasa putus asa, Ahmadlah pembakar semangatnya hingga dapat bangun semula.

Hampir sertiap hari, bila  pulang dari sekolah, cerita Ahmadlah yg akan dibawa utk halwa telinga ayahnya.  Ali sangat gembira meihat senyuman terukir di bibir ayahnya setiap kali dia bercerita tentang Ahmad .

Suatu hari, ibu Ahmad diuji dengan kemalangan. Kebetulan masa itu, ayah Ahmad berada jauh. Ahmad betul2 perlukan bantuan.

Ali terus beritahu ayahnya.  Tanpa banyak soal, Tuan Hisham datang membantu ... melimpah2 pulak bantuannya. Maklumlah seorang jutawan!

Begitulah kita dg Allah. Kita tahu Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang terhadap hamba-Nya.

Kalau kita selalu bantu org lain (hamba-Nya), saat kita perlu bantuan, apatah lagi org yg kita selalu bantu itu berdoa utk kita, Allah akan bantu kita. Dan Allah itu Maha Kaya, bantuan-Nya akan datang mencurah2, melimpah ruah....

Ingin urusan dipermudahkan? Ingin bantuan Allah? Bantulah org lain...

Monday, 17 April 2017

Jom! Bina rumah kekal



Anggaplah hidup kita di dunia ini seolah2 kita sedang membina rumah yg paling indah utk didiami. Kita guna kayu, simen bata, cat dan apa saja yg terbaik utk rumah idaman kita.

Kita tidak berkompromi dg bahan2 yg murah, apatah lagi bernilai rendah. Kalau kita dah pilih yg terbaik, insya’-Allah kita akan dapat yg terbaik. Utk siapa? Utk kita juga!

Yg mana satukah rumah idaman anda?








Namun, kita mampu memiliki rumah yg tiada tandingnya...jauh, jauh, jauh malah amat jauh lebih indah berbanding dg rumah2 di atas. Caranya bagaimana? Berniagalah dg Allah - cuba jadi hamba dan khalifah-Nya yg TERBAIK! Jika kita buat baik, kita akan dapat yg baik.

Setiap amalan baik yg kita lakukan adalah utk kita juga. Pahalanya di sisi Allah. Dia telah berjanji utk membalas segala kebaikan hamba-Nya, walau sekecil mana pun. Ajaibnya, Allah tidak perlu apa2 dari kita, cuma Dia menyuruh kita buat baik dan - segala kebaikan akan kembali kepada kita!!!

Jom! Kita bina rumah terindah...utk dinikmati di alam kekal nanti ... Modalnya? Rebutlah  segala peluang utk. melakukan KEBAIKAN...kerana Allah!

Wednesday, 12 April 2017

Usaha - Tanda kita hamba-Nya



Kesungguhan itu perlu dalam apa jua kejayaan yg nak dicapai. Apatah lagi kalau satu perjuangan besar umpama nak dapat Ph.D, nak jadi penghafal Al-Quran  dan lain2, takkan dpt dicapai dg hanya bersenag lenang, mesti bersedia utk mujahadah bagi mendapatkannya.

Perlu bijak dan  gigih….mengatur masa, mengurus jadual yg begitu ketat…dan dg izin-Nya, kejayaan yg seakan2 mustahil itu mampu diraih walau pun  terasa kerdilnya diri. Namun, Allah mengajar dan sentiasa mengingatkan bahawa tiada yg mustahil dg bantuan-Nya.

Ya… perlu gigih, tekun, sabar, tidak sekali2 lemah, bosan, apatah lagi putus asa. Buat. Buat. Buat Dan buat! Sebagai hamba, usaha itu dari kita, berjaya itu dari Allah. Insan2 terpilih kesayangan-Nya juga perlu berusaha – lihat saja Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Rasulullah saw dan semua nabi2, juga org2 soleh, semuanya menempuh ranjau dan duri kehidupan dlm kembara di pentas dunia yg merupakan ujian ini.

Allah boleh saja nak beri pada kita apa yg kita nak. Namun, sebagai hamba, kita perlu berusaha. Itu sunnatullah. Usaha dapat pahala. Bila kejayaan mampu digenggam, syukur…dapat pahala. Kalau ditakdirkan bukan rezeki atau hak kita, sabar. Pun dapat pahala! Kalau tak dapat A, yg kita impikan, mungkin akan dikurniakan-Nya B,C atau X,Y, Z yg jauh lebih baik utk kita!

Selagi hayat dikandung badan, jangan sekali2 putus harapan. Rahmat Allah itu maha luas. Sentiasalah bersangka baik dg- Nya. Kalau kita selalu berusaha utk jadi  hamba yg taat dan sentiasa menyertai Allah dlm apa jua perjuangan. Insya’-allah kita selau “berjaya” lantaran Dia tidak pernah menghampakan!
Kejayaan itu juga bukan diukur di akhir perjuangan, tapi dihitung sejak bermulanya ia. Setiap usaha itu bergantung pada niat. Kalaulah dari awal diniatkan kerana Allah, kebaikan dah tertulis buat kita. Usaha.Usaha. Dan usaha. Kalau pun tak dapat di dunia, insya’-Allah bakal dinikmati di syurga…lebih baik dan lebih kekal…

Tuesday, 11 April 2017

Jangan jemu...



Jemu, bosan dan tak bersemangat nak buat kerja rumah, kerja pejabat, menjaga anak2 dll...?
Jangan begitu! Ingatlah...nun, ramai yg terbaring di katil wad hospital yg terpaksa bergantung pada jasa org lain hatta ingin mengurus diri. Mereka sgt menginginkan agar mampu melakukan apa yg kita sedang buat ini!

Bersyukurlah kerana kita masih diberikan kesihatan yg baik oleh Allah...Terus  laksanakan segala tanggung jawab hanya kerana Allah.

Ya! Allah, kurniakanlah kami kesihatan yg baik hingga ke akhir hayat agar tidak perlu bergantung pada jasa org lain, malah terus berupaya menjadi insan yg bermanfaat kepada semua hingga ke akhir hayat...