Kebaikan itu sebenarnya sesuatu yg mampu menghadiahkan kebahagiaan. Ingat tak indahnya memori saat melihat kegembiraan terpancar di wajah org yg nmemerlukan bantuan bila bantuan itu kita hulurkan? Ya... kalau nak bahagia, bahagiakanlah org lain
Nak buat baik juga bukan susah. Juga tak perlu jadi org kaya dan berharta. Lihat apa saja yg kita mampu sumbang. Ilmu. Buah fikiran. Kata2 nasihat. Suntikan motivasi saat ada yg terasa menjunam dlm kehidupan...dan paling mudah doa.
Cuba gembirakan org di sekeliling kita, sebaik mungkin. Macam mana? Buat pada org lain, apa yg kita suka org buat pada kita!
Jangan anggap kecil pada kebaikan. Buat saja. Buat kerana Allah. Nilainya sentiasa besar di sisi-Nya. Macam kita buat baik pada Raja. Menggembirakan raja. Ah! anugerahnya tentu bukan sembarangan!
Ini juga antara intisari doa yg diajarkan pada kita: "Ya! Allah, berkan kpd kami kebaikan dunia dan akhirat..." - Dan antara kaedah nak dapatkan kebaikan itu ialah dg membuat kebaikan. Apa yg kita tanam, itu yg bakal kita tuai!
Kita juga pernah dengar:org yg menghadiahkan mawar itu ialah yg mula2 menikmati harumnya bunga itu!
Jadi, jangan pernah jemu membuat kebaikan seperti Allah yg tidak
pernah jemu memberikan kita oksigen demi kehidupan...
Jom kita buat baik.
ReplyDelete